Stay connected kay? ^^

01 Mac 2018

Book Review : M is for Autism

Hi! Sekejap sahaja ya masa berlalu.. Macam semalam sahaja tahun 2017, cepat-cepat sahaja dah Mac 2018. Sekali lagi sudah tiba hari Khamis, book review! Boleh baca review tentang Hunger Games bagi minggu sebelum ini. Minggu ni nak review pula buku non-fiksyen - M is for Autism.

Image result for m is for autism

Alkisahnya memang berminat dengan mental disorder ni, so dari dulu memang duk wat research pasal Autism, Bipolar Personality Disorder (BPD), depression dan sebagainya. Ada la ikut online course pasal teknologi untuk membantu mereka yang autistic ni. Pastu terbaca pasal buku ni kat online course tu. Buku ni wujudnya dari Limpsfield Grange School, sekolah tuk remaja perempuan yang kena autism ni. Sorang pelajar menyuarakan bahawa semua buku berkenaan autism berfokus pada lelaki, dan tiada buku bagi perempuan. Oleh itu, mulalah proses menulis oleh Vicky Martin yang mengumpul pengalaman pelajar-pelajar di sekolah tersebut dan dibukukan untuk dijual.

Saya tak nampak lagi buku ni dijual di kedai buku, buku ni saya beli online ya. Kalau nak cepat, boleh order kat Lazada dengan harga RM102.00 (free postage). Kalau boleh tunggu, boleh order terus buku terpakai dari negara luar kat Amazon (kalau tak silap, buku terpakai 3 dollars ++ sahaja.. kalau tambah postage segalanya tak sampai RM102.00 kot. Tapi kena tunggu lama ya, postage dari luar negara uolls.

So, kembali kepada kandungan buku ni. Ia ditulis dari perspektif budak perempuan 12 tahun yang autistic ni. Dia ada cite macam mana dia takleh mengawal dirinya dalam kelas, dan sebagainya. Ada satu bab ni ada cerita dari perspektif emaknya. So memang kita dapat bayangkan perasaannya. So far, saya rasa lepas baca ni dapat faham dengan lebih jelas ASD ni.

---------------

Sekian. Jumpa lagi minggu depan.. lain kali saya cite lebih mendalam pasal autism ya, kalau ada yang tak faham sangat pasal ASD ni.

7 ulasan:

  1. RAJIN MEMBACA MENAMBAHH ILMU..AUTISM NI GEJALA YG XDIKTAHUI PUNCANYA

    BalasPadam
  2. asd biasa dengar..rajin ehh membaca hihi

    BalasPadam
  3. Teringin nak juga nak baca buku macam ni

    BalasPadam
  4. Menariknya.. Hopefully dapat jumpalah buku ini..

    BalasPadam
  5. Tak tahu sangat pasal autism dengan BPD, sebab fokus dekat depression tapi baca review Yun Sing ni best lagi pun tajuk buku dia lain dari yang lain hehe

    BalasPadam