Stay connected kay? ^^

Memaparkan catatan dengan label Kisah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah. Papar semua catatan

21 Oktober 2014

Kisah Budak Sekolah #2 : 2.1 - Speaker (1)

Cerita sebenar. Ini berlaku tahun lepas dalam kelas. Cikgu masuk kelas dan ucap terima kasih untuk hadiah sempena hari guru tu. Semua dok cakap. Cikgu suka tak? Comel tak hadiah tu? Cikgu ty guna tak? semua tu la.. tetiba sorang murid duduk paling belakang project suaranya.


Cikgu pula dengan muka selamba bergurau dengan berkata:


Satu kelas gelak. Haha.. #Flashback

19 Oktober 2014

Kisah Budak Sekolah #1 : 1.1 - Pengawas yang tegas


14 Oktober 2014

Kisah budak sekolah

Dalam setiap kelas mesti ada..

..pengawas.
..speaker. (Orang yang selalu menjerit)
..food freak. (24 jam curi makan)
..penolong kanan. (Orang yang duduk di sebelah kanan dan selalu tolong orang di sebelah kirinya)
..singing machine. (Selalu menyanyi)
..anggota sukarela. (Orang yang rajin sangat sapu sampat walaupun bukan tugasnya) :)
..yang kuat risau.
..anak/murid yang soleh/solehah.
..budak stress.
..yang selalu tidak hadir.
..yang femes. (Satu sekolah datang nak car dia masa P&P)
..yang tidak peka terhadap sekeliling. (Ignorance)
..dancing machine. (Orang yang selalu menari)
..yang pendiam.
..yang gila-gila sikit.
..yang genius.
..yang selalu kena buli.
..sleeping beauty. (Selalu curi tidur/tidur tanpa berselindung dalam kelas)
..story machine. (24 jam ada cerita)
..yang rajin tolong cikgu.
..geng.

dan sebagainya.....

Saya on the way to speaker, food freak tegar, ex-penolong kanan, singing machine bila dekat PT3, ex-anggota sukarela, on the way to budak stress dan kuat risau, dancing machine bila jumpa budak-budak yang gila-gila sikit, ex-sleeping beauty dan on the way to story machine. Boleh agak dah Yun Sing ini jenis orang yang macam mana? Hehe..

Anda yang mana satu? :D #Flashback

07 Oktober 2014

Day 1 - A song that reminds you of yourself

10 day music challenge


Dulu selalu rasa diri ini tidak berguna.. DULU kay :')


Ya.. tau.. nak cari subtitle punya tak ada.. Saya pun tak reti baca ok.. haha.. Tittle: I am a little small bird.. Kwot.. yang itu translate sendiri :)

Feng Fei Fei - 掌聲響起

Siapa kenal? Cukup terkenal pada generasi my mum.. Sedikit intro.. tak tau kenapa.. tetiba teringat penyanyi ini :')

- Chinese: 鳳飛飛 [Fèng Fēifēi]
- Taiwanese singer and actress
- Often referred to as the "Queen of Hats" [sebab sentiasa pakai topi masa membuat persembahan]
- Memiliki lebih daripada 600 topi 0,0
- Mempunyai lebih daripada 80 album

Lahir pada 20 Ogos 1953, dinamakan Lin Chiu Luan dan membesar di Taiwan.. Menghabiskan 10 tahun terakhirnya di Hong Kong.. 

Pada 3 Januari 2012, beliau meninggal dunia pada umur 58 tahun diebabkan oleh kanser paru-paru.. Tapi berita kematiannya diminta untuk dirahsiakan.. maka semua dikejutkan dengan berita kematiannya pada 13 February 2012..

05 Oktober 2014

CPUV ke-28


Kalau nampak iklan macam ni, feel free to click tau ^^"v



Info lanjut boleh klik iklan dalam blog ini atau ke LINK INI


Inilah rupa kereta Proton baru ini!! Jeng jeng jeng.. bila baca ini baru tau rupanya baru. Patutlah tak pernah nampak. Hari itu on the way balik dari bank nampak kereta ini.. baru lagi, tanpa nombor plat.. Ternganga mulut.. oooooo.. pandang tepi, orang yang duduk semua pandang macam apa budak ini tetiba saja hahaha.. Style ooh kereta ini :D

03 Oktober 2014

Kisah budak masuk bank

Hai.. hari ini boleh kira hari bersejarah la.. hehee.. kena bank in duit tapi takde orang dalam rumah yang free so dah tu pergilah sendiri lepas sekolah!! xD Sampai-sampai, pergi kat situ, senyum dekat guard then buat selamba masuk je.. yes, first time masuk.. dan sorang-sorang dengan baju sekolah..

