Stay connected kay? ^^

26 Julai 2015

Quotes (3)


Different is Beautiful

Apa yang membezakan setiap orang menjadikan kita unik. Tuhan mencipta setiap manusia dengan keunikannya yang tersendiri. Setiap orang mempunyai personaliti, bakat dan minat kendiri. Oleh itu, kita sebagai manusia janganlah merendah diri atas sesuatu yang ada pada kita dan jangan takut untuk menjadi penegasan dalam sekumpulan manusia.

Perkara ini pernah berlaku pada saya sendiri..

Al-kisahnya saya dan kawan-kawan lain menyertai pertandingan Anchor Idol 2015 anjuran Kolej Han Chiang. Pada awalnya, saya berasa buntu. Terdapat tiga kategori bahasa: English, BM dan Mandarin. Saya tidak pandai membaca tulisan Mandarin, jadi saya berasa serba salah, English ke BM?

Bagi saya, saya lebih selesa berbahasa Melayu. English saya pun boleh boleh je.. Saya ingin mengambil kategori bahasa Melayu tapi takut pula nanti apa yang orang lain kata. Sudahlah semua orang Cina pandang saya pelik macam.. err.. apa dia ni......

Akhirnya, saya memilih Bahasa Melayu juga. Hasilnya, saya menjadi antara 15 peserta yang dipilih untuk maju ke peringkat seterusnya.. Pada awalnya, sangatlah tak percaya. Tup tup saya dah ada dekat kolej tersebut bagi menyertai 'training workshop' pada 25 Julai yang lepas. Banyak ilmu yang dapat dipetik dan tak kurang juga pengalaman yang melucukan.

Pertama sekali, peserta-peserta dari St, George's tiba-tiba ditemu ramah untuk artikel dalam blog kolej tersebut berikutan kemenangan senior sekolah kami pada tahun lepas.


Peace yo ^o^v

Pada awalnya, semua peserta 3 kategori dicampuk adukkan dan belajar bersama. Lepas makan tengah hari, pada slot akhir masa semua peserta dibahagikan kepada ketegori masing-masing yang lucu.

Saya: Weyh.. Saya sorang je Cina dalam ni xD
Senior: Ye la.. tadi dia *tunjuk* pandang hg semacam je, atas bawah atas bawah..
Saya: *gelak*

Tiba-tiba, salah seorang OC tu masuk..

" Semua ok? Ni Bahasa Melayu kan? *pandang sekeliling* Takde yang salah masuk kelas kan? Semua ok? Ok bagus.."

Dia keluar.. Dalam hati macam nak tergelak :3

Last-last masa nak balik tu tetiba disuruh baca perenggan pertama sebab dalam video tak dengar clear sangat.. Macam.. kan dah kena.. hahaha

Lesson learnt: Know what you like and do it. You do not have to consider what others will think about you (as long as you are still following the rules and moral values).

P/S: Ada seorang pembaca berita ni, Mr Ivan Toh yang datang bagi ceramah masa workshop tu

"He actually inspired me cause we somehow have the same case (but of course he is way much better than me)"

6 ulasan:

  1. kak rasa yun sing sgt baik menulis dalam BM. berbakkat sekali walau msh muda..Ivan Tho pada awal kemunculannya di TV kak perhatikan lemah juga penyampaiannya tapi semakin terbaik hari demi hari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai yun sing,
      betoi3
      memang kagum dengan penulisan yunsing :)

      Padam
  2. Kagum dengan Yunsing..
    kita perlu menjadi diri kita bukan apa yg orang nak kita jadi..
    keep on pursue what u want to do.. ok..

    BalasPadam
  3. hehehe go go go YunSIng.. kakak2 abang2 #BloggerUtara tumpang hepy..

    BalasPadam