~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Petang itu, dua sahabat tersebut bergurau senda sambil berjalan beriringan di lorong pejalan kaki untuk pulang ke rumah. Mereka berhenti apabila kelibat Eryna kelihatan berlari-lari mengejar mereka. Akhirnya Eryna berhenti betul-betul di belakang mereka sambil cuba mengawal nafas yang masih tercunggap-cunggap.
Dia kelihatan serba salah dan kekok, tidak tahu apa yang ingin diucapkan. Bashira terlebih dahulu membuka mulut. "Hey, apa hang nak?" Eryna jadi semakin tidak menentu. Dia menunduk. Perkara yang ingin disampaikan seakan-akan tersekat di kerongkong.
Melihat Eryna diam dan tidak membalas, Bashira menjadi geram. "Sudahlah, jangan membuang masa kami dekat sini." Dia menarik lengan Farhana dengan kasar melangkah meninggalkan Eryna. "Hana." Tiba-tiba Eryna mampu untuk bersuara semula. Serta-merta langkah mereka terhenti. Farhana menjadi serba salah. Dia memandang Bashira yang menjeling tajam ke arahnya dengan ekor mata.
"Saya ingin meminta maaf. Saya tahu saya salah. Saya..." Ayat seterusnya tidak berjaya disampaikan dengan sempurna. Bashira segera menoleh dan menolak Eryna dengan kasar sehingga Eryna jatuh terduduk. "Hey! Hang jangan dok berlakon baiklah! Menyampah aku tengok tau!" Bashira cepat-cepat menarik Farhana meninggalkan Eryna yang masih terduduk.
Sebaik sahaja mereka meninggalkannya, air mata Eryna cepat sahaja mengalir. Bashira pula dengan selambanya berjalan seperti tiada apa-apa pun yang telah berlaku. Farhana menjadi serba salah. "Ira, betulkah Hana yang menyebabkan saya kemalangan?" Soalannya diabaikan. "Nanti jangan terlambat." Peringatan tersebut lebih menyamai arahan. Tanpa menunggu jawapan Farhana, Bashira terus membelok meninggalkan Farhana yang tidak sama jalan dengannya.
Farhana mengeluh lemah. Dia terasa seperti hilang semangat. Bashira satu-satunya kawannya selepas dia sedar. Dia tidak ingat apa yang berlaku. Ya, lebih tepat lagi, dia hilang ingatan. Dia berasa marah, keliru, kehilangan dan tertekan pada masa yang sama. Dia tidak lagi pandang sekeliling semasa berjalan. Masalah yang seakan-akan masalah dunia yang amat berat masih mengganggu fikirannya.
Dia tersedar apabila terdengar bunyi hon yang kuat berserta jeritan seseorang yang memanggil namanya. Dia segera menoleh. Mulutnya ternganga. Tiba-tiba, tanpa sebarang amaran, seseorang meluru ke tengah jalan dan menolak tubuhnya dengan kuat. Farhana jatuh terduduk di tepi jalan. Matanya terbeliak. "YANA!!" Segala-galanya berlaku dalam sekelip mata. Peluh dingin membasahi seluruh badannya. Kepalanya terasa berat. Matanya berpinar. Segala kenangan silam seperti dipanah ke dalam ingatannya dengan cepat. Air matanya mengalir dengan begitu deras.
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Tangan Eryna digenggamnya erat. Segalana-galanya yang berlaku sebelum kemalangannya bermain di fikiran. Bashira merupakan musuh Eryna sejak tadika. Eryna yang selalu menolong rakan-rakan dan junior yang dibuli oleh Bashira secara tidak langsung mencetuskan permusuhan antara mereka. Apabila mereka menjejakkan kaki ke sekolah menengah, Eryna dan Farhana telah menjadi kawan baik. Suatu hari, apabila Eryna hampir kemalangan, Farhana meluru menyelamatkannya. Apabila Farhana sedar selepas dua bulan koma, dia hilang ingatan. Bashira menggunakan peluang yang ada untuk membalas dendam.
"Maafkan saya, Yana." Untuk kesekian kalinya Farhana meminta maaf. Tiba-tiba, tangan Eryna bergerak. "Yana..Yana!! Awak sudah sedar?" Farhana menjadi tidak menentu. "Doktor!!" Dia melaung sekuat hati. "Yana.. awak mesti sembuh. Mesti..."
Farhana menjadi gelisah. Tiba-tiba, ibu bapa Eryna meluru ke arahnya. "Hana.. Mana Yana??" "Bagaimana keadaannya sekarang?" "Apa doktor kata?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan. "Doktor sedang periksa." Perlahan-lahan, tiga perkataan itu keluar dari mulutnya.
Pintu dibuka. Doktor yang merawat Eryna keluar. Ibu bapa Eryna dan Farhana meluru ke arahnya. "Yana bagaimana, doktor?" Bapa Eryna mengajukan soalan. "Maafkan saya, encik. Anak encik tidak berjaya diselamatkan." Sebaik sahaja mendengar pernyataan tersebut, emak Eryna pengsan. Bapanya terdiam. Farhana berdiri di situ seperti patung. Hidupnya terasa gelap.
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Farhana berjalan seorang diri. Hari ini hari pertamanya di universiti tersebut. Tiba-tiba, dia terlanggar seseorang. Buku-buku yang dipegang jatuh berterabur. Pemuda tersebut menolongnya mengutip buku-buku yang telah jatuh. "Maafkan saya." Farhana segera berlalu dari situ. "Tunggu." Farhana berdiri di situ. Hatinya berdebar-debar. "Mesti pelajar senior tadi marah sebab saya terlanggarnya." Farhana segera meminta maaf sekali lagi. "Maafkan saya.. maafkan saya.. maafkan saya..." Dia meminta maaf sambil tertunduk-tunduk gaya orang Jepun.
"Awak Farhana?" Farhana terkelu. Perlahan-lahan dia mengangkat muka. Sebaik sahaja melihat pemuda yang amat dikenalinya itu, Farhana menjadi segan. "Maafkan saya.." Suara Farhana perlahan, masih meminta maaf. "Tidak mengapa. Lama tak jumpa. Awak apa khabar?" Pemuda tersebut ramah menyapa. "Khabar baik." Farhana pula, ditanya sepatah, dijawabnya sepatah. "Saya tahu awak masih berasa bersalah atas kejadian dua tahun lepas." Pemuda tersebut membuat kesimpulan berserta keluhan kecil.
Perlahan-lahan, Farhana menggangguk. "Awak jangan berasa bersalah. Bukan salah awak." "Kenapa, sebab sayalah, Yana kemalangan." "Arwah Yana." Farhana berkata dengan suara yang tersekat-sekat. "Mungkin sudah tiba ajalnya. Bukan salah sesiapa." Farhana memberanikan diri bertentang mata dengan pemuda itu. "Along, boleh tunjukkan jalan ke studio? Saya sesat.." Cepat-cepat Farhana ingin tamatkan topik yang amat menyesakkan benaknya.
"Boleh. Hana.. janganlah panggil saya along. Saya bukan along awak." "Maaf, sudah terbiasa. Lepas ini apa yang saya panggil awak?" "Panggil nama Fa'iz je. Saya dua tahun lebih tua dari awak. So...... bolehlah tambah panggilan 'abang' di depan.. Jadikan panggilan mesra, Abang Fa'iz." Tersenggih-senggih pemuda itu memberi penerangan. Serta-merta muka Farhana merona merah. Dia segera mempercepatkan langkah. "Err... saya dah lambat ni.."
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Farhana duduk bersendirian di tepi padang sambil merenung padang yang luas. Senyuman mula terbentuk. "Yana.. Yana.." Dia masih ingat kata-kata terakhir yang ditinggalkan untuknya. "Siapa di kalangan kamu ini bernama Hana?" "Saya.." "Pesakit ingin memberitahu kamu yang dia sudah lama memaafkan kamu." Perbualan dengan doktor pada hari itu jelas diulang tayang di depan mata. Senyuman tadi mengendur sedikit. Nafas berat dilepaskan.
"Oh, mak kau!!" Farhana terkejut apabila mendapati Fa'iz dan seorang pemuda yang tidak dikenali berdiri di sebelahnya. "Mak aku berada di rumah." Sempat lagi pemuda tadi bergurau. "Akhirnya Hana senyum semula. Selalunya Hana bermasam muka saja.." Fa'iz menegur. Farhana segera meminta diri dengan alasan ingin ke tandas. Sambil berjalan, dia menekup muka.. "Oh, malunya...!"
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Buku rujukan ditutup dan dipeluknya. Tahun ini dia bakal menamatkan pengajian. Senyuman puas terukir di bibirnya. Sejak kejadian semasa Tingkatan 4 itu, dia tidak lagi berkawan. Dia selalu mengasingkan diri. Sekarang, dia telah melalui kehidupan sebagai pelajar biasa semula. Dia telah berjaya berkawan di universiti atas dorongan dan bimbingan Fa'iz yang beitu prihatin terhadapnya.
"Berangan!!" Mindy menyergah dari belakang. "Oh mak kau buah berangan !!" "Mak aku manusia, kay.." "Awak ni memang sengaja nak usik saya, kan!" Mereka berkejar-kejaran di padang itu. Tidak padan betul dengan pangkat pelajar universiti yang bakal menamatkan pengajian. Gelak tawa mereka bergema.
salam. satu cerita yg menusuk kalbu. abe kie BW n follow sini. TQ.
BalasPadammenarik ni, boleh mengarang cerpen rupanya.. :)
BalasPadamPanjangnya Yun Sing! Kita dah la mengantuk ni T_T Haha baca intro je hihi
BalasPadamokay.. tak tau pulak pandai buat carpen. mesti BM dpt A ni. haha
BalasPadamEh taklah.. pandang je dah tawu banyak kesalahan tatabahasa dalam cerpen ni xD
PadamSpeechless.....tak sangka kawan aku ni memang pandai tulis cerpen ! diam diam berisi ! Bangga aku haha
BalasPadam