Pagi tu tekun kwot cari tutorial guna mesin ATM xD Dengan search.. 'Boleh tak bawah umur guna ATM'.. haha takleh blah.. siapa dapat keyword pelik-pelik camtu.., sayalah tu xD Sampai sekolah tu bagitau semua orang.. "This is the day to test my confidence!" Sampai semua orang ternganga tak faham xD

Masuk-masuk semua orang buat dek je.. le me pun tak kisah.. pergi satu mesin.. mesin tu kunci tapi dok ligat cari tempat taip dia.. semua dah pandang pelik.. le me buat selamba pergi satu lagi xD yang tu mesin ATM.. Sila masukkan kad anda.. terbeliak biji mata.. xD Then pergi dekat satu lagi.. haa.. ni baru betul.. deposit!!

Lain pula yang jadinya =,= Pilih bahasa: Bahasa Melayu.. Anda pasti?: Ya.. Dua opsyen: Bayaran tunai & deposit tunai.. hahaha.. klik bayaran tunai.. haa? Bil? Apa ni? Tettt.. pusing, keluar bank xD Pergi telefon awam.. kol minta pertolongan xD


Masuk balik =,= pergi mesin deposit tu.. semua dah ok.. smooth je.. tetiba 'sila ambil duit anda'.. 'sila ambil duit anda'.. orang belakang pun dah merengus bagai.. lepas lama tu beliau tanya.. 'nak bank in berapa?' *pandang duit* *facepalm* ada RM5 =,="

Keluar lagi.. kol tanya mesin tu terima duit apa? xD Masuk balik lagi!! Smooth je last try tu.. cepat-cepat blah.. hahaha.. yang pasti semua orang ingat le me gila sebab entah berapa kali dok facepalm dalam tu =,="


30 September 2014

When I Was A Kid: Le Hairstyle


25 September 2014

Le First Ticket


It happened two days ago.. Tetiba rasa curious.. tanpa teragak-agak soalan ditaip dengan OH MY ENGLISH dan dengan selambanya subjek "A Sudden Question" diletak tanpa rasa bersalah. Nak hantar ke tak.. nak hantar ke tak.. Takyahlah :3 *click hantar* *facepalm*

Kesian kena layan budak yang soalan entah apa-apa ni.. bukan saja tau.. memang selalu tanya soalan yang kononnya soalan bodoh.. kononnya curious *facepalm*

14 September 2014

14.9.2014

14 September 2014, hari yang penuh dengan event.. pagi-pagi Starwalk.. tapi sobs terlambat sehari nak register dah tutup xD Ok.. pukul 11 pagi ada event dekat Esplanade nak pergi menyibuk tapi my mum taknak pergi so ape lagi, bangunlah lambat sikit xD

Memang dah ajak my mum keluar rumah hari tu.. sebab nak kena beli buku revision Science, hari Rabu ada kelas tambahan sampai terbawa-bawa dalam mimpi =,= boleh pula pengetua bagi 3 ringgit sebab nampak ulang-alik dalam POPULAR xD [Rupanya pengetua kena transfer! Pagi tu mimpi, malam buka facebook dapat berita] Sobs weyh, ramai-ramai satu sekolah pakat dekat Twitter hashtag #ShariffahAffifahStay sampai jadi trend satu Malaysia ni :(

Ok stop merepek! Zaps!! Pergi makan kepci dulu [wajib ada cheezy wedges].. sedih weyh nampak event semua kat situ dengan semua ramai-ramai pakai baju Starwalk la.. Youth Jam la.. apa la.. haha semua event yang tak sempat nak register xD Last-last memang ceroboh POPULAR je..

