Stay connected kay? ^^

31 Januari 2014

Selamat Tahun Baru Cina :3

Hai.. apa khabar? Sorry lama tak update T_T haha.. .___. Rindu dekat blog <3 Harini hari pertama Tahun Baru Cina!! *memang semua orang tau pon.. Yun Sing, jangan dok buat kecoh* hahaha.. ok fine.


Btw Gong Xi Fa Cai kepada yang menyambutnya :3 Yang tidak menyambutnya, selamat bercuti ! :P Tapi.. ada juga yang tak cuti.. Selamat bekerja.. *oops* haha.. jangan marah :(


Satu lagi.. dekat rumah nih banyak limau la.. nak tak? xD Tahun ini makan limau je semua orang :3


P/S: Takpayah mintak ANGPOW sebab kami tak kahwin lagi :P

26 Januari 2014

1st Anniversary Giveaway by Janahazana.blogspot.com

What Does Your Birth Month Mean?

Interested? Come join this quiz ==> What Does Your Birth Month Mean?

Mine is July :)

It says:

Your Birth Month Says You're Pensive



Introspective and intense, you tend to be a deep thinker. Maybe? xD
You are quiet and spiritual - and you have a unique perspective on life. I like this :D But I don't know whether I'm like that..

Your soul reflects: Lightness, luck and an open heart

Your gemstone: Ruby

Your flower: Larkspur

Your colors: Green and red

Interesting xD

25 Januari 2014

Jatuh

Hai korang :) Maaf lama tak update.. berusaha memastikan timbunan homework lebih rendah dari diruku.. *ayat pasrah xD ok.. Ada yang masih tidur kew? Mimpi tak? *giler hang Yun Sing.. petang-petang.. hmm.. hahaahaa..* Mimpi menakutkan tau tak T_T Ini cerita minggu lepas sekarang baru nak update.. hadehh :3


Minggu lepas seperti biasa saya set alam pagi-pagi pukul 4, nak pergi sekolah maa.. LOL.. pastu pagi-pagi termimpi jatuh.. lupa mimpi tuh camna tapi ada orang jatuh.. hahaha.. terbangun tuh mulut gatal-gatal pi cakap "Lama juga ye aku tak jatuh."


Masa nak jalan pergi tunggu bas sekolah tu kedebam jatuh xD Dahlah sudah jatuh ditimpa beg. Beg yang gemuk tuh.. Kasihan, kan? haha.. ok pastu buatlah selamba, diri dan jalan. Sambil jalan tuh intai dekat cermin motor tepi jalan "kat belakang ada orang tak tadi?" giler kentang xD


Sampai-sampai sekolah tengok kaki luka. Dalam kelas cikgu tak masuk lagi dok boleh angkat seluar sukan sampai paras lutut xD Pastu nampak darah.. "Bestnya." <-- memang tak takut mati ke? Hoi jangan merapik dekat sini !! :P Kawan pun tengok.. "Bukankah kamu sepatutnya pergi cuci?" "Malaslah. Satgilah.." Hahaha xD


Ingat takde pape dah kan.. masa stayback lupa bawa pensel keluar. Masuk ambil dekat dalam. Masa keluar malas pakai kasut. Pegang kasut dan lari. Dengan stoking yang berlubang plak tuh :P *kantoi* Then macam TERSLIDE.. zupp.. *bunyi nangka jatuh* hahaha xD pagi kena kaki kanan, petang kena kaki kiri.. Two in one pakage !! Best giler dahlah semua orang dok tengok.. diri buat selamba dan jalan.. then tiba-tiba gelak bagaikan orang gila.. boleh tahan :P

22 Januari 2014

Wordless Wednesday #3


17 Januari 2014

Motivasi..

Hai :) Thank god it's Friday :) Anda stress? Putus asa? Anda ok je? Happy je? Happy go lucky? Haha.. apa-apa sajalah.. jom motivasi diri..

