Stay connected kay? ^^

30 Julai 2015

EARN EXTRA INCOME OPPORTUNITY FROM HOME

* Part time/Full time available
* Post Advertisement & Process Email
* Must Know How To Use Word/Excel & Access to Internet.
* Able to work follow instructions/guideline
* Open for those want to earn extra money, eg: housewife, students, etc

Interested? Please email to yunsing1@hotmail.com or leave/PM your email address so that I can send you further details

29 Julai 2015

Wordless Wednesday #1


28 Julai 2015

Peperiksaan Pertengahan Penggal 2.. Stress ke?

Hai. Tajuk macam apa. Hmm, takpe la. Sebagai penulis ni (amboi) kena ada semangat dan percaya pada diri sendiri kan (hahaha!!) Berbalik kepada tajuk, peperiksaan pertengahan penggal 2, stress ke? Peperiksaan kali ini macam tidak rasa apa sangat. Ni yang parah, stress sebab tak stress langsung pasal exam, bukan stress pasal exam!

Esok dah nak periksa. Rutin harian masih diteruskan, pergi sekolah, stayback, balik, practice, buka facebook, buka blog, buka email, semak senarai homework pastu baru belajar. Persoalannya, sempat ke? Rasanya tak. Dengan nak prepare untuk Anchor Idol shooting esok lagi. Harapnya apa-apa sahaja keputusan yang dilakukan adalah yang terbaik untuk diri dan orang lain.

Ok, entry kali ini takleh panjang sangat. Ni pun merapu banyak sebab nak juga ada satu entri sehari. Lepas exam (kalau free la) kita type entri yang lebih bermanfaat ye.. Tata ;)

P/S: Sorry gambar xde, malas nak letak.. hehehe

27 Julai 2015

Lusa!!

Pejam celik, pejam celik, cepatnya masa berlalu.. lusa akan menjadi hari sibuk guna otak sedunia.. hahaha. Banyak event-event yang akan berlangsung lusa, iaitu pada hari Rabu, 29 Julai 2015. Pertama sekali, Yun Sing akan mula menduduki peperiksaan pertengahan penggal 2. Subjek-subjek hari pertama lebih kepada subjek yang tak berat sangat.. :)

Lepas habis je waktu persekolahan, nak kena bergegas pula nak buat shooting kat Kolej Han Chiang. Peperiksaan pula sampai hari Sabtu, berlangsung selama 4 hari. Sehari 4 subjek weyh, jangan main-main! Doakan saya berjaya ye.. ^^v

26 Julai 2015

Quotes (3)


Different is Beautiful

Apa yang membezakan setiap orang menjadikan kita unik. Tuhan mencipta setiap manusia dengan keunikannya yang tersendiri. Setiap orang mempunyai personaliti, bakat dan minat kendiri. Oleh itu, kita sebagai manusia janganlah merendah diri atas sesuatu yang ada pada kita dan jangan takut untuk menjadi penegasan dalam sekumpulan manusia.

Perkara ini pernah berlaku pada saya sendiri..

Al-kisahnya saya dan kawan-kawan lain menyertai pertandingan Anchor Idol 2015 anjuran Kolej Han Chiang. Pada awalnya, saya berasa buntu. Terdapat tiga kategori bahasa: English, BM dan Mandarin. Saya tidak pandai membaca tulisan Mandarin, jadi saya berasa serba salah, English ke BM?

Bagi saya, saya lebih selesa berbahasa Melayu. English saya pun boleh boleh je.. Saya ingin mengambil kategori bahasa Melayu tapi takut pula nanti apa yang orang lain kata. Sudahlah semua orang Cina pandang saya pelik macam.. err.. apa dia ni......

Akhirnya, saya memilih Bahasa Melayu juga. Hasilnya, saya menjadi antara 15 peserta yang dipilih untuk maju ke peringkat seterusnya.. Pada awalnya, sangatlah tak percaya. Tup tup saya dah ada dekat kolej tersebut bagi menyertai 'training workshop' pada 25 Julai yang lepas. Banyak ilmu yang dapat dipetik dan tak kurang juga pengalaman yang melucukan.