Nampak tak buku biru kat tengah? Tu la bukunya :3

Bestseller.. baru nampak.. kalau biasanya tak jumpa-jumpa.. rembat satu :3

Semangat weyh!! Motivation..

Stok satu minggu + nak bagi balik dekat kawan-kawan.. kemain rajin sampai correction tape habis, guna kawan punya lagi habis =.="

For le niece

Mask :3 Semangat tetiba..

Stok makanan!!

Tetiba semangat.. balik-balik belum buat apa-apa terus start buat revision xD

Hari yang penuh Sejarah -,-

01 September 2014

Segmen Blogwalking : When I Was A Kid by Aina Akmal

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Join betul-betul last minute ni ^^ Dalam banyak-banyak segmen yang dibookmark, paling tertarik dengan segmen ini.. Sebab "When I was a kid" 5 perkataan ni selalu disebut semasa sembang-sembang dengan kawan-kawan.. Ini gara-gara terbaca buku When I Was A Kid 2 by Cheeming Boey.. So, cut part-part introduction merapu meraban ni, jom ke pointnya..


Sedikit introduction tentang diri ini.., saya anak tunggal.. so faham-faham je la.. takde teman nak main.. selalu my mum jadi mangsa nak main kura-kura dengan arnab.. hahaha sampailah masa umur berapa entah my cousin datang tinggal dekat rumah masa hari minggu sebab rumah saya dekat dengan sekolahnya. Mulalah terjadi macam-macam..


Pertandingan siapa boleh minum air paling banyak
Giler betul time tu.. kami seorang satu hari minum 7 hingga 8 botol air tanpa henti sebab nak bersaing siapa boleh minum air paling banyak.. ofcoz la cousin boleh menang sebab masa tu saya kecik lagi kan.. kononnya segala usus masih kecil untuk menampung air yang banyak hahaha.. tapi disebabkan tak mahu mengaku kalah, tudia minum juga.. sangat menakutkan persaingan tu sampai my mum kena merampas botol air kami..


Pertandingan antara alatan mainan
Faham-faham jelah.. budak-budak tadika dengan budak-budak darjah 4 dengan mainan.. pingping pangpang bangbangbang semua..


Menyeksa diri
Bagi orang dewasa masa tu, kami sedang menyeksa diri tapi bagi kami, itu satu pertandingan yang takde siapa mau mengaku kalah.. dengan selambanya my mum punya pengepit baju jadi mangsa.. amik banyak-banyak dan seterusnya mengepitkannya pada telinga.. sebanyak yang mampu.. lepas tu jari.. ha amik kau 5 minit.. nasib baik my mum memunculkan diri kalau tak rasanya nak jadi apa pun entah sebab darah takleh mengalir =,=


AHMA!!
Haha.. ni yang paling takleh blah.. masa tu masa my grandma masih hidup, kami selalu buat beliau pening.. haha.. first salah seorang dari kami ty pergi cakap dengannya.. pastu seorang lagi tak puas hati, mai kacau daun.. akibatnya, my grandma terpaksa menggunakan kedua-dua telingganya.. haha.. kesiannya xD

Me *speaking in hokkein*: Ahma.., harini kat sekolah..
My cousin *datang kacau, also speaking in Hokkein*: Ahma! Harini saya beli..
Me *lagi kuat*: Ada seorang kawan saya ni..
My cousin *lagi kuat*: benda ni.. *tunjuk*
Me: Ahma, ahma dengar tak saya cakap apa?
My cousin: Mestilah tak, ahma dengar cite saya..
Me: AHMA!!
My cousin: AHMA!!

Boleh bayangkan betapa peningnya my grandma waktu tu xD


Ok masa hujung minggu my cousin ty balik rumah so takde orang nak main dengan saya.. waktu tu, saya budak 7 tahun yang banyak fikir.. asal masuk Sabtu malam je hati tak tenang.. saya ty duduk kat satu penjuru dan termenung sendirian.. kekadang nangis.. hmm.. banyak persoalannya.. "Nak buat apa sekarang?" "Kenapa hidup saya begini?" "Apa yang akan berlaku lepas saya mati?" "Suatu hari nanti, semua orang dalam rumah ini akan mati meninggalkan saya.." Haha dengan adegan guling-guling dekat ruang tamu 100 kali dan countdown berapa lama lagi sampai boleh ke sekolah..