Bagaimana anda memulakan hari anda? Bermasam muka? Stress? Pelbagai ragamlah manusia ini :)

Adakah anda seorang pelajar atau pekerja yang pada awal pagi berkata "Argh! Kerja saya belum siap!"?
Atau pelajar atau pekerja yang berkata "Presentation belum siap!"?
Atau manusia yang mengeluh "Alaa.. hari ini hari Isnin..."?
Ke seorang yang berkata "Thank god it's Monday"?
Atau pelajar yang gembira nak pergi sekolah? "Yeay yeay nak pergi sekolah.." *dialog yang terlalu kebudak-budakan untuk seorang guru atau pengetua mahupun makcik kantin/pakcik yang sapu sampah dll*
Atau pekerja yang... "Harini mesti bos marah.. matilah T_T"
Semalaman tak tidur buat kerja? "Penatnya! Dari semalam belum tidur T_T"
Atau yang senyum je? *senyum*

Banyaklah kerenah tapi yang bezanya positif dan negatif je.. yang neutral ada tak? Haha.. Jom terjah --> 5 Tips Memulakan Hari blog yang sama saya dapat informasi dengan yang ini 10 C's of Sucess

Ni.. nak promote satu blog ini.. blog yang penuh motivasi :) Jom terjah http://www.syuhada1981.com.. Jom sama-sama pakat terjah.. banyak motivasi, infomasi dan lain-lain yang berguna.. *saja nak share..* (harituh blogwalking maa..) xD

16 Januari 2014

PBS..oooh,,, PBS......

Hai :D Selamat pagi!! *Punyalah hang punya pagi, Yun Sing.. dah malam pon......* Kenapa tiba-tiba nak cite pasal PBS ni? Padahal bukannya perkara baru pun.. Dah lama dah buat.. *1 tahun 10 bulan.. lama ke?*  Oklah.. boleh dikira lamalah tu.. dah nak PBSMR pon.. (Peanut Butter Stick, Mau Rasa?) :D


Sebenarnya TERbaca entri Cikgu Norazimah masa blogwalking beberapa hari lepas.. ^^ Pasal PBS.. Hahaha.. ingat lagi masa Form 1 dulu memang stress giler.. Especially nak akhir tahun semua cikgu mulalah bagi Band 6.. tahun pertama buat.. cikgu-cikgu semua bagi Band 1 dulu, akhir tahun baru bagi Band 6..


Sekarang cikgu-cikgu dah bagi sikit-sikit Band 6 masa awal tahun, pertengahan tahun macam ini.. Ada juga cikgu yang bagitau siap-siap.. Takdelah stress macam masa Form 1 dulu.. ingat lagi masa akhir tahun.. Adeh.. sejarah.. geografi.. science.. semua subjek laa.. band 6 mai sekali T_T Tak tidur tau, ha!



Sampai rumah pukul 6.30 petang macam tu.. Mandi, makan, etc.... pukul 7 lebih mula buat.. dahlah Band 6 bukannya senang.. hahaha.. sambil online facebook, sambil taip folio.. sambil chat dengan kawan.. mesti dok fikir, kan? Dah kerja tak siap tuh nak chat juga.. Bukannya apa.. :/


Tau chat tuh camna..? Ini contoh..

Ain: YUN SING!!
Ain: Stress!!!!!!!!!
Ain: Aaaahhh PBS!!!!!
Saya: AIN!!
Saya: LOL PBS!!!
Ain: U pun dok buat PBS ke?
Saya: Yesh :/
Ain: Stress!! Tension!!!
Saya: Haha..

*Buat PBS*

*Satu jam ++ kemudian...*

Ain: Yun Sing.., tak tidur lagi ke?
Saya: Tak..
Ain: Ok..

*Buat PBS*

*Satu jam ++ kemudian...*

Saya: Ain!! Printer I out of ink !!
Saya: NOOOOOOOOO!!!!!
Saya: !!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saya: Hehehe *senyum tunjuk gigi* Boleh tolong print tak?
Ain: Ok..
Saya: Nanti saya send ya..
Saya: Tu pun kalau sempat siap laa..
Ain: Ok

*Buat PBS*

*Satu jam ++ Kemudian...*

Ain: Mengantuk !!!
Saya: Zzzzz... PBS........
Ain: Grrr.. kenapa kena ada PBS !!
Saya: ...

*Ain updated a status: Pukul 4 dah, belum tidur.. tengah buat PBS.. memang "best" sangat! - with Yun Sing*

*Saya: Like*

Satu jam kemudian..

Saya: Ain..? Dah tidur ke?
Ain: Belum..
Saya: I dah siap.. nak tidur dah.. mengantuk Zzz...
Ain: Aaarrgh! I belum siap lagi!!
Saya: Sorry.. mengantuk sangat.. nite..

*offline terus*

*suis laptop pun tak tutup*

*jalan masuk bilik macam zombie*

*landing*

Zzzz...

Satu jam kemudian...

Ibu: Bangun.. 6.30.. 6.30.. bas sekolah tinggal nanti.. cepat bangun!! 6.30..!! 6.30!!
Saya: .........

Itulah sebabnya kenapa saya fobia 6.30 sepanjang tahun lepas.. tahun nih ok dah..
Kalau petang tertidur, 6.30 sharp saya terbangun sendiri, ingatkan nak pergi sekolah T_T
Kalau hari Ahad, 6.30 pagi sharp terbangun sendiri.. ^#(@!&#(!^#(

Hahaha.. itu form 1..

Masa form 2 lagi super..

Terbawa-bawa dalam mimpi.. hidup tak aman :P


Pula dok boleh gotong-royong letak kain putih dalam rumah hantu untuk karnival dekat sekolah xD Tiba-tiba dalam timbunan kain-kain putih ternampak kertas PBS.. terbangun terus.. pukul 5 pagi, gila hang!! LOL.. lepas tuh pergi sekolah, hantar PBS..

Cikgu: Kenapa hantar lambat? Cikgu sudah key in..
Saya: ... *cerita alasan panjang lebar*
Cikgu: Takpe, cikgu try key in. Tapi system itu selalu problem. Kalau boleh, cikgu key in. Kalau problem dan dah sampai deadline, cikgu tak tau.. Tapi cikgu try la.. Pagi tadi system dia ok, cikgu dah key in..
Saya: Ok, cikgu.. Terima kasih, cikgu :) *nak beredar pergi* *tiba-tiba teringat* *patah balik* Sorry, cikgu. Nak tanya..
Cikgu: Tanyalah..
Saya: Pukul berapa cikgu key in pagi tadi?
Cikgu: Pukul 5.
Saya: Owh, ok. Tenkiu teacher :D *beredar*
Kawan: Veli important question..

Hahaha.. masa cikgu key in, masa tuh lah saya mimpi.. boleh tahan.. giler kentang xD !!!

Tahun ini taknak bagi perkara macam ini berlaku lagi T_T Hidup tak aman.. tidur tak aman.. mimpi tak aman.. hahaha !! xD

15 Januari 2014

Wordless Wednesday #2


14 Januari 2014

SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014


SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014
Buat pertama kali nya Mycherita melancarkan Segment Bloglist MyCherita #1 2014.Untuk segmen ini seramai 10 orang blogger akan di pilih menghiasi bloglist MyCherita  dalam  masa 3 bulan (Januari-Febuari-Mac 2014).

Oleh yang demikian berikut adalah syarat-syarat penyertaan :

1. Follow blog  MyCherita ( wajib )

2. Add G+  MyCherita ( wajib )

3. Like Facebook Fanpage MyCherita ( Wajib )

4. Buat satu post entri dan beri tajuk segmen "SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014 ".

5 . Follow Twitter MyCherita ( jika ada )



Mudah kan..???

 Mari sama-sama join segmen ini agar traffic backlink kita akan berterusan mengalir bagi memantapkan kan lagi saham blog kita semua.. ;-)


Sila klik banner diatas untuk menyertai

Segmen bermula 06 Januari 2014 Sehingga 15 Januari 2014

Diharap segmen ini mendapat sambutan dari rakan-rakan semua.

Terima kasih.

10C's of Sucess


10C of Success:

1. Clarity - Jelas.. segala-galanya kena jelas. Matlamat, misi, visi, arahan.. setiap saat kena check..

2. Communication - komunikasi yang baik sesama manusia sangat penting.

3. Connection - begitu juga dengan perhubungan. Jalinkan ukhuwah yang ikhlas dengan sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat mahupun kedudukan seseorang.

4. Collaboration - dalam perniagaan kerjasama atau joint venture sangat penting untuk mengembangkan lagi rangkaian perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

5. Commitment - apa sahaja yang kita lakukan, kita harus memberikan komitmen 100% dalam menjayakannya.

6. Confident - kena yakin dalam setiap apa yang kita lakukan. Walaupun tak confident tapi kena nampak confident.

7. Consistency - dalam perniagaan pasti ada untung dan rugi tapi apa yang penting kita harus sentiasa konsisten. Jangan cepat putus asa.

8. Concentration - berikan sepenuh perhatian dan fokus dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

9. Cohesion (sticking together/synergy, perpaduan) - kadang-kadang kita memerlukan team untuk menjayakan tugas dengan serentak dan bersama.  

10. Celebrate - always celebrate tak kira kejayaan itu besar atau kecil.
Credited to http://www.syuhada1981.com/

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

Giveaway January by fifiyfitrianiee

Create your own banner at mybannermaker.com!

12 Januari 2014

Ahad



Hai ! Selamat petang ^_^ Korang apa khabar? Seperti tajuk di atas.., hari ini hari Ahad ! So, dari pagi sampai malam dekat rumah je kerjanya.. Tau, ada yang sekolah hari Ahad, kan? Janganlah jelly.. Korang rest hari Jumaat, kan? Haa.. sama je..


Akhirnya harini sempat join semua segmen dan Giveaway yang dibookmark masa busy dulu.. takdelah rasa bersalah pada orang yang kami kata "Ok.. nanti kalau sempat kami join ye" Saje je tambah "kalau sempat" tu.. takut tak sempat, dah kata nak join.. dikira menipu gitu.. tak baek.. :3


Yang sedihnya, ada yang tak sempat join.. dah tamat pun GA/segmen tuh.. lagi bersalah apabila GA tu penganjur dia boleh dikira pelanggan tetap blog ini *cewah*.. dan pengajur dia sendiri yang datang bagi link dekat blog.. Maaf ya.. cuti sekolah dah berakhir, busy tahap Perdana Menteri.. *cewah* tu baru Tingkatan 3.. universiti nanti..? Hmm..


Rasanya kalau universiti gitew mula je cuti, terus flat.. blog pun jadi berhantu.. hohoho.. Ok.. dah nak belalu pun Ahad ni.. :( Masa berehat yang sungguh singkat.. nama je rehat, padahal boleh je dok stress :P Tapi taklah stress sangat.. positif je.., takkan stress pon.. memang positif giler lol sampai PBSMR pun boleh ditukar jadi 'Peanut Butter Stick, Mau Rasa?' Boleh tahan..


Ok.. mungkin sampai sini sajelah entri panjang minggu ini.. mula esok.. tau lah entri dia macam mana :P hahaha.. yesh! Minggu depan Selasa dan Khamis cuti.. rehat sebentar bersama kitkat.. Bukan tak suka pergi sekolah.. pergi sekolah memang best. Tapi.. haha.. faham-faham sajelah.. Yeay! Esok Isnin!! Latihan rumah sukan :3 POYO ko :P