Stay connected kay? ^^

09 Ogos 2014

Kawan lama SMS

Hai :)

Sebenarnya ini cerita Khamis minggu lepas masa masih cuti lagi.. Kawan sekolah rendah yang sudah hampir 3 tahun tak jumpa dan 2 tahun tak berhubung tiba-tiba SMS.. kata hi.. tanya khabar semua.. then kita sembang-sembang.. maklumlah masih cuti lagi, free so layan.. Sampai hari Ahad.. malam Ahad tu.. dia harap kita tak putus hubungan dan SMS setiap hari..

Saya tak janji.. sebab selalunya kan busy.. kalau busy phone entah terbang mana, dekat bawah timbunan baju buku mana.. kadang-kala lupa nak cas.. seminggu sudah tak reply.. kesian dia tiap hari hantar satu message.. tapi tak berani nak reply sangat.. Kalau reply, dia tau awak ada dekat situ, dia akan hantar satu message setiap 20 minit kalau awak tak reply.. herher..


Kalau korang berhubung dengan kawan yang lama tak jumpa macam mana pula? :)

16 ulasan:

  1. Kawan saya selalu whatsapp atau fb message saya. Tapi, saya pun jarang reply sebab saya busy. Rasa bersalah sangat dekat kawan tapi nasib baik mereka faham

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. sampai ada yang kata..
      "Lamanya tak reply. Jatuh mangkuk tandas kot dia ni.."
      "Phone dia boleh baling dalam tong sampah dah.."
      Hohoho.. T_T

      Padam
  2. kalau suka, xkisah..hee kalau tak berapa suka. balas lambat-lambat..xpun kata busy sikit..nanti contact lain hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. yang ini setuju sangat-sangat xD

      Padam
  3. rasa gembira sangat bila kawan yang dah lama tk menghubungi kita,tiba2 menghubungi kita..gembira dik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.. betul.. macam ada lagi yang ingat kat kita.. kan :)

      Padam
  4. hehe. kawan lama YS rajin betul ye asyik sms je. kalo sy sekali sekala ok la sebab masing2 kan ada kerja nak buat. :)
    suka quote tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia memang rajin, malah terlebih rajin..

      Padam
  5. Qila takde kawan ni... acane hm.
    Hihihih whasep je kot. Kalau takde internet baru mesej hikhik.
    Tp mcm semua dh tk text je hmm dunia maju melampau. Menyampah hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. saya pernah ada kawan yang jenis suka kol awal-awal pagi pukul 2.. err.. -_-"

      Padam
  6. Banyak idea dia nak sms setiap 20 minit... Kalau zumal dah tentu kering idea ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia bukan apa.. kalau satu mesej tak direply, lepas 20 minit dia hantar mesej yang sama.. tak direply, 20 minit dia hantar "you still sitting in front of your laptop?" hmm.. tak direply, dia send semula soalan tuh -_-

      Padam
  7. Wowww...
    Phone bawah 'timbunan' buku.
    Betul2 punya revision ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. kekadang betul2 punya revision.. kekadang sebab kalut nak cari buku, semua buku baling-baling (tak elok punya perangai hehe) sebab tuh phone bawah semua tuh xD

      Padam
  8. rasa seronok kalau kawan lama yg bertahun2 tak jumpa tiba2 contact kita balik. wahhh terus rasa nk jumpa

    nanti nk whtsapp YS. hihi

    BalasPadam