When I was a kid, the brooms in my house is my guitar..

When I was a kid, the feather dusters are my customers. I help them to cut their hair


Masa kecik, my mum tak selalu bagi keluar rumah.. amik kunci je, my mum ty muncul.. (ala.. anak sorang je kan.. kalau hilang camne haha) then ada laa 'adegan memanjat pintu'.. designnya macam ni laa.. kotak kecil-kecil, mudah nak panjat xD

Disebabkan tak selalu keluar rumah, saya jadi anti-sosial katakan.. masa first day tadika lari satu rumah.. naik turun tangga.. teruk sangat sebab tak pernah nampak rumah besar dengan compound dan tingkat atas.. hari kedua dah duduk satu penjuru.. semua orang ingatkan saya bisu.. Masuk sekolah rendah selalu kena buli..

Masuk sekolah menengah ok dah.. huhahuha dan hangout semua.. haha takleh blah.. kita berubah ke arah kebaikan ^^

Haha syarat keempat tu nanti ye, sudah menjadi kebiasaan blogwalking lepas segmen tamat, boleh blogwalking sekaligus ^^"

11 Ogos 2014

Entri backdated

Hai..

Huhuhu sedihnya.. terpaksa backdate kan entri supaya target 2 entri sehari tu tercapai.. Hari Sabtu haritu asyik sangat publish comment dan terjah pengomen sampai terlupa post entri kedua.. tengok-tengok settle punyalah settle.. akhirnya malam tu ada 80++ comment lagi juga..

Pagi Ahad herher... terjerit lompat-lompat depan laptop sebab terlupa post entri ekeke.. (buat teruk) Dah tu mulalah merapu meraban scroll-scroll laptop cari idea nak post apa.. Post tentang Kawan Lama SMS tu sebab terjumpa gambar quote yang didownload tu laa..

Balik kepada komen yang disettlekan separuh pada hari sebelumnya.. sudah 100++ komen.. her her.. dalam gembira ada terselit kemalasan yang melampau hehe.. tapi duduk teruskan kerja jugak.. Tau tak kenapa dari 80 komen boleh jadi 100++ komen dalam masa terdekat? Hehehee.. semestinya dua pengomen tegar blog ini datang menyerang dengan komen bertubi-tubi.. sekali komen 10++ waa.. thanks Kak Nina dan Dr Shikin ^^ Juga kepada pengomen lain yang turut menyumbangkan komen..

Dah tu idea kering mulalah snap-snap gambar makanan.. minta maaf sangat-sangat kalau ada yang tengah puasa enam.. (hohoho berapa kali dah) Konklusinya Yun Sing akhirnya terpaksa backdatedkan entri.. *sobs

30 Julai 2014

Wordless Wednesday #20: Takde kerja


12 Julai 2014

Peristiwa 11 Julai

Hai :)

Apa pula peristiwa 11 Julai ni? Tawu tak ape peristiwanya? Tak tawu? Takpe.. It's normal ^^

Lama tak buat post panjang-panjang.. takpe kan? :) Setaun sekali ^^"

Dah kumpul pun satu Malaysia yang seangkatan dengan saya.. Sorang tu my ex-classmate, Kaushalyah.. sorang lagi.. http://amirahamer.blogspot.com/.. eksited konon pukul 12 pagi dah wish diaorang dah.. huhuhu.. jom kite tengok peristiwa 11 Julai bersama Yun Sing..

11 Julai 1999 merupakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa seterusnya..
Pada 11 Julai 2000, Yun Sing telah makan keropok udang untuk pertama kalinya xD Dari situ terlahirlah sikap food freak ini.. hahaha
Pada 11 Julai 2006, Yun Sing dah mula tak dapat kek sebab dah "besar" konon xD
Pada 11 Julai 2007, gigi Yun Sing telah dicabut di sekolah -,-
Pada 11 Julai 2010, Yun Sing terkejut beruk apabila best friendnya sampai dekat rumahnya untuk kali pertama sambil membawa hadiah bertan-tan.. thank you, Khor Min <3
Pada 11 Julai 2011, peristiwa ini tidak disambut sebab Yun Sing "berpuasa" dan "dikurung" untuk persiapan UPSR =,= Peristiwa ini ditunda ke seminggu selepas UPSR..
Pada 11 Julai 2012, peristiwa yang telah Yun Sing sendiri lupakan :3 Lagu dinyanyikan semasa aktiviti unit beruniform pada waktu pagi.. thanks guys <3
Peristiwa 11 Julai 2013 boleh didapati di sini --> Peristiwa 11 Julai 2013

