Stay connected kay? ^^

21 April 2015

Peperiksaan diawalkan?!

Peperiksaan merupakan sesuatu yang sudah sebati dengan hidup seseorang pelajar. Kebanyakkan daripada kita menunggu sehingga hampir dengan peperiksaan sebelum mula belajar, bukan begitu? Ha'ah.. memang lumrah manusia, apa boleh buat :3 (alasan)

Sekarang ini kecoh tentang peperiksaan yang diawalkan. DIAWALKAN? Biaq betui?! (haa.. amek kau) Dari 5 Mei diawalkan sehingga 30 April.. [alaa.. beberapa hari ja pon] masalahnya tak belajar apa pun lagi. Haram satu mende pun tak ingat.. ini sangatlah menyakitkan hati xD

Semua subjek yang diambil tak ingat satu mende pun tapi akaun yang tidak diambil dihafal pula -_- Teman kawan belajar, suruh dia ajar, bukannya nak periksa pun, cuma perasaan ingin tahu akaun tu camne je, pergi hafal pula liabiliti la.. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 la..

Ni yang menyakitkan hati xD Peperiksaan pertengahan tahun.. Nama je pertengahan tahun, ni baru suku tahun, nak periksa pertengahan tahun.. advance sungguh :[ Pecutlah mulai sekarang ya, wahai teman-teman yang.. (amboi cakap dengan siapa ni) hahaha --- sambung belajar..........

19 April 2015

Awas! Hari Sukan coming soon...


Coming soon : 25 April 2015

Status: Busy dengan persediaannya sepanjang minggu depan

P/S: Esok Isnin :'D

17 April 2015

Ke-busy-an overloaded

Amboi.. tengok tajuk macam nak tampar je kan budak ni. Suka hati je dengan Manglish dia. Fuh nangis cikgu bahasa dan English yang pernah ajar aku baca ni :3 Aik, did I just said 'aku'? Lol maafkan tuan hamba xD

Dalam post sebelum ini beria-ria sangat kata nak aktif balik, tengok-tengok masih krik krik je.. T_T I'm sorry peeps.. bukan mudah ooh jadi pelajar tingkatan 4.. baru faham. Dulu-dulu dengar senior-senior cakap "When you are in Form 3, you think your life is hard but once you step into Form 4, Form 3 is just a piece of cake."

Well, dulu saya tak nampak apa yang nak disampaikan dekat situ. Ada juga yang kata Form 4 ni honeymoon year. Ye la tu, honeymoon year. Kot-kotlah nanti tetiba ada projek nak kutip honey.. pengsan.. dah2 lah tu.. banyak sangat benda nak buat dengan subjek2 yang bagi orang tenung cikgu dengan mulut ternganga bagai.

Sebenarnya tak ada perbezaan pun dengan tahun lepas. Cuma tahun ini saya aktif sikit cari beban kerja. Senang cite, kesibukan hidup ni sendiri yang cari. Cari pasallah katakan :3 Nak pergi tandas pun tak sempat. Amboi hiperbola punya ayat xD

Faham-faham jelah, Sabtu minggu depan hari sukan. Masuk awal Mei pula nak exam, haram satu bende pun tak baca x"D Jadi nanti-nantilah saya update blog ye ;) Maafkan tuan hamba xD