Pertama sekali, peserta-peserta dari St, George's tiba-tiba ditemu ramah untuk artikel dalam blog kolej tersebut berikutan kemenangan senior sekolah kami pada tahun lepas.


Peace yo ^o^v

Pada awalnya, semua peserta 3 kategori dicampuk adukkan dan belajar bersama. Lepas makan tengah hari, pada slot akhir masa semua peserta dibahagikan kepada ketegori masing-masing yang lucu.

Saya: Weyh.. Saya sorang je Cina dalam ni xD
Senior: Ye la.. tadi dia *tunjuk* pandang hg semacam je, atas bawah atas bawah..
Saya: *gelak*

Tiba-tiba, salah seorang OC tu masuk..

" Semua ok? Ni Bahasa Melayu kan? *pandang sekeliling* Takde yang salah masuk kelas kan? Semua ok? Ok bagus.."

Dia keluar.. Dalam hati macam nak tergelak :3

Last-last masa nak balik tu tetiba disuruh baca perenggan pertama sebab dalam video tak dengar clear sangat.. Macam.. kan dah kena.. hahaha

Lesson learnt: Know what you like and do it. You do not have to consider what others will think about you (as long as you are still following the rules and moral values).

P/S: Ada seorang pembaca berita ni, Mr Ivan Toh yang datang bagi ceramah masa workshop tu

"He actually inspired me cause we somehow have the same case (but of course he is way much better than me)"

25 Julai 2015

Novel

Sekarang ini, sudah ramai yang menaip cerita berbab-bab dan post dalam blog. Suatu malam, iaitu sehari sebelum saya bertolak ke UUM, Kedah bagi menghadiri NYLC camp, kawan saya telah PM saya di facebook. Katanya, dia nak buat cerita dan post dalam blog. Dah siap bab 1, minta saya baca dan bagi pendapat serta suggest tajuk.

Saya pun on ler~ Maklumlah suka baca mende2 camni (hehee).. baca-baca, komen-komen semua.. last-last teringat dekat cerpen yang ditaip tahun lepas.. hantarlah link dekat kawan tu suruh dia baca.. Komennya positif. Dah sembang-sembang, teringin nak mula balik buat cerpen dan novel dalam blog.

Coming soon~~~

Tunggu ;)

23 Julai 2015

Anchor Idol 2015

Pertandingan Anchor Idol anjuran Han Chiang College.. Bulan lepas saya mengambil inisiatif mencuba nasib menghantar video rakaman untuk pertandingan ini.. Tunggu punyalah tunggu.. akhirnya senarai peserta yang berjaya maju ke peringkat seterusnya sudah dikeluarkan.. Alamak .__.



Akan cuba sedaya upaya ^_^v

21 Julai 2015

Cerita Raya.....

Amacam raya? Seronok? Serbu rumah terbuka? Makan banyak? Dapat banyak duit raya? Ooo.. alkisah pada 16 Julai 2015.. (amboi ayat berbunga-bunga) Yun Sing join conference untuk pertama kalinya dalam hidup. Tulah yang berhari-hari tak berupdate.. maafkan tuan hamba..


Conference yang selama 4 hari 3 malam ini bertempat di UUM, Kedah.. ni la tempat pendaftarannya. Kawasan yang dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi :)


Inilah kucing di kantin universiti tersebut. Memang tersangatlah comel.. Akhirnya percubaan menangkap gambar kucing berjaya (yeshhh!)


Banyak juga gambar kucing yang blur sebab kucing-kucing tu memang aktif sangat.. takleh duduk diam.. terkejar-kejar nak ambil gambar yang cantik, kononnya saintifik dan professional sikit..


