Stay connected kay? ^^

13 Februari 2018

Movie Review : Jumanji - Welcome to the Jungle

Hi, Yun Sing kembali dengan movie review. Boleh baca review last dekat SINI (The Ex-Files). So, seperti plan, Yun Sing serbu lagi cinema dan kembali dengan JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE.

Image result for jumanji

Summary:

Cite dia start dengan sorang bapa ni terjumpa kotak permainan Jumanji kat tepi pantai dan memberikannya kepada anak dia (Alex) yang suka main permainan video. Pastu anak dia hilang, lenyap gitu je.
-----------------------------------
Spencer ni sorang budak nerd. Dia tolong kawan dia (Fridge) buat assignment dan dua-dua kena detention (kelas tahanan tuk budak-budak yang ada masalah). Ada 4 orang kena detention masa tu - Spencer yang tolong Fridge buat assignment, Fridge yang disabitkan kesalahan meniru, Bethany yang buat video call masa periksa, dan Martha yang lawan cikgu jasmani dia. So empat orang ni memang bukan kawan baik. Depa kena kemaskan stor yang akan dijadikan bilik komputer sebagai denda.

Image result for jumanji welcome to the jungle cast
Dari kiri: Spencer, Fridge, Martha, Bethany

Masa kemas tu depa jumpa kotak Jumanji yang dilabel (donation). Depa pun try nak main. Video game ni ada 5 character. Empat saja available. Lepas dah pilih character yang depa mau, masing-masing disedut ke dalam game. Dalam game juga depa jumpa Alex yang hilang 20 tahun lalu sebab main game ni.

Game dia camni, character ni masing-masing ada kelebihan, kelemahan, dan 3 peluang. Kalau dah mati 3 kali, memang mati dah dalam game tu. Masa depa jumpa Alex, Alex tinggal satu peluang ja, sebab tu tak berani buat apa-apa. Jumanji ni ada gem yang memberikan kuasa hitam pada sesiapa yang memilikinya. Gem ni dah dicuri orang jahat. So, depa kena dapatkan balik gem dan selamatkan Jumanji.

Image result for jumanji welcome to the jungle cast
Ni yang depa ni dah tukar macam character dalam game..
Dari kiri : Alex yang jadi juruterbang Jefferson "Seaplane" McDonough, Spencer sebagai Dr. Smolder Bravestone, Martha sebagai Ruby Roundhouse, dan Bethany sebagai cartographer nama Professor Sheldon "Shelly" Oberon, Fridge sebagai zoologist nama Franklin "Mouse" Finbar

Lima orang ni kena selamatkan Jumanji untuk keluar dari game. Adakah mereka akan berjaya? Ikuti pengembaraan mereka di pawagam sekarang.

(Haha macam buat advertisement pulak ya.)

Personal opinion:

Kay, movie ni Yun Sing bagi 5/5 gak. Well, jangan trust sangat review personal ni sebab Yun Sing is very easy to impress. Tapi, memang best movie ni, kawan Yun Sing sorang ni dah tengok 3 kali.

First of all, jalan cerita dia memang best. I like the part yang masa Spencer dan Fridge jumpa kat "freak house" (rumah Alex yang dah hilang ke Jumanji 20 tahun lalu, yang memang nampak cam rumah hantu). Depa gi situ tukar homework. Masa tu Fridge balik dulu. Spencer (budak nerd tu) tercegat depan freak house bila bapa Alex keluar menegurnya. Scary gila.
"Apa kamu buat kat sini? Kamu sepatutnya balik rumah." "Saya.. saya.. saya nak balik dah.." "Baik kamu balik sekarang! Dunia ni menelan budak-budak macam kamu."

Secondly, cerita ni ada banyak part yang lawak. Imagine, Bethany yang social, suka make up dan baru break up dengan budak hot kat sekolah jadi lelaki gemuk dalam game. Ni especially masa part dia suruh Moose (Fridge) ajar dia camna nak kencing.


Dan Martha yang kinda nerd jadi comander yang hot dalam game. Part ni lawak, masa dia kena distract guard dalam game (sebab she is the only girl in the game). Dia langsung tak tau. Bethany ajar dia camna nak goda laki and she's like, kaki terseliuh masa dia try nak jalan cam model. Banyak part lawak gak la.


Lastly, in real life, