28 Februari 2018
27 Februari 2018
Movie review : Staycation
Hai, Yun Sing kembali dengan movie review. Maaf la ya, lama gak tak update. Harini dah settle down sikit ni, hari kedua kat Taiwan. Sejuk weyh xD
Kay, alkisahnya movie ni tengok malam hari pertama CNY.. Dengan sorang kawan hantu kacang (atau kacang hantu) ^^"
Summary:
Ni movie masa CNY. Dia lebih fokus pada cite keluarga. Movie ni start dengan watak utama (Fai). Dia sorang yang kelam kabut, selalu wat salah dan banyak gi la. Memang lawak part ni. Bila Fai balik rumah, dia bagitau family dia nak bawak gi camping kat tempat dia melamar isterinya. Anak-anak dia dua orang ni tak setuju sangat. Last-last depa pi gak. On the way nak pi tapak khemah, depa singgah rumah bapa Fai. Dari kecil sampai besar, anak-beranak ni memang macam anjing dengan kucing, tak pernah berbaik. Bagi merapatkan hubungan mereka, isteri depa (isteri dan emak Fai) buat plan bagi satu keluarga kembangan ni gi camping sama-sama.
Fai dan bapa
Bapa dia benci dia sangat dan selalu rasa dia ni sebab kegagalannya mendapat tempat pertama. Ni sebab masa Fai kecil, masa bapa dia nak kena lumba kereta, dia hampir minum minyak kereta. Bapa dia terkejut, nak hentikan dia sampai tak tumpukan perhatian masa mula tu. Akibatnya, tempat kedua dia dapat. Sebab tu tak suka anak bongsu ni sampai sekarang.
Masa depa semua ni otw nak pi tapak khemah, depa terserempak dengan satu lagi keluarga yang nak pi camping. Keluarga tu memang high tech dan sombong. Bapa depa pun jenis semua nak menang. Sampai tapak khemah, penganjur ada wat pertandingan tuk keluarga-keluarga yang tinggal kat situ. Dua keluarga ni memang main betul-betul dan ambil serius sebab masing-masing nak muka. Mestilah keluarga yang high tech tu selalu menang. Fai pula jadi gaduh dengan ahli keluarga dia.
Ni masa salah satu pertandingan (memancing) Fai ajar anak bongsu dia pancing ikan
Last2 depa satu keluarga berbaik. Dan depa menang game tu. Depa juga berbaik dengan keluarga yang satu lagi tu. Pengakhiran yang gembira.. Ni nak belanja gambar dua keluarga ni..
Personal opinion:
Movie ni Yun Sing bagi 3/5. Rasanya biasa-biasa je la, kawan pun cakap camtu gak. So, ya..
Sampai sini ja la review harini. See ya :)
19 Februari 2018
Lari Jangan tak Lari
Saya minat game yang bersifat berterusan seperti Piano Tiles, Temple Run dan Subway Surfers. Tapi dari tiga ni Temple Run paling special. Sebab saya akan main Temple Run masa stress atau depressed atau masa tengah down. Memang masa ni sense lebih baik. Reaction lebih cepat. Biasanya masa ni la paling banyak high score.
Siapa lagi ada main game ni? Cer komen kat bawah.. Ada tak yang high score lagi tinggi dari ni? :)
13 Februari 2018
Movie Review : Jumanji - Welcome to the Jungle
Hi, Yun Sing kembali dengan movie review. Boleh baca review last dekat SINI (The Ex-Files). So, seperti plan, Yun Sing serbu lagi cinema dan kembali dengan JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE.
Summary:
Cite dia start dengan sorang bapa ni terjumpa kotak permainan Jumanji kat tepi pantai dan memberikannya kepada anak dia (Alex) yang suka main permainan video. Pastu anak dia hilang, lenyap gitu je.
