Stay connected kay? ^^

27 Februari 2018

Movie review : Staycation

Image result for staycation movie 2018

Hai, Yun Sing kembali dengan movie review. Maaf la ya, lama gak tak update. Harini dah settle down sikit ni, hari kedua kat Taiwan. Sejuk weyh xD
Kay, alkisahnya movie ni tengok malam hari pertama CNY.. Dengan sorang kawan hantu kacang (atau kacang hantu) ^^"


Summary:

Ni movie masa CNY. Dia lebih fokus pada cite keluarga. Movie ni start dengan watak utama (Fai). Dia sorang yang kelam kabut, selalu wat salah dan banyak gi la. Memang lawak part ni. Bila Fai balik rumah, dia bagitau family dia nak bawak gi camping kat tempat dia melamar isterinya. Anak-anak dia dua orang ni tak setuju sangat. Last-last depa pi gak. On the way nak pi tapak khemah, depa singgah rumah bapa Fai. Dari kecil sampai besar, anak-beranak ni memang macam anjing dengan kucing, tak pernah berbaik. Bagi merapatkan hubungan mereka, isteri depa (isteri dan emak Fai) buat plan bagi satu keluarga kembangan ni gi camping sama-sama.

Image result for staycation movie 2018
Fai dan bapa

Bapa dia benci dia sangat dan selalu rasa dia ni sebab kegagalannya mendapat tempat pertama. Ni sebab masa Fai kecil, masa bapa dia nak kena lumba kereta, dia hampir minum minyak kereta. Bapa dia terkejut, nak hentikan dia sampai tak tumpukan perhatian masa mula tu. Akibatnya, tempat kedua dia dapat. Sebab tu tak suka anak bongsu ni sampai sekarang.

Masa depa semua ni otw nak pi tapak khemah, depa terserempak dengan satu lagi keluarga yang nak pi camping. Keluarga tu memang high tech dan sombong. Bapa depa pun jenis semua nak menang. Sampai tapak khemah, penganjur ada wat pertandingan tuk keluarga-keluarga yang tinggal kat situ. Dua keluarga ni memang main betul-betul dan ambil serius sebab masing-masing nak muka. Mestilah keluarga yang high tech tu selalu menang. Fai pula jadi gaduh dengan ahli keluarga dia.

Image result for staycation movie 2018
Ni masa salah satu pertandingan (memancing) Fai ajar anak bongsu dia pancing ikan

Last2 depa satu keluarga berbaik. Dan depa menang game tu. Depa juga berbaik dengan keluarga yang satu lagi tu. Pengakhiran yang gembira.. Ni nak belanja gambar dua keluarga ni..

Image result for staycation movie 2018

Personal opinion:

Movie ni Yun Sing bagi 3/5. Rasanya biasa-biasa je la, kawan pun cakap camtu gak. So, ya..

Sampai sini ja la review harini. See ya :)

3 ulasan:

  1. Ooo dekat Taiwan ye adik kite sorang ni... Selamat bercuti...

    BalasPadam
  2. tunggu filem seterusnya :)

    BalasPadam