Stay connected kay? ^^

Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan

21 Oktober 2014

Kisah Budak Sekolah #2 : 2.1 - Speaker (1)

Cerita sebenar. Ini berlaku tahun lepas dalam kelas. Cikgu masuk kelas dan ucap terima kasih untuk hadiah sempena hari guru tu. Semua dok cakap. Cikgu suka tak? Comel tak hadiah tu? Cikgu ty guna tak? semua tu la.. tetiba sorang murid duduk paling belakang project suaranya.


Cikgu pula dengan muka selamba bergurau dengan berkata:


Satu kelas gelak. Haha.. #Flashback

19 Oktober 2014

Kisah Budak Sekolah #1 : 1.1 - Pengawas yang tegas


15 Oktober 2014

Kembali~

Hari terakhir PT3. Fuh! Akhirnya habis juga. Tunggu result sahaja kerjanya sekarang ini ^^" Malam ini nak blogwalking banyak-banyak.. muehehehee :D


Bahasa Melayu
Mathematics
English
Science
Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga)

14 Oktober 2014

Kisah budak sekolah

Dalam setiap kelas mesti ada..

..pengawas.
..speaker. (Orang yang selalu menjerit)
..food freak. (24 jam curi makan)
..penolong kanan. (Orang yang duduk di sebelah kanan dan selalu tolong orang di sebelah kirinya)
..singing machine. (Selalu menyanyi)
..anggota sukarela. (Orang yang rajin sangat sapu sampat walaupun bukan tugasnya) :)
..yang kuat risau.
..anak/murid yang soleh/solehah.
..budak stress.
..yang selalu tidak hadir.
..yang femes. (Satu sekolah datang nak car dia masa P&P)
..yang tidak peka terhadap sekeliling. (Ignorance)
..dancing machine. (Orang yang selalu menari)
..yang pendiam.
..yang gila-gila sikit.
..yang genius.
..yang selalu kena buli.
..sleeping beauty. (Selalu curi tidur/tidur tanpa berselindung dalam kelas)
..story machine. (24 jam ada cerita)
..yang rajin tolong cikgu.
..geng.

dan sebagainya.....

Saya on the way to speaker, food freak tegar, ex-penolong kanan, singing machine bila dekat PT3, ex-anggota sukarela, on the way to budak stress dan kuat risau, dancing machine bila jumpa budak-budak yang gila-gila sikit, ex-sleeping beauty dan on the way to story machine. Boleh agak dah Yun Sing ini jenis orang yang macam mana? Hehe..

Anda yang mana satu? :D #Flashback

13 Oktober 2014

A day is over


Bahasa Melayu
Mathematics
English
Science
Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga)

23 September 2014

Inventori Minat Kerjaya

Hai. Pada Selasa, 23.9.2014 Yun Sing telah berjaya menduduki ujian Inventori Minat Kerjaya.. (yeay)

Bila buka kertas soalan nampak gambar..

10 minit sebelum ujian bermula, cikgu sudah suruh duduk dan bersedia.. Cikgu edarkan kertas soalan siap-siap..

Cikgu: You only have 40 minutes to answer 130 question. Better be fast..

Semua mulut ternganga, mata terbeliak.. alamak.. matilah.. 130 soalan 40 minit?! Hahaha lawak betul.. siapa boleh siap tu boleh terbang dah..

Bila dapat kertas soalan, satu kelas macam, ceh.. laa.. ni ka.. hahaha.. buka-buka nampak gambar.. banyak.. kawan yang duduk sebelah tergelak.. "Haha.. gambar!" Saya pun buka.. nampak gambar.. bhuahaha tergelak.. cikgu pun macam pandang.. Ok.. boleh mula menjawab sekarang..

*mungkin lama tak nampak kertas soalan bergambar.. fuh fuh*

P/S: Rindu masa zaman sekolah rendah.. kertas ujian penuh dengan gambar, siap bawa pensel warna warna-warna gambar lagi..

P/S 2: Habislah macam mana nak pilih stream tahun hujung tahun ini? Semua minat kerjaya hampir sama.. xD

22 September 2014

Bila PT3 semakin dekat


"Siapa dah study?" Soalan yang pasti kita dengar setiap hari daripada orang yang sama mahupun berlainan..

Banyak ragam yang akan kita nampak.. (yang stress, yang cuba lari dari topik, yang confident, yang speechless, yang tergamam dan sebagainya)

16 September 2014

Segmen Ceritera Merdekaku by Dunia Zumal


Kisah merdeka? Hmm.. tak ada yang special tapi boleh la.. haha.. Kawan-kawan selalu kata "Yun Sing ni terlebih patriotik la.." "Yun Sing memang argh" haha

Sejak kecil lagi setiap tahun pada 30 Ogos akan tunggu countdown 10 saat dari rumah ekeke.. Pastu jerit.. MERDEKA!! Sambil terlompat-lompat.. semangat weyh, sampai buat baju la.. Jaluar Gemilang la semua hias-hias patung (kononnya sambut merdeka sesama ekeke)

Sampailah masuk Darjah 1.. Tau-tau jelah sekolah rendah ni.. Darjah 1 hingga 6 setiap tahun dekat sekolah mesti semua semangat gila nyanyi lagu 31 Ogos, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan lain-lain lagu patriotik kat sekolah.. kuat dan semangat dengan baling-baling Jalur Gemilang masa akhir lagu pastu cuba sambut xD

Masuk sekolah menengah memang melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti argh.. setiap tahun sekolah buat pertandingan hias kelas sempena bulan kemerdekaan.. pertandingan nyanyian lagu patriotik dan lain-lain.. Lagu patriotik tu masa Form 1 ada pula paksa-paksa masuk.. haha angkat kaki dulu weyh.. masih dalam sejarah hitam masa Form 1 masuk Georgian Idol kononnya wakil kelas tengok-tengok pergi tu bukan nyanyi.. terrecite poem sambil ketaq xD

Ok memang tahun ni macam tak berapa meriah.. mungkin sebab kan negara berkabung untuk peristiwa MH17 kan.. Tahun ini tahun paling sempoi dengan pergi shopping, GAMA letak lagu patriotik semua.. paling best bila tau semua lagu tu xD Sing along dalam GAMA la, apa lagi? Semua orang dok pandang dengan muka 'eh budak tu ok ke tak?' hahaha

Tahun ini Form 3 pun macam dikecualikan dari pertandingan hias kelas tu.. ingat lagi guru kelas masuk tu.. err..

Teacher: EH? Kelas ini Merdeka apa tak nampak hias kelas pun?
Ketua tingkatan: Tu, teacher! (sambil tunjuk kat perkataan yang dilekatkan di depan kelas- Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta)
Teacher: Jalur Gemilang takde ka?
Ketua tingkatan: Takpelah teacher.. dah hias kelas cukup la..
Teacher: Merdeka mana boleh tak ada Jalur Gemilang? At least ada satu!
Ketua tingkatan: Hmm..
Tetibe seorang tu tanya: SIAPA ADA JALUR GEMILANG?
Mulalah satu kelas pandang sana, pandang sini..

Tiba-tiba..

PUAK!! (bunyi semangat hahaha) nampak bendera mini dikibar-kibarkan dalam kelas.. dan Yun Sing dengan semangatnya mengibarkan dengan kuat xD bawah kipas pula tu =,=

"Yun Sing....."

15 September 2014

Day 6 - 6 Place


1. Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang

Teringin sangat nak balik sekolah lama.. 3 tahun dah tinggalkan sekolah.. bukan taknak balik tapi tak berkesempatan :3 Rasanya lepas Form 5 baru boleh balik sekolah xD

2. Georgetown

Yes, I know.. obviously, I am always here :3 But there are many places I don't know.. haritu nak pergi Yasakoi Parade pun, muka macam tourist, bergambar pingpingpungpung dengan ternganga mulut semua lagi teruk dari tourist =,= Sampai Sun Ru terpaksa jadi tour guide.. kesian..

3. Malaysia

"Apa budak ni? Duduk dekat Penang, nak pergi Georgetown, nak pergi Malaysia =,=" Haha.. bukanlah.. nak jelajah satu Malaysia baru keluar melancong boleh? Hehe.. taknaklah in the future sebagai local people ni teruk sampai nak kena suruh tourist jadi tour guide dengan ternganga semua macam first time tengok Malaysia xD

4. Thailand

Ya.. teringin ja.. tak pergi pun takpe.. macam.. kan negara jiran.., lepas tu ramai yang selalu pergi masa cuti ke apa ke ini la itu la.. teringin nak pergi juga la.. (tengok cepat tak dia kena influence) xD

5. Hong Kong Disneyland

Teringin nak pergi ja.. Tapi tak teruk sangat pun tahap keinginan tu haha sebab jauh.. (bagi manusia yang nak keluar rumah pergi kedai runcit terdekat pun nak kena tarik, memang tak rajinlah nak pergi travel bagai hahaha)