-----------------------------------
Spencer ni sorang budak nerd. Dia tolong kawan dia (Fridge) buat assignment dan dua-dua kena detention (kelas tahanan tuk budak-budak yang ada masalah). Ada 4 orang kena detention masa tu - Spencer yang tolong Fridge buat assignment, Fridge yang disabitkan kesalahan meniru, Bethany yang buat video call masa periksa, dan Martha yang lawan cikgu jasmani dia. So empat orang ni memang bukan kawan baik. Depa kena kemaskan stor yang akan dijadikan bilik komputer sebagai denda.
Dari kiri: Spencer, Fridge, Martha, Bethany
Masa kemas tu depa jumpa kotak Jumanji yang dilabel (donation). Depa pun try nak main. Video game ni ada 5 character. Empat saja available. Lepas dah pilih character yang depa mau, masing-masing disedut ke dalam game. Dalam game juga depa jumpa Alex yang hilang 20 tahun lalu sebab main game ni.
Game dia camni, character ni masing-masing ada kelebihan, kelemahan, dan 3 peluang. Kalau dah mati 3 kali, memang mati dah dalam game tu. Masa depa jumpa Alex, Alex tinggal satu peluang ja, sebab tu tak berani buat apa-apa. Jumanji ni ada gem yang memberikan kuasa hitam pada sesiapa yang memilikinya. Gem ni dah dicuri orang jahat. So, depa kena dapatkan balik gem dan selamatkan Jumanji.
Ni yang depa ni dah tukar macam character dalam game..
Dari kiri : Alex yang jadi juruterbang Jefferson "Seaplane" McDonough, Spencer sebagai Dr. Smolder Bravestone, Martha sebagai Ruby Roundhouse, dan Bethany sebagai cartographer nama Professor Sheldon "Shelly" Oberon, Fridge sebagai zoologist nama Franklin "Mouse" Finbar
Lima orang ni kena selamatkan Jumanji untuk keluar dari game. Adakah mereka akan berjaya? Ikuti pengembaraan mereka di pawagam sekarang.
(Haha macam buat advertisement pulak ya.)
Personal opinion:
Kay, movie ni Yun Sing bagi 5/5 gak. Well, jangan trust sangat review personal ni sebab Yun Sing is very easy to impress. Tapi, memang best movie ni, kawan Yun Sing sorang ni dah tengok 3 kali.
First of all, jalan cerita dia memang best. I like the part yang masa Spencer dan Fridge jumpa kat "freak house" (rumah Alex yang dah hilang ke Jumanji 20 tahun lalu, yang memang nampak cam rumah hantu). Depa gi situ tukar homework. Masa tu Fridge balik dulu. Spencer (budak nerd tu) tercegat depan freak house bila bapa Alex keluar menegurnya. Scary gila.
"Apa kamu buat kat sini? Kamu sepatutnya balik rumah." "Saya.. saya.. saya nak balik dah.." "Baik kamu balik sekarang! Dunia ni menelan budak-budak macam kamu."
Secondly, cerita ni ada banyak part yang lawak. Imagine, Bethany yang social, suka make up dan baru break up dengan budak hot kat sekolah jadi lelaki gemuk dalam game. Ni especially masa part dia suruh Moose (Fridge) ajar dia camna nak kencing.
Dan Martha yang kinda nerd jadi comander yang hot dalam game. Part ni lawak, masa dia kena distract guard dalam game (sebab she is the only girl in the game). Dia langsung tak tau. Bethany ajar dia camna nak goda laki and she's like, kaki terseliuh masa dia try nak jalan cam model. Banyak part lawak gak la.
Lastly, in real life, Spencer dan Martha ada crush at each other. So ada juga la part yang romantik dalam cite ni. Romantik pun tak romantik cenna la. Sebab.. dua budak nerd kan. Hahaha. Ada gak la part yang romantik tak jadi, jadi lawak pun ada.
Kay, that's all for my review. See ya!
12 Februari 2018
The POGS Personality Test
Takde kerja.. try The POGS Personality Test.. Klik link kalau nak juga ehehee.. ^^v Dan resultnya.......................
So resultnya..