Orang ke sana join conference, mencari kawan dan kenalan.. Yun Sing pula berkenalan dengan kucing.. hahaha~ (ye, pakai seluar sekolah.. so? banggalah dengan sekolah sikit ^^) [Once A Georgian, Forever A Georgian]


Banyaknya kucing yang berlainan jenis dapat.. ye.. memang banyak pun.. inilah sebahagian daripada budak-budak tu.. banyak tak? :3 Kekadang kucing pun boleh jadi makhluk yang menakutkan bila kita makan dekat kantin dan mereka tiba-tiba terpa nak makanan..


Asrama.. miss this place, dua tahun yang lepas pernah datang sini, join pertandingan peringkat kebangsaan.. tak sangka akan kembali ke sini.. dikelilingi kehijauan alam sekitar.. asraama pun kucing ada.. setiap malam tu dengarlah bunyi kucing.. lepas tu mesti diiringi dengan jeritan..... hahahaha bangun pagi-pagi suka duduk dekat tangga, main dengan kucing~


Inilah ahli-ahli kumpulan 3, Eagles :) (Gambar rembat dekat profile facebook), nanti takde gambar manusia kata Yun Sing ni gila pula, join conference tapi interasi dengan kucing xD

Bersambung..... :)

15 Julai 2015

RM300 - 800 Per Week : Home Based Data Entry Typists

Genuine Work-From-Home Employment Opportunity To Earn Extra Income.

You only need to: -
(1) Advertise & process customer data thatis sent via email.
(2)  Working from home, cyber cafe, offices, colleges, and others.
(3)  Any time (set your own time schedule).

Requirements:
* Aged 16 years and above
* Basic knowledge of computer (typing, Internet, email, etc.)
* No prior experience necessary
*Can work according to the instructions / guidelines
*  Full Time or Part Time is available

Interested, please email to  yunsing1@hotmail.com to apply :)

14 Julai 2015

Balik Kampung

Jumaat ini raya, mesti banyak yang dah selamat sampai di kampung atau bakal bertolak balik ke kampung halaman masing-masing.. Hati-hati dalam perjalanan dan semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui.. Khamis ni Yun Sing pun bakal travel, nak join conference. Semoga segalanya berjalan dengan lancar..

Image credited to: www.wallceo.com
Editted by: pizap.com

P/S: Sudah nampak kesibukkan beraya kat situ.. hehee

13 Julai 2015

Quotes (2)


The Future belongs to those who believe in the beauty of their dreams.

- Eleanor Roosevelt

09 Julai 2015

Tetris Battle


Esok Jumaat, kerja sekolah yang kena hantar tak banyak. BM takde sebab ada salam aidilfitri ape mende.. hmm (tak ingat namanya) haha. Pastu cuti seminggu.. Santai kejap.....

08 Julai 2015

LACE OUTFITS EVERY WOMEN WILL LOVE

It can be seen that lace materials are getting a huge attention among women since the past years. Due to its delicate soft element, laces are not going anywhere any time soon. Women who do not have lace outfit collection in their wardrobe should definitely think again as there are a few lace clothing which no women can ever resist to. The first lace outfit that any women will fall in love with is the lovely lace dresses. Lace dresses are suitable for the ladies who want to pull an innocent sweet look.  However, women can also find lace dress designs which reveal a sexy touch to them as well.

Image   Image

Another lace outfit which women will adore is the amazing lace tops. Women can match their lace tops with a nice pair of jeans, pants, shorts or even skirts. Pull together your own creative fashion look and strut down the streets wearing laces in style. If you are tired of wearing basic old tees, lace blouses will absolutely give you an improved outfit makeover.

      Image

Besides that, women who prefer a sassy piece of clothing will never want to miss owning a piece of lace skirt. Whether a short or long one, lace skirts will give you that boost of feminine touch to your look. Pair your cute lace skirts with a plain coloured blouse or a simple t-shirt.

Image

The fourth piece of lace fashion clothing is a nice lace cardigan. Cardigans may at times protect you from the cold but why not make it a fashion statement as well. There is nothing wrong in wearing a lace cardigan everywhere you go. The best part about is lace cardigans are light weight and can be worn during the day with comfort. It may not protect you from cold weather but it does give you style.