Stay connected kay? ^^

16 November 2016

Kenangan yang Dahulu

Hi, selamat petang !

Setelah hiatus punya lama, Yun Sing kembali merepek. Walaupun masih lagi tengah SPM tapi nak up juga post ni ^^"

Alkisahnya, tengah tunggu nak study Add Maths sebab ada orang guna meja makan. Jadi, sementara menunggu, Yun Sing pun korek "harta karun" dalam almari buku tu. Tetiba jumpa ni.. Haa..

Tadaa !

Poskad zaman mana entah..

Dua tahun yang lepas punya cerita. Akak JM hantar poskad kat Yun Sing sebagai hadiah top commentar. Bila jumpa ni, timbullah kembali segala kenangan zaman bahari masa masih aktif berblog (ahaha, cakap macam berdekad tak blog). Kalau tak silap, banyak lagi benda yang tak siap lagi. Dengan review zaman mana entah.. Akan diusahakan. Lepas SPM ni cuba berblog kembali secara konsisten. Yeay!

Dah habis merepek :) Kbye ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan