Stay connected kay? ^^

18 Januari 2023

Perubahan dunia blogging?

Salam.

Sudah lebih kurang setengah bulan saya balik ke dunia blogging ni; blogwalking setiap hari sehingga post pertama Tahun Baru 2023 tiga hari lalu. Banyak perubahan yang saya nampak. Ramai rakan blogger dulu dah tak berapa aktif dan banyak juga blog yang penuh dengan ad, berbeza dengan tujuh tahun dahulu bila blog penuh dengan iklan-iklan Nuffnang. Blog-blog yang dahulunya penuh dengan segmen-segmen blogwalking dan giveaway sekarang sudah sunyi sepi. Masih aktifkah lagi dunia blogging ni?

Sedih bila buka Alexa ni. Rupanya dah ditamatkan perkhidmatannya.


Boleh tak beri cadangan perkhidmatan yang lebih kurang sama dengan Alexa?

I need Alexa. Hahaha!

Kalau ada, sila tinggalkan di bahagian komen ya, trima kasih :)

15 Januari 2023

Tahun Baru 2023

Selamat tahun baru 2023 pembaca blog sekalian! Walaupun sudah setengah bulan lambat, tapi sekurang-kurangnya wujud juga post dalam blog ini setelah sekian lama berhabuk. Bila dah tulis post berkaitan tahun baru, memang tak lari dari topik azam tahun baru.

Disebabkan tahun 2022 tak terupdate blog, jom kita menyambut tahun 2023 bersama tahun 2022...


Ramai yang azam tahunnya begini: "Tahun ni nak kurus!" "Tahun ni nak jadi lebih produktif!" Tapi tak ke anda rasa azam-azam ini terlebih abstrak?

Azam tahun baru saya selalunya begini:

2023

- Satu blogpost setiap tiga hari
- Blogwalking 3 blog setiap hari
- Satu poster seminggu
...dan seterusnya.....

Akhirnya terlebih panjang pula senarainya, sampai tak sempat nak selesaikan dalam masa yang diberi!

Anda pula?

Jom komen azam tahun baru anda!