Stay connected kay? ^^

08 September 2015

Cerita UPSR

Seperti yang semua sedia maklum, sekarang ini sedang berlangsung peperiksaan ini.. UPSR. Walaupun sudah masuk hari kedua, saya dengan ikhlasnya mendoakan adik-adik yang sedang menghadapi UPSR ni. Semoga berjaya ye.. Sebenarnya entri ini berunsur nostalgia sikit.

Teringat masa 4 tahun yang lalu, sewaktu daku masih budak hingusan yang naif (amboi ayat).. ya, betul. Pada 13 September 2011, telah berlangsungnya UPSR bagi kami batch '99. Amboi, ingat ye tarikh. Mestilaa.. Peperiksaan ni sehari selepas birthday kawan. Ingat lagi cara dia meroyan sebab tak dapat sambut birthday, terpaksa belajar hahaha.


Masa tu kalau tak silap, dua bulan sebelum exam, my mum dah haramkan facebook dalam rumah. Cikgu-cikgu semua pesan supaya belajar rajin-rajin. Ingat lagi pada sorang cikgu ni.. Beliau kata "Sekarang ni belajarlah elok-elok. Kalau tak, nanti menyesal tak berguna. Sekarang ni kamu semua kerja belajar je. Lepas UPSR lantak la nak buat apa. Nak masuk bakul angkat sendiri pun boleh." Lebih kurang camtu la, cikgu tu cakap (tak ingat sangat).

Ok yang tu lawak. Patut ke guna peribahasa nak terangkan pada budak-budak yang diaorang boleh buat apa-apa je.. Hmm.. memang kami yang takde kerja sangat ni lepas UPSR memang cari bakul, masuk dalam tu cuba angkat.. HAHAHA! Bukan naif sangat sampai tak faham cikgu tu nak cakap apa.., cuma saja.. tau kan, budak-budak..... Pastu UPSR dapat 5A yeay!

Dari sekolah rendah lagi sampai sekarang, memang Maths lagi bagus dari Sains. Setiap kali kat sekolah Maths dapat 99% camtu la.. Cikgu tu ty macam.. "Mengapa cuai sangat kamu, Yun Sing.. semua ok dah.. perfect dah.. mai kat sini, tak letak unit.. kenapa mesti salah sikit bagi hilang satu markah setiap exam?!" Tengok, cikgu pun tumpang stress haha. Sains pula takyah cakap.. kelas tambahan tak masuk kelas. Budak perempuan kelas pertama lepak ngan budak lelaki kelas keempat kat tempat larangan, lepas Sains baru masuk kelas.. ish ish ish.. memang buruk perangai..


Mai sekolah menangah seperti biasa, Maths ok je.. tak bagus sangat dah, sebab tak selalu buat latihan. Masih tak berapa nak minat Sains, seperti biasa.. Tapi bezanya, masa sekolah rendah walaupun tak minat, result elok. Sekolah menengah Sains memang takde harapan, takyah tengok.. PT3 dapat B.. tu pun dah kira keajaiban berlaku. Mai dekat form 4, tersesat kat Sains stream. Bio dan Chemi cukup-cukup makan, Physics sustain B setiap exam haha. (maklumlah subjek sains kira-kira)

Ok tu je cerita perjalanan hidup seorang pelajar yang boring iaitu Yun Sing *tepuk* Korang pula? Citer ler ciket?

P/S: UPSR korang berapa A? Share sikit? ;)

07 September 2015

#BloggerUtara

Di sini.. mendaratnya.. *drum roll*

BANNER

#BLOGGERUTARA!!


Akan duduk di side bar blog mulai hari ini :)

Saja je buat grand..

05 September 2015

Top Commenter August






Kasihku Amani












emi izzeyda diary's

8. paridah (2)

karya ku : paridah ishak

9. Dunia Zumal (2)



Terima kasih ye semua ^^ Seperti biasa, top 3 sila hantar alamat melalui media pilihan. Terpulanglah, nak PM facebook page ke, nak PM facebook ke, nak WhatsApp ke, nak email ke.. :) Maaf ye, yang bulan sebelumnya belum post lagi.. stok takde.. otw nak order bahan mentah.. harap bersabar ye (hehe)

Seperti biasa, 10 blog yang tersenarai ini akan dimasukkan dalam bloglist. Bolehlah terjah mereka ni ya.. Tekan screenshot/header blog untuk ke blog. No. 10, maaf, tak jumpa blog.. kalau anda nampak entri ni bolehlah komen link blog ye, terima kasih ^^