Stay connected kay? ^^

21 Februari 2015

Happy CNY

Pejam celik pejam celik sudah setahun berlalu. Tahun Baru lagi. Tahun ini tak rasa tahun baru. Hari pertama duk kat rumah baca buku teks Sejarah. Memang tak tau nak pergi mana. Nak tengok tv tapi bila fikir pepeiksaan awal bulan 3, memang kena baca.

Yang tak bleh tahannya, sambil hafal Sejarah, sambil ulang ayat yang sama.. satu rumah dengar Yun Sing merapu je..

"Wa stress, wa baca. Wa baca, wa stress. Wa stress, wa makan. Wa makan, wa makan banyak. Wa makan banyak, wa sakit perut. Wa sakit perut, wa stress. Wa stress, wa baca lagi. Eh.. eh.. baca.. baca.."

Pernah jumpa budak yang cakap camtu sambil hafal Sejarah? Kalau jumpa, mohon hantar ke Hospi Bahagia ya. Wa sangat busy sekarang jadi update blog pun camni je. Sedih :'(

Apa pun, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti. Hehehee ;)

18 Februari 2015

The Dream Boyz

Alkisahnya pada hari Ahad, 15 February 2015, kami beberapa orang ke sekolah untuk buat video. Lepas buat video, kami Ke Gurney Plaza. Dah sampai Gurney, apa lagi, tengok movie ^^" (Tapi sedih tak dapat diskaun pelajar sebab bukan hari minggu)

The Dream Boyz


Filem ni tentang 8 pelajar dalam Kelab Drama ni. Kelab Drama tidak mendapat sambutan, hanya mempunyai 8 orang ahli. Oleh itu, selepas 7 orang daripada mereka tamat pengajian mereka kat sekolah menengah tu, kelab akan dibubarkan. Bagi menyelamatkan kelab tersebut, mereka membuat filem pendek. Pelbagai cabaran dan rintangan lah  dalam proses membuat filem tu. Akhirnya mereka berjaya.

Filem ni boleh memberi motivasi selain mempunyai unsur komedi. Part sedih mesti ada.. tapi pasal kawan nak berpisah semua la.. Siyes best :) Ada satu part pengerusi kelab nak berucap. Ucapannya bermula dengan "Percayakah anda kepada keajaiban?" Seriously deep.

Filem ni dalam bahasa Mandarin tapi ada subtitle- BM and English, as always. I recommend this movie :D Pergilah tengok (amboi)..

Ok daa.. ;)

03 Februari 2015

Golden Corda [La Corda D'Oro]


Inilah anime pertama selepas bertahun-tahun tak tengok Anime. Ni beli dekat POPULAR. Tertarik sebab nampak ada flute kat situ bhahaha.. dahlah macam menarik. Cuti sekolah tengok Anime ni.

~~~


Cerita ni pasal sekolah ni.. Seiso Music Academy. Sekolah ni politik sungguh -_- Pelajar-pelajarnya dibahagikan kepada dua kumpulan, yang memilih instrumen (music student) dengan pelajar biasa (General Education).

Setiap beberapa tahun, sekolah ni akan adakan pertandingan.. music concourse la katakan. Biasanya hanya music student ni yang dipilih. Tapi suatu hari masa Hino Kahoko berlari ke sekolah, dia ternampak pari-pari yang bless sekolah tu.. (haha rojak sungguh)..


Pari-pari tu sangat gembira. Hanya orang yang betul-betul tahu hayati muzik yang boleh nampaknya, katanyalah. Jadi, pari-pari ni masukkan Hino Kahoko dalam pertandingan tu. Riuh satu sekolah. 7 peserta, 6 music students dengan Hino Kahoko yang merupakan pelajar biasa.

Hino dikurniakan magic violin. Ianya berfungsi mengikut perasaan pemainnya. Walaupun begitu, hanya orang2 tertentu yang boleh guna. Hino menggunakan magic violin dalam pertandingan. Pertandingan tu ada 4 round. Peserta yang paling kerap menang akan menjadi juara. Masa first round, accompanist Hino mengkhianatinya. Nasib baik Tsuchiura tampil menyelamatkan Hino.


Second round ok je. Masa third round Hino terlalu tertekan kerana penipuannya. Akhirnya, magic violin tidak berupaya menanggung emosinya lalu tali violin putus. Hino berputus asa dan tidak mahu bermain violin lagi. Tetapi, akhirnya dia sedar akan cintanya terhadap instrumen tersebut lalu mencuba sedaya upaya sebagai seorang beginner. Namun, dia berjaya memberikan persembahan yang baik pada round akhir.

~~~


Characters:-

Pianist - Tsuchiura Ryoutarou

Cellist - Shimizu Keiichi

Trumpeter - Hihara Kazuki

Violinist
 
-Tsukimori Len
- Hino Kahoko

Flutist - Yunoki Azuma

Clarinetist - Fuyuumi Shouko

Extra:-



~~~

Bestlah anime ni katakan. Boleh memberi inspirasi :') Tidak akan ku berputus asa lagi. Hehehee.. Season 3 ♫

Gambar2 hiasan suka hati bhahaha



Where words fail, music speaks
- Hans Christian Andersen