6. Germany

Bila terjah blog Kak Aisya yang currently menetap dekat Jerman ni rasa macam best je tempat tu xD (Tengok kena influence lagi -,-) Actually teringin nak tengok negara yang jadi Juara World Cup haritu.. haha.. After all, Germany negara pertama yang hasilkan flute pertama.. SUMBER tu yang rasa macam nak pergi :3

Thank God It's Monday

Seperti yang telah dinyatakan (cewah) dalam entri sebelum ini, dalam satu perenggan tu.. pengetua nak kena pindah la apa la.. Twitter la semua kan? Sedih pula hari ini Isnin :( Cuti sekolah pulak tu.. biasanya kalau sekolah masa ini dah dapat dengar "Thank god it's Monday".. harapnya semangat budak-budak sekolah kita (Georgian) dapat menghalang perkara ini dari berlaku..


Ok it's pink.. it's not mine xD Credit to Google..

You know what, if she stays, I'll never in my life as a student in secondary school will be gloomy on Mondays.. bhahaha and I need to go to school today.. go activity.. so let's go with a smiling face :)

14 September 2014

14.9.2014

14 September 2014, hari yang penuh dengan event.. pagi-pagi Starwalk.. tapi sobs terlambat sehari nak register dah tutup xD Ok.. pukul 11 pagi ada event dekat Esplanade nak pergi menyibuk tapi my mum taknak pergi so ape lagi, bangunlah lambat sikit xD

Memang dah ajak my mum keluar rumah hari tu.. sebab nak kena beli buku revision Science, hari Rabu ada kelas tambahan sampai terbawa-bawa dalam mimpi =,= boleh pula pengetua bagi 3 ringgit sebab nampak ulang-alik dalam POPULAR xD [Rupanya pengetua kena transfer! Pagi tu mimpi, malam buka facebook dapat berita] Sobs weyh, ramai-ramai satu sekolah pakat dekat Twitter hashtag #ShariffahAffifahStay sampai jadi trend satu Malaysia ni :(

Ok stop merepek! Zaps!! Pergi makan kepci dulu [wajib ada cheezy wedges].. sedih weyh nampak event semua kat situ dengan semua ramai-ramai pakai baju Starwalk la.. Youth Jam la.. apa la.. haha semua event yang tak sempat nak register xD Last-last memang ceroboh POPULAR je..

Nampak tak buku biru kat tengah? Tu la bukunya :3

Bestseller.. baru nampak.. kalau biasanya tak jumpa-jumpa.. rembat satu :3

Semangat weyh!! Motivation..

Stok satu minggu + nak bagi balik dekat kawan-kawan.. kemain rajin sampai correction tape habis, guna kawan punya lagi habis =.="

For le niece

Mask :3 Semangat tetiba..

Stok makanan!!

Tetiba semangat.. balik-balik belum buat apa-apa terus start buat revision xD

Hari yang penuh Sejarah -,-

13 September 2014

Day 4 - 4 Books


1. When I Was A Kid 2 (Klik untuk ke halaman)


2. Seperti Keju dan Coklat


Kredit to Google

Novel ni pinjam dari kawan last year.. baca dua kali kwot.. best *thmbs up* jalan ceritanya unik sikit..

3. Mr Right Selebriti


Kredit to Google

Tahun lepas memang gila buku-buku terbitan Blink Books la.. Blinker tegarlah katakan.. kumpul banyak-banyak.. dalam banyak-banyak novel, yang ini paling suka sebab jalan cerita dia pun menarik.. Peleraian cerita dia best dan tak dijangka haha cuma RM20 di mana-mana kedai buku (eh promote pula)

4. Will Grayson Will Grayson


Kerdit to Google

Ini boleh kira legend la.. Novel ni tebal gila tapi first time habis baca dalam satu minggu.. *tepuk sat* haha.. novel melayu memang la.. tebal 500 muka surat sehari boleh habis.. tapi novel inggeris erk sikit haha.. ni baca masa pergi negeri sembilan masa awal tahun tu.. pinjam buku kawan ^^v

Dia cite pasal gay.. ok haha lawak kay.. cite dia pelik sikit =,= boleh pula dia jumpa banyak orang yang sama nama dengannya.. pastu ada sorang yang sama nama dengannya ada sorang kawan yang sama nama dengan kawannya.. bhahaha ok tau.. tak faham kan? Faham-fahamkanlah xD