Stay connected kay? ^^

16 April 2018

Quote of the Day #5


Just because your path is different,
doesn't mean you are lost.

Teruskan merealisasikan impian
Walaupun dalam perjalanan ke arah impian kita kesepian
Namun kita tahu kita berada di jalan yang betul
Apabila kita semakin dekat dengan impian kita

Jangan takut, jangan ragu
Sebab kita berada di jalan yang betul
Kerana jalan paling singkat ke arah impian ialah jalan yang paling susah
Jalan paling berliku, penuh kesepian
Kerana bukan semua orang sanggup harung cabaran seperti kita

Oleh itu, jangan ragu
Teruskan berjalan dengan bangga
Nescaya kita akan sampai ke arah impian

09 April 2018

Quote of the Day #4


Be fearless in persuit of what sets your soul on fire

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Jom sama-sama merealisasikan impian!

08 April 2018

Yeay or Nay

Hi, maaf ya tajuk pelik sikit. Ni harini pasal pembaziran makanan. Siapa yang biasa bazir makanan? Oh iye ke, tak baik tau. Siapa yang ada fobia buang makanan macam sy? Angkat tangan, nak tengok sat geng kat mana. Hahaha!

Sebenarnya sy dari kecil memang dididik supaya tak bazir makanan. Tabiat ni kekal sampai sekarang. Kalau betul-betul ada scene nak buang makanan memang banyak drama (hahaha). Tak pernah nak buang sendiri. Biasanya orang lain yang tolong buangkan. Tak sampai hati. Kalau kat rumah ada makanan lebih gitu, memang my mum ty simpan bagi makan ayam. Kalau kat luar memang xdela nak simpan bagi ayam. My mum bagi kat orang dekat ngan pasar, ada ayam. Ni sy nak cari ayam kat mana ooi.

Pernah sekali masa Tingkatan 2 pergi Genting Highlands dengan pasukan pancaragam sekolah. Makanan punya banyak, semua tak habis makan. Kalau bilik lain memang buang ja la ceritanya. Bilik kami ada 5 orang. Semua makan sampai tak larat, pi tidur dah. Tu ada lagi 7 bungkus nasi ayam dan berpuluh-puluh kotak aiskrim (kecik ja la). Sy pown duduk kat lantai bilik tingkat 19 tu, makan sampai pukul 3 pagi, sampai nak termuntah-muntah dan akhirnya tertidur kat situ peluk bungkusan nasi. Ha, bayangkan. Ya, gambaran tu. Hahaha. Teruk kan, fobia buang makanan sy.

Tak habis lagi

Ni nak belanja gambar


Jangan muntah. Tu ayam biasa ja. Yang baru ja rosak. Rupa dia macam tu sebab dah pernah gigit and letak beberapa jam kat situ.

Ni dah sampai Taiwan dah mula kuliah memang assignment bertimbun la. Sudah jadi kebiasaan tapau nasi balik asrama. Ni tinggal sikit, pastu buat assignment sampai naik katil, bangun pukul 4 pagi jadi la begini. Dah macam rosak. Tak nak buang T-T

So, makan ke buang?

Yeay or nay?