Now to the main point xD

Peristiwa 11 Julai 2014

Pada malam sebelum 11 Julai 2014, Yun Sing telah dibelenggu oleh kerja sekolah yang sudah sama tinggi dengan dirinya. Homework "dikejar" sehingga tepat-tepat pukul 12 tengah malam pada 11 Julai 2014. Facebook dibuka. Wished Kaushalyah.. Lepas tu buka blog http://amirahamer.blogspot.com/.. wish dekat chatbox.. homework diteruskan sehingga pukul 2 paginya. Yun Sing yang sakit kepala dari petang telah landing tepat-tepat pukul 2 pagi -,- Persiapan untuk kajian kes Geo belum dibuat. Persiapan nak buat Sejarah pada keesokkan harinya belum siap. Fail PEKA belum beli. Lantak pi xD

Pada tepat-tepat pukul 3 pagi, Yun Sing terbangun dek mimpi tak sempat habiskan kajian kes Geografi. Pada pukul 4 pagi, Yun Sing terbangun lagi termimpi cikgu Sejarah marah sebab tak siap kerja -,- Pukul 5 pagi Yun Sing terkejut kerana sudah plan awal-awal nak bangun pukul 5 pagi buat hwk. Kepala yang sakit giler kentang membantutkan niat xD Pukul 6 pagi tak pula bangun.. Pukul 6.45 pagi, Yun Sing terbangun dan bersiap dalam masa 15 minit. Hampir tertinggal bas.

Sampai-sampai sekolah terus buat apa yang belum siap. Tiga orang saja yang betul-betul ingat peristiwa ini. Sampai-sampai kelas, terus membuat kerja. Satu kelas sibuk dengan kerja masing-masing yang belum siap. Guru Geo masuk kelas dan mulalah operasi slot terakhir iaitu 2 jam untuk menyiapkan kajian kes Geografi PT3.. semua kelam-kabut membuat sehingga satu kelas tak pergi rehat.. dah tu lambat pergi library cikgu seterusnya dok tunggu.

Dari situlah terlahirnya statement:-

"On the 11th of July 2014, Yun Sing is having a terrible headache and on the 11th of July 2014, Yun Sing is too busy that she don't even have the time to eat and pee. My kidney is going to explode."

Lepas sekolah stayback pula. Teman senior pergi library.. balik-balik 5 petang. Senior tanya bile bufday kite. Kite jawab Julai.. When ha? 13th July? xD Nampaknya 7Eleven yang kite dok cite pada awal taun takde orang yang ingat xD Pada 6 petangnya saya balik rumah dan hanya 3 orang di sekolah yang ingat peristiwa ini. Balik-balik rumah.. my mum eksited dok cite pasal niece kite yang beliau jaga. My aunt pula too fascinated pasal tempat kerjanya. Cite ini la itu la.. my dad pula eksited cite pasal motosikal =,=

Masa tu la satu-satu mesej dok mai.. SMS la.. facebook la.. bagai la.. yang ni paling takleh blahnya. Dari fb message :)


Geo.. hahaha.. tahun ini kite diwish 80 kali. Thanks. Taun ni first time kite kira berapa wish :) Sebab macam ada yang wish kita tapi kita lupa, kan? So kite dah rasa bersalah. Ingat ada lebih kurang 80 orang yang ingat pada kite :') thanks guys. Dengan sampainya jarum jam pada 12 tengah malam, berahirlah peristiwa 11 Julai 2014 yang tiada sorang pun dalam rumah yang ingat :3

Peristiwa selepas peristiwa.. sudah jatuh ditimpa tangga TT__TT Tak kisah pun :) Hepi sebab takde orang ingat.. bestnya xD Awkward kwot kalau semua orang ingat -_-''