Stay connected kay? ^^

18 Februari 2015

The Dream Boyz

Alkisahnya pada hari Ahad, 15 February 2015, kami beberapa orang ke sekolah untuk buat video. Lepas buat video, kami Ke Gurney Plaza. Dah sampai Gurney, apa lagi, tengok movie ^^" (Tapi sedih tak dapat diskaun pelajar sebab bukan hari minggu)

The Dream Boyz


Filem ni tentang 8 pelajar dalam Kelab Drama ni. Kelab Drama tidak mendapat sambutan, hanya mempunyai 8 orang ahli. Oleh itu, selepas 7 orang daripada mereka tamat pengajian mereka kat sekolah menengah tu, kelab akan dibubarkan. Bagi menyelamatkan kelab tersebut, mereka membuat filem pendek. Pelbagai cabaran dan rintangan lah  dalam proses membuat filem tu. Akhirnya mereka berjaya.

Filem ni boleh memberi motivasi selain mempunyai unsur komedi. Part sedih mesti ada.. tapi pasal kawan nak berpisah semua la.. Siyes best :) Ada satu part pengerusi kelab nak berucap. Ucapannya bermula dengan "Percayakah anda kepada keajaiban?" Seriously deep.

Filem ni dalam bahasa Mandarin tapi ada subtitle- BM and English, as always. I recommend this movie :D Pergilah tengok (amboi)..

Ok daa.. ;)

4 ulasan:

  1. sempat lagi tu tengok wayang ye..heheh

    BalasPadam
  2. hi dear ;)
    PG datang nak jemput join GA iPhone 5S by Syafiqspecki.
    Dengan hadiah iphone 5s yang super b hebat, jom sertai sama ya.
    klik sini. menangi iphone 5s dengan mudah!
    jemput join ya.

    BalasPadam
  3. wahh ade 8 orang jer kelab drama tuh?

    BalasPadam