Stay connected kay? ^^

17 April 2018

Review Anime : Kaze No Stigma

Baca review lepas @ Special A

Minggu ini..

KAZE NO STIGMA

Image result for kaze no stigma
Credit

Siapa yang pernah tengok avatar boleh kaitkan dengan cerita ni. Anime ni tentang pengamal magik yang terdiri daripada elemen-elemen penting - angin, api, air, dan tanah. Tapi fokus cerita ni pada keluarga Kannagi yang merupakan pengamal magik api yang terulung. Watak utama Kazuma Yagami dan Ayano Kannagi.

Image result for kazuma yagami

Kazuma merupakan seorang pengamal magik angin. Lahir dalam keluarga Kannagi, Kazuma tidak berdaya untuk mengawal api, menjadikannya seorang yang menjatuhkan maruah keluarga. Ibunya mengambil keputusan menghantarnya belajar ke luar negara. Terlalu banyak yang berlaku ke atas dirinya. Selepas 4 tahun, Kazuma kembali ke Jepun. Dia telah menjadi seorang pengamal magik angin yang kuat, malah telah mengubah nama keluarganya dari Kannagi kepada Yagami, lantas memutuskan segala hubungan yang ada dengan keluarga asalnya, keluarga Kannagi.

Image result for ayano kannagi

Ayano Kannagi merupakan waris keluarga Kannagi dan waris Enraiha, pedang terulung yang dimiliki oleh keluarga pengamal magik api terulung dunia. Namun, Ayano yang masih di sekolah menengah merupakan seorang yang panas baran dan suka bertindak secara terburu-buru. Dia tidak sedar kuasanya yang sebenar.

Setelah Kazuma kembali ke Jepun, dia dikaitkan dengan pembunuhan ahli keluarga Kannagi dan dituduh oleh keluarga asalnya itu. Kazuma bertegas untuk tidak kembali ke keluarga tersebut walau apa pun yang berlaku kerana baginya, keluarga asalnya itulah yang menghalaunya dan tidak menerimanya. Dendamnya pada keluarganya dan bapanya yang menghalaunya begitu mendalam. Namun, Kazuma terpaksa kembali apabila adik kandungnya, Ren Kannagi diculik oleh puak pembunuh ahli keluarga Kannagi yang sebenar.

Kazuma dibayar oleh ketua keluarga Kannagi (bapa Ayano) untuk membantu keluarga Kannagi dan bekerjasama dengan Ayano.

Image result for kazuma and ayano

Banyak kes yang mereka selesaikan bersama. Lama kelamaan, Ayano jatuh cinta pada Kazuma. Kemudian, datang pula Catherine McDonald dari keluarga pengamal magik api Amerika yang mencabar Ayano.

Image result for catherine mcdonald kaze no stigma

Catherine juga telah jatuh cinta pada Kazuma dan banyak scene yang lawak antara Ayano dan Catherine. Mereka sentiasa bertengkar dan berlawan di mana sahaja.

Image result for kazuma yagami contractor

Namun, Kazuma berubah setelah musuh lamanya kembali. Musuh yang pernah membunuh teman wanitanya sewaktu di Amerika dulu. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuhnya, walaupun caranya membunuh ramai manusia yang tidak bersalah.

Image result for detective tachibana
Detective Tachibana - detective yang mengendalikan kes berkaitan dengan pengamal magik

"Kita perlu hentikan Kazuma. Dan Ayano, kami semua mengharapkan kamu. Kamu sahaja yang mampu hentikan Kazuma."
- Detective Tachibana

"Kenapa saya sahaja yang mampu? Dan bagaimana? Serabutnya!"
- Ayano Kannagi

Apa yang akan jadi?
Tonton anime.

Not bad. Sy tengok 2 kali.

5 ulasan:

  1. Dah lama tak layan anime, macam best jer. Avatar pun lama tak tengok...

    BalasPadam
  2. enariknya jalan cerita dia :D

    BalasPadam
  3. nice review yun sing.. menarik :)

    BalasPadam
  4. Hana pun pernah terjebak jugak dengan anime ni dulu hehe for me,best episode is part Ren dengan Ayumi :') haha Hana layan yg tu ja :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, the cute couple. Tapi sayangnya ending depa sedih sikit..

      Padam