Stay connected kay? ^^

03 Mac 2018

Blogwalking Weekend


Happy weekend!! Akhir minggu ni takde kelas, ingat nak boom blog korang. Sesiapa yang nampak blog post ni silalah komen link blog korang ya, sy nak blogwalking ^^

Jumpa kat blog korang ya ^^ I'm hwaiting!!

02 Mac 2018

Kisah Hidup Budak Blogger (Part 2)

Hi u'olls! Kembali lagi ke sesi berkenalan dengan penulis blog. Baik harini kita (acecece macam pengacara pulak) sambung entri dulu, boleh baca di sini --> Kisah Hidup Budak Blogger

Image result for life

Kali ni nak cite pasal tahun 2017 yang menarik ^^

Tahun 2017 sy masih lagi kerja jual insurans dengan kerja waitress kat kedai steamboat. Sampai lebih kurang bulan 4. Sebab memang nature diri ni tak peramah sangat. Tapi bila kerja jual insurans ni kena la cakap dengan orang. Orang yang tak kenal pulak tu. Kay. Tu yang wat sy jadi tertekan sangat bila kerja. Nak benti pun takleh sebab maruah kan.. kena selesaikan apa yang kita mula, kalau tak, mulalah orang nak mengata kita tak mampu la, turun separuh jalan la, takleh berjaya kat sini tak bermakna pi tempat lain dan berjaya tu betul-betul berjaya la, dsbnya.. Okay, tu jadi teruk. Masa ni sy dah mula tinggal kat asrama kerja steamboat tu. Depression second wave jadinya.

Image result for depressed

Tak kerja langsung, kerja kedai steamboat ja la, sebab dah tinggal kat asrama kan.. Tak nak balik rumah sebab kat asrama pun sudah cukup rasa macam ikan masin. Balik rumah lagi la, jadi pengganggur yang berjaya, tanam bebanyak anggur makan sendiri. Tapi rakan sekerja kat sini semua muda-muda, dalam 17 tahun - 28 tahun ja. Semua selalu keluar, main macam-macam. Lepas lama juga la, sy mula keluar dari masalah sendiri dan join them have fun la katakan.

Then sy register masuk form 6.
Maaf ya, gambar takde, sebab sy masuk kelas 7 kali ja dalam 3 bulan.
Sebab kerja kedai steamboat sampai 4 pagi kekadang.
Ponteng sekolah.
Atau TERponteng.

Kay, dah benti form 6.

Pastu sy benti kerja jual insurans.
Masuk full time kerja kedai steamboat ni.

Sampailah akhir bulan Januari 2018.

Akhirnya tugas saya di kedai ini tamat setelah setahun empat bulan kerja kat sini. Dan akhirnya sy sambung belajar!

Ni skrg sy kat Taiwan, belajar Digital Media Design

Ni la meja belajar sy kat asrama dalam WW #2

Nak belanja gambar sikit pun takde sebab tak ambil sangat, kalau ambil pun gambar bukan-bukan yang tidak sepatutnya didedahkan (faham-faham je la ya hahaha)

Sampai sini ya, kita sembang lain kali ^^

01 Mac 2018

Book Review : M is for Autism

Hi! Sekejap sahaja ya masa berlalu.. Macam semalam sahaja tahun 2017, cepat-cepat sahaja dah Mac 2018. Sekali lagi sudah tiba hari Khamis, book review! Boleh baca review tentang Hunger Games bagi minggu sebelum ini. Minggu ni nak review pula buku non-fiksyen - M is for Autism.

Image result for m is for autism

Alkisahnya memang berminat dengan mental disorder ni, so dari dulu memang duk wat research pasal Autism, Bipolar Personality Disorder (BPD), depression dan sebagainya. Ada la ikut online course pasal teknologi untuk membantu mereka yang autistic ni. Pastu terbaca pasal buku ni kat online course tu. Buku ni wujudnya dari Limpsfield Grange School, sekolah tuk remaja perempuan yang kena autism ni. Sorang pelajar menyuarakan bahawa semua buku berkenaan autism berfokus pada lelaki, dan tiada buku bagi perempuan. Oleh itu, mulalah proses menulis oleh Vicky Martin yang mengumpul pengalaman pelajar-pelajar di sekolah tersebut dan dibukukan untuk dijual.

Saya tak nampak lagi buku ni dijual di kedai buku, buku ni saya beli online ya. Kalau nak cepat, boleh order kat Lazada dengan harga RM102.00 (free postage). Kalau boleh tunggu, boleh order terus buku terpakai dari negara luar kat Amazon (kalau tak silap, buku terpakai 3 dollars ++ sahaja.. kalau tambah postage segalanya tak sampai RM102.00 kot. Tapi kena tunggu lama ya, postage dari luar negara uolls.

So, kembali kepada kandungan buku ni. Ia ditulis dari perspektif budak perempuan 12 tahun yang autistic ni. Dia ada cite macam mana dia takleh mengawal dirinya dalam kelas, dan sebagainya. Ada satu bab ni ada cerita dari perspektif emaknya. So memang kita dapat bayangkan perasaannya. So far, saya rasa lepas baca ni dapat faham dengan lebih jelas ASD ni.

---------------

Sekian. Jumpa lagi minggu depan.. lain kali saya cite lebih mendalam pasal autism ya, kalau ada yang tak faham sangat pasal ASD ni.