Stay connected kay? ^^

03 November 2015

Makan-makan dekat Dave's Deli @ Queensbay Mall Penang

Sambungan daripada entri haritu, Mama Miya Coconut Ice Cream. Lepas sahaja makan ice cream kat Padang Kota Lama, terus ke Queensbay Mall. Bagi pengetahuan korang, ni first time Yun Sing masuk ke Queensbay. Punyalah pusing Queensbay cari Dave's Deli tak jumpa, sampai Kak Nina nak bakar Queensbay hahaha~

Cari punyalah cari, akhirnya jumpa. Tapi pelanggannya banyak ye, harap maklum. Kena ada tempat duduk dulu baru boleh order. Self service punya. Order-order, makanan pun sampai! Yeay! Jom Yun Sing belanja gambar makanan..

Juadah yang sememangnya membuka selera

Fish N Chips

Dave's Beef Lasagna

Hainanese Chicken Chop

Entahlah terlalu lapar ke, makanan terlalu sedap, tapi seperti biasa, Yun Sing makan sampai licin. Memang tabiat buruk takleh nampak pinggan tinggal apa-apa. Biasanya kalau ada sos cili pun ty makan juga. Cili padi pun telan pastu baru lompat satu gerai. Memang dah tabiat and memang dah lapar, jadi menanglah Yun Sing tempat pertama dalam marathon makan sampai licin. Rasanya akak akak terkejut kot dengan selera makan ni hahaha

Dan dan makan terus bincang nak pergi naik basikal. Rujuk gambar, kotak pelik-pelik tu, nampak macam dinamo pun ada.. (ni la akak-akak engineering, jangan main-main) tu sebenarnya Kak Yani nak tunjuk camna basikal empat orang dari atas. Pen dapat dekat Yun Sing terus keluar trademark - poop dengan smiley face xD Kak Nina suruh tambah 'have a nice day'. Letak kat situ terus cabut. Pastu duk usha pekerja nk bersihkan meja makan tu, tengok reaksi dia (nampak sangat takde kerja)

Dah makan banyak tu lari satu Queensbay cari tandas.. sempat lagi snap gambar..

Ini la muka suka selpie dalam tandas (haa amek kau)

(shhh akak dua orang tu tak tau pasal ni)

Secara kesimpulannya (buat karangan pula), makanan dekat Dave's Deli memang sedap-sedap belaka. Jangan lupa singgah dan cuba, anda tidak akan menyesal. *kening kening*

12 ulasan:

  1. makanan kat dave deli mmg sedap
    lama xmakan kt situ
    jom #bloggerutara ramai2 p terjah hehe

    BalasPadam
  2. syoknya dia p.makan.. tak pernah lagi merasa.makanan di atas

    BalasPadam
  3. SAMBIL JLN2 MESTI MKN2 JUGA BARU SERONOK...

    BalasPadam
  4. best laa jejalan ngn kakak2 tu..

    BalasPadam
  5. hahahaha.. finally the whole story of the day. lawa gadis dlm toilet ni

    BalasPadam
  6. dah pernah cuba...memang sedap...

    BalasPadam
  7. ehehe xpaaaa nanti kita attack pulak.. dia pi makan x ajak kan..

    BalasPadam
  8. Dave Deli ni halal ke x?teringin nk try tp xnmpk sijil halal.even soul garden pon ade halal certificate.sound fishy to me.just my 2 cent.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni Yun Sing tak sure ha.. sebab halal ke, tak halal ke Yun Sing tetap boleh makan xD Rasanya halal kot sebab nampak banyak je Muslims yang makan kat situ..

      Padam