Stay connected kay? ^^

01 September 2014

Segmen Blogwalking : When I Was A Kid by Aina Akmal

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Join betul-betul last minute ni ^^ Dalam banyak-banyak segmen yang dibookmark, paling tertarik dengan segmen ini.. Sebab "When I was a kid" 5 perkataan ni selalu disebut semasa sembang-sembang dengan kawan-kawan.. Ini gara-gara terbaca buku When I Was A Kid 2 by Cheeming Boey.. So, cut part-part introduction merapu meraban ni, jom ke pointnya..


Sedikit introduction tentang diri ini.., saya anak tunggal.. so faham-faham je la.. takde teman nak main.. selalu my mum jadi mangsa nak main kura-kura dengan arnab.. hahaha sampailah masa umur berapa entah my cousin datang tinggal dekat rumah masa hari minggu sebab rumah saya dekat dengan sekolahnya. Mulalah terjadi macam-macam..


Pertandingan siapa boleh minum air paling banyak
Giler betul time tu.. kami seorang satu hari minum 7 hingga 8 botol air tanpa henti sebab nak bersaing siapa boleh minum air paling banyak.. ofcoz la cousin boleh menang sebab masa tu saya kecik lagi kan.. kononnya segala usus masih kecil untuk menampung air yang banyak hahaha.. tapi disebabkan tak mahu mengaku kalah, tudia minum juga.. sangat menakutkan persaingan tu sampai my mum kena merampas botol air kami..


Pertandingan antara alatan mainan
Faham-faham jelah.. budak-budak tadika dengan budak-budak darjah 4 dengan mainan.. pingping pangpang bangbangbang semua..


Menyeksa diri
Bagi orang dewasa masa tu, kami sedang menyeksa diri tapi bagi kami, itu satu pertandingan yang takde siapa mau mengaku kalah.. dengan selambanya my mum punya pengepit baju jadi mangsa.. amik banyak-banyak dan seterusnya mengepitkannya pada telinga.. sebanyak yang mampu.. lepas tu jari.. ha amik kau 5 minit.. nasib baik my mum memunculkan diri kalau tak rasanya nak jadi apa pun entah sebab darah takleh mengalir =,=


AHMA!!
Haha.. ni yang paling takleh blah.. masa tu masa my grandma masih hidup, kami selalu buat beliau pening.. haha.. first salah seorang dari kami ty pergi cakap dengannya.. pastu seorang lagi tak puas hati, mai kacau daun.. akibatnya, my grandma terpaksa menggunakan kedua-dua telingganya.. haha.. kesiannya xD

Me *speaking in hokkein*: Ahma.., harini kat sekolah..
My cousin *datang kacau, also speaking in Hokkein*: Ahma! Harini saya beli..
Me *lagi kuat*: Ada seorang kawan saya ni..
My cousin *lagi kuat*: benda ni.. *tunjuk*
Me: Ahma, ahma dengar tak saya cakap apa?
My cousin: Mestilah tak, ahma dengar cite saya..
Me: AHMA!!
My cousin: AHMA!!

Boleh bayangkan betapa peningnya my grandma waktu tu xD


Ok masa hujung minggu my cousin ty balik rumah so takde orang nak main dengan saya.. waktu tu, saya budak 7 tahun yang banyak fikir.. asal masuk Sabtu malam je hati tak tenang.. saya ty duduk kat satu penjuru dan termenung sendirian.. kekadang nangis.. hmm.. banyak persoalannya.. "Nak buat apa sekarang?" "Kenapa hidup saya begini?" "Apa yang akan berlaku lepas saya mati?" "Suatu hari nanti, semua orang dalam rumah ini akan mati meninggalkan saya.." Haha dengan adegan guling-guling dekat ruang tamu 100 kali dan countdown berapa lama lagi sampai boleh ke sekolah..

When I was a kid, the brooms in my house is my guitar..

When I was a kid, the feather dusters are my customers. I help them to cut their hair


Masa kecik, my mum tak selalu bagi keluar rumah.. amik kunci je, my mum ty muncul.. (ala.. anak sorang je kan.. kalau hilang camne haha) then ada laa 'adegan memanjat pintu'.. designnya macam ni laa.. kotak kecil-kecil, mudah nak panjat xD

Disebabkan tak selalu keluar rumah, saya jadi anti-sosial katakan.. masa first day tadika lari satu rumah.. naik turun tangga.. teruk sangat sebab tak pernah nampak rumah besar dengan compound dan tingkat atas.. hari kedua dah duduk satu penjuru.. semua orang ingatkan saya bisu.. Masuk sekolah rendah selalu kena buli..

Masuk sekolah menengah ok dah.. huhahuha dan hangout semua.. haha takleh blah.. kita berubah ke arah kebaikan ^^

Haha syarat keempat tu nanti ye, sudah menjadi kebiasaan blogwalking lepas segmen tamat, boleh blogwalking sekaligus ^^"

22 ulasan:

  1. anak tunggal?...mcm mana perasaan tu ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh laa.. mula-mula masa kecik rasa boring.. then lama-lama dah terbiasa.. bila fikir balik dan dengar cite orang gaduh ngan adik-beradik la.. frust dengan adik la.. kena buli dengan abang ke kakak la.. rasa macam.. oh.. haha

      Padam
    2. Akak suka ngusik adik-beradik masa kecik. Suka bagi dorang merajuk.
      Dah ada ni, kacau anak-anak pulak.
      Hehe..

      Padam
  2. Hahaha, aina pun pernah buat aktiviti minum air tu masa darjah 3. last2 muntah air kosong punya. T___T lemah longlai badan masa tu,

    thanks sebab sudi join. hehe. ^^
    http://nurainahanis.blogspot.com/2013/08/senarai-peserta-segmen-blogwalking-when.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adeh.. nasib baik tak jadi gitu.. kesiannya..

      Padam
  3. haha. lawan minum air banyak2 tu rare. so selama ni yun sing main dgn cousin jela ye. hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehee.. tak sangat.. setahun dua je then dia dah menjadi penghadap komputer setia.. then dah lepak-lepak dengan kawan last-last pindah.. turn Yun Sing pula jadi penghadap laptop setia xD

      Padam
  4. YS kita sama gang la.. ANAK TUNGGAL !! hehehe.. keciknya dunia. bertambah group anak2 T ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh eh eh? Kak Nina pun anak tunggal ek :D baru tau ^^

      Padam
  5. lawan minum air byk2.. fuhhhh xkembong plak perot tuu ye?hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Erk sampai nak termuntah air pun ada =,=" over hydrated dah ni..

      Padam
  6. hahahaha comel sangat zaman kecik2 yunsing ye.. bab ahma tu...kita gelak sendiri :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha ada lagi gila punya part ahma tu.. =,=" Bila ahma keluar jalan-jalan kami ty mintak beli pau.. macam-macam la kami mintak.. pau kacang la, ni la tu la.. bila ahma keluar je kami jerit.. AHMA BAI BAI!! sampai ahma hilang dari pandangan.. lepas tuh kami lawan siapa jerit paling kuat sampai ahma balik bhuahahahahaha

      Padam
  7. benda kepit kepit tu best kot.. hahaha. bila main games apa apa mesti letak rules, 'yang kalah kena kepit'... uhwaaa seksa gak oooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kan.. patutlah ada sorang kazen ni dia kata "kita sekeluarga kulit tebal.. sakit pun boleh tahan.. haih" satu rumah gelak weyh xD

      Padam
  8. hahaha.. kindda funny.. Good luck!

    http://miamorzafirah.blogspot.com/2014/09/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

    BalasPadam
  9. Baru tau Yun Sing anak tunggal yer...

    BalasPadam
  10. bhahaha samalah kita Yun Sing. sama sama anak tunggal. memang akak faham le perasaan dikongkong tu. tapi bila dah besar ni baru mengerti kenapala dulu mak tak kasi buat itu ini keluar suka suka hati. dengan dunia skarang bahaya nya so baru faham.

    eyh akak dulu main jugak pengepit baju. main konon konon ganti lego. kepit kepit lepas tu susun kasi makin panjang. kepit telinga kepit jari yes !! i did the same thing dulu.

    panjat jejari tingkap pun yes. hahaha tapi akak nye tingkap dulu tak banyak ruang gitu so selalu tak dapat panjat sampai atas. separuh aja lepas tu kalo mak nampak kena piat telinga kena turun. katanyaaa anak perempuan prangai macam jantan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay geng xD Kan.. masa kecik kalau mak tak bagi keluar, merajuk teruih.. sekarang ok je jadi malas nak keluar rumah pula sampai nak kena paksa bhahaha..

      Haha dengan susun-susun pengepit baju buat menara.. duduk seharian menghadap penyepit baju.. memang bertekad sangat nak susun satu menara la.. dah hampir berjaya, kazen mai tiup.. argh! Mengamuk la.. boleh dia lari masuk bilik kunci xD Lepas tu my aunt pula mai kacau daun memang @^!@(*!) la haha..

      Haha kan.. kalau mak nampak ty jerit.. then rotan mai, lari masuk bilik kunci xD tau my mum kata apa..? xD My mum kata sebab bila saya dalam kandungan, ingatkan laki.. nak laki sangat sebab tu anak dara sorang ni perangai cam laki xD

      Padam
    2. Yun Sing !! samalah !! mak akak pun cakap bila scan nampak lelaki hahaha.. bila keluar perempuan. orang kan selalu beli baju kaler biru untuk laki and pink untuk perempuan kan ? hahaha akak nye semua biru. memang mak prepare anak lelaki punya stuff. tapi akak tak panjat tingkap hahaha.

      mmg bila dah besar ni tak heran saangat nak keluar.

      Padam
    3. Memang sampai dah keluar pun my mum still ingat laki.. semua orang dok facepalm sebab my mum tak perasan bukan laki haha.. bukan panjat tingkap je.. lompat meja juga xD Yang ti setuju sangatttt :3

      Padam