You are grounded
If slow and steady wins the race, then you're going to be crowned grand champion. You are consistently consistent.
You pride yourself on being dependable and reliable. You are a rock, and you are especially loyal to your friends and family.
You're the kind of person who finds it hard to say no to someone in need, and why would you even want to? Helping out gives you a sense of purpose.
You do well with a routine and consistency. You find 'boring' to be quite rich and deep. You enjoy perfecting your everyday tasks.
You are agreeable whenever possible. Disagreeing stresses you out, so you only stand your ground when it's necessary.
You are patient and very open to changing your mind. You are always willing to hear someone out, and you are a good mediator.
Rasanya result ni memang tepat. Kalau nak buat gak, klik link ni --> SINI
Sekian..
11 Februari 2018
PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan
[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]
PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.
Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.
Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
- Manulife ManuProtect Term Life Insurance
Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal.
Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;
- Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
- Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
- Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
- Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
- Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
- Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa
Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
- Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi
- Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
- Dibayar kepada penama
- Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
- Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
- Dibayar kepada orang yang membayar insurans
- Kematian disebabkan oleh kemalangan
- 2X ganda daripada amaun keseluruhan
- Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
- Penyakit kritikal
- 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
- Dibayar kepada orang yang membayar insurans
Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview
2. AXA 200 Cancer Care
Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.
Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
- Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
- Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
- Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
- Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
- Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma
- Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
- Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
- Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care
Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.
Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
- Manfaat untuk Rawatan Terapi
- Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan menerima bayaran insurans minimum RM30K.
- Manfaat Untuk Sembuh
- Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
- Pendapat Perubatan Kedua
- Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
- Manfaat untuk Penama
- Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
- Servis Penjaga
- Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
- Baucer Pemeriksaan Kesihatan
- Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian pakej AXA 200 Cancer Care.
Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview
3. MSIG Take It Easy Pet Insurance
Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal.
Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;
- Dijamin oleh MSIG
- Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
- Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
- Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
- Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
- Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
- Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
- Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.
Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
- Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
- Manfaat Kematian
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
- Manfaat Untuk Pengebumian
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
- Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
- Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
- Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.
Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview
Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet
Mudah Digunakan
Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda.
Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan
Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.
Harga Yang Berpatutan
Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.
Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!
PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;
Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html
Encik Alex sudah hilang?!
Sudah beberapa hari kembali berblog ni, ingat nak tengok balik ranking blog camna.. So, Yun Sing ke www.alexa.com
Kena bayar dah? Encik Alex jual mahal dah ya :(
Ada sesiapa yang boleh recommend website lain tak? Terima kasih bebanyak in advance ^^
10 Februari 2018
Kisah hidup budak blogger
Hi, dah lebih setahun Yun Sing lenyap dari dunia blogging. Mesti banyak rakan blogger yang ingat takkan nampak Yun Sing tuk selama-lamanya kan? Kini Yun Sing sudah kembali! Kay, nak cite ni apa yang bagi Yun Sing pause blogging dan apa yang berlaku selama setahun ni.
Bagi yang belum kenal Yun Sing, nak cite sikit pasal me and my blog. Saya mula blogging tahun 2012, masa mula-mula masuk sekolah menengah. Banyak juga la yang berlaku. Bagi meluahkan perasaan, saya mulakan blog ni dan taip bebanyak post, buat cam diari. Masa tu belum tau kuasa platform ni, ingatkan saya sorang ja nampak, setting letak public plak tu. Masa akhir form 2, mula terbaca blog orang lain yang join Giveaway. "EH, macam best kan, join GA ni.."
Blog mula dibanjiri dengan GA yang berlambak-lambak. Post dahulu semua dipadam. Masa jalan-jalan cari Giveaway, mula baca post entri personal. Masa tu la hidup saya sebagai blogger lifestyle bermula.Tak lama, lebih kurang 3 tahun saja. Masa form 5, mula la datang stressnya hidup sebagai student last year high school ni. SPM + family + stress + kokurikulum + kerja = depression. Mula la tak jumpa arah hidup dan struggle gak la untuk buat yang terbaik.
Lepas semua student form 5 dismiss dari aktiviti kokurikulum untuk fokus SPM, sudah banyak masa mula la cari kerja part time, kononnya stress takde duit tuk continue study lepas SPM. Sebelum SPM lagi dah keluar cari keje. Masa tu keje jual insuran (walaupun tak cukup umur lagi). Tapi sebab jual insuran ni takde basic, ada komisen ja. Masa mula-mula belajar mana terer nak jual kan.. So, tak dapat nak sustain hidup, naik kete kena petrol, parking semua gak kan.. So cari lagi keje waitress kat kedai stemboat. Tu semua sebelum SPM tau..
Mana ada masa nak buat benda lain.. Cambridge class pun dah stop last minute sebelum nak register exam CAE. Kelas piano pun stop masa nak prepare amik grade 5. Mulalah wujud #kasichancebudakSPM kat blog. Sebab Yun Sing kena study. KENA STUDY untuk SPM. Study pun lepas keje tiap hari, lebih kurang pukul 2 pagi camtu la, dengan homework lagi..
Tu je untuk hari ni.. Nak tau apa jadi untuk tahun 2017? Tunggu part 2 minggu depan. Hahaha, macam rancangan TV plak. Anyway, see ya! ;)
Bagi yang belum kenal Yun Sing, nak cite sikit pasal me and my blog. Saya mula blogging tahun 2012, masa mula-mula masuk sekolah menengah. Banyak juga la yang berlaku. Bagi meluahkan perasaan, saya mulakan blog ni dan taip bebanyak post, buat cam diari. Masa tu belum tau kuasa platform ni, ingatkan saya sorang ja nampak, setting letak public plak tu. Masa akhir form 2, mula terbaca blog orang lain yang join Giveaway. "EH, macam best kan, join GA ni.."
Blog mula dibanjiri dengan GA yang berlambak-lambak. Post dahulu semua dipadam. Masa jalan-jalan cari Giveaway, mula baca post entri personal. Masa tu la hidup saya sebagai blogger lifestyle bermula.Tak lama, lebih kurang 3 tahun saja. Masa form 5, mula la datang stressnya hidup sebagai student last year high school ni. SPM + family + stress + kokurikulum + kerja = depression. Mula la tak jumpa arah hidup dan struggle gak la untuk buat yang terbaik.
Lepas semua student form 5 dismiss dari aktiviti kokurikulum untuk fokus SPM, sudah banyak masa mula la cari kerja part time, kononnya stress takde duit tuk continue study lepas SPM. Sebelum SPM lagi dah keluar cari keje. Masa tu keje jual insuran (walaupun tak cukup umur lagi). Tapi sebab jual insuran ni takde basic, ada komisen ja. Masa mula-mula belajar mana terer nak jual kan.. So, tak dapat nak sustain hidup, naik kete kena petrol, parking semua gak kan.. So cari lagi keje waitress kat kedai stemboat. Tu semua sebelum SPM tau..
Mana ada masa nak buat benda lain.. Cambridge class pun dah stop last minute sebelum nak register exam CAE. Kelas piano pun stop masa nak prepare amik grade 5. Mulalah wujud #kasichancebudakSPM kat blog. Sebab Yun Sing kena study. KENA STUDY untuk SPM. Study pun lepas keje tiap hari, lebih kurang pukul 2 pagi camtu la, dengan homework lagi..
Tu je untuk hari ni.. Nak tau apa jadi untuk tahun 2017? Tunggu part 2 minggu depan. Hahaha, macam rancangan TV plak. Anyway, see ya! ;)
08 Februari 2018
Book Review : The Hunger Games
The Hunger Games
Walaupun The Hunger Games ni dah lama dan memang femes, tapi nak juga buat review sebab baru saja habis baca buku dia. Movie pun ada tau!
So far jalan cerita Yun Sing bagi rate 5/5 memang terbaik la. Baca sampai keluar peluh sejuk mengigil-gigil uolls. Yang hati tak kuat jangan baca (Ehe tak la, gurau ja. Kalau nak baca, tak halang).
Cerita dia ni pasal dulu masa Zaman Gelap 13 district yang bawah kawalan Capitol memberontak, nak jatuhkan kerajaan Capitol ni dan merdeka sebab tidak dilayan dengan adil. Lepas tak jadi nak jatuhkan kerajaan ni, district 13 musnah dan kerajaan buat hunger games ni untuk ingatkan semua district siapa yang paling berkuasa. Peraturan dia camni : Setiap tahun akan ada Hunger Game ni, budak2 dari setiap district (district 1 sampai district 12) yang berumur 12 tahun sehingga 18 tahun akan dipilih sorang pompuan sorang laki untuk turut serta. Yang kena pilih WAJIB serta. 24 peserta ni akan dilatih untuk satu jangka masa dan ditempatkan ke dalam arena. Depa semua ni akan saling membunuh. Sorang yang tinggal masa akhir game (Last Man Standing la katakan), district dia akan femes dan famili dia akan kaya.
Watak utama cite ni nama dia Katniss Everdeen (16 tahun). Katniss ni wakil adik dia Prim Everdeen (12 tahun) yang terpilih untuk serta dalam Hunger Games. Katniss sayang sangat Prim dan tak sanggup biarkan adik dia masuk arena. Katniss selalu memburu kat hutan so dia pandai memanah. Dari district 12, Katniss dengan Peeta merupakan peserta dalam game. Katniss yang cerdik mampu bertahan dalam game dan mendapat skor tertinggi dalam latihan sebelum game. Dapatkah dia hidup sampai habis game ni? Haa.. baca! (Haha)
Sipnopsis
Sekian sahaja review hari ni.
07 Februari 2018
06 Februari 2018
Movie Review - The Ex-Files
Yun Sing kembali muncul kat blog lepas pupue lebih kurag setahun. Kerja ni sesuatu yang memang betul-betul memenatkan. Lepas letak jawatan, masa ni la nak goyang sikit. First movie ni lepas benti kerja. The Ex-Files. Mandarin movie la tapi review juga, sebab tak jumpa apa-apa yang sesuai untuk kembali ke blog, hahaha!
The Ex-Files 3 Return of The Exes
Cite ni pasal cinta. Macam cite lain yang kita tengok, pasal selamatkan dunia, 2 jam depa semua ni duk dalam perjalanan selamatkan dunia kan? Cite ni pasal 2 pasangan kekasih ni yang gaduh selama dua jam. Lawak juga la, cite ni ada tunjuk scene lelaki dan perempuan selepas berpisah. Fist2 gegurl akan sedih, pastu move on. Boboi ni pula, first2 akan enjoy, sambut freedom, pastu akan ingat balik kat ex girlfriend dan sedih.
Meng Yun dan Lin Jia tamatkam hubungan selama 5 tahun. Kawan depa, Yu Fei dan Ding Dian yang sudah bersama 2 tahun pun berpish. Pastu banyak gak la drama dia ni. Yu Fei dan Ding Dian selalu meet up pas break dan gaduh semua. Meng Yun dan Lin Jia pulak, masing-masing nak kol, tapi tak jadi. Tak mau kalah la, katakan. Sebab lepas break, siapa kol dulu kalah, tu mindset depa. Lebih teruk lagi bila sorang pompuan ni kenal Meng Yun kat tempat keje. Kawan sekelas Lin Jia dulu yang suka dia since sekolah muncul balik. Complicated habis la.
Masa movie nak habis ni memang heartbreaking gak. Dia tunjuk camna masing-masing move on dan cuba move on. Last last memang ada rasa tak puas sikit dengan ending dia. Tapi, ni memang realiti dunia. Jodoh kita tak tau. Movie ni saya bagi 4/5 not bad..
Meng Yun & Yu Fei
Lin Jia
Pompuan yang muncul pas Meng Yun dan Lin Jia break
Esok movie lagi. Nanti review lagi ya ;)
See ya!
Langgan:
Catatan (Atom)