Stay connected kay? ^^

22 Disember 2013

Giveaway Cutie Bloggies Blog by AfrinaTarmizi aka Missrainxx

Click barner untuk join this simple giveaway


Title Blog : Krik Krik Krik
Warna blog : Hitam
Tema blog : Entahlah.. musik kot.. ke......?
saya mula berblogging : Tahun lepas
saya akan updated bila : Bila saya online, ada masa dan ada idea


Hai ^_^ Saya mula berblogging dari tahun lepas lagi.. Hmm.. Awak ada check bila first post? Hmm.. saya delete dah sebenarnya =P Tahun lepas blog ini diwujudkan untuk menaip dan menggila sesuka hati xD Selepas itu, blog ini dibiarkan.........

Tahun ini saya mula "menjoinkan" *ceh* diri dalam group penulisan di facebook. Ada antara mereka yang bagi link blog. Baru saya teringat yang saya ada blog ini.. (kesiannya blog.. hihi) Masa menjumpai blog ini, ianya berhabuk dan kotor.. Hingga saya terpaksa membawa kucing-kucing liar yang masuk beranak-pinak ke pusat..... ish.. merapu laa pula :P Kawasan blog dikemas-kemas.. Dibaca balik post lama.. Rasa nak korek lubang, masuk dan tekup muka dengan bantal bila baca post lama.. T_T

Dengan kadar segera, semua post didelete dan dihapuskan untuk SELAMA-LAMANYA ! Muahahahaaha.. *ketawa jahat* Blog dihias semula.. widget follower dipasang.. Post pertama saya join GA yang saya tak menang :P Hehee.. Oleh itu, saya sebagai tuan empunya blog menentukan blog ini sebagai blog Giveaway dan Segmen !! Saya telah membuat satu lagi blog iaitu :- Dot.Dot.Dot. yang sekarangnya menjadi museum yang sangat-sangat bersejarah *bersejarahlah sangat* Blog itu diwujudkan sebagai blog membebel.. cerita berbagai macam diari sendiri =,=lll

Selepas bosan dengan blog gitu, saya membiarkan begitu saja.. hanya melepak di blog ini yang dulunya bernama:- ~Lalala~ Tau.. nama blog semua pelik, kan :P Apa boleh buat.. tuan empunya blog yang otak senget sikit :P Ini sebab saya malas nak ulang alik dua blog.. *ehh.. ayat macam maharaja yang dulunya mempunyai ramai gundik xD * Akhirnya.. blog ini diubahsuai sekali lagi dan blog ini menjadi hak milik kekal Yun Sing yang mempunyai kuasa mutlak ke atas semua blognya.. MUAHAHAHA *merepek lagi*

Itu sahaja laa pasal blog dan sejarahnya.. Saya confirm kalau soalan tentang sejarah blog saya keluar untuk peperiksaan, pasti semua orang FAIL kecuali saya.. HIKHIK.. *merapu pula.. kenapa kementerian pelajaran nak keluarkan soalan tentang blog awak?* huhuhu.. ok, sebelum saya merepek lagi lanjut.. baik minta jari xD
Saya tagged ..
 KRIK
     KRIK
          KRIK
               KRIK
                    KRIK
                         KRIK

1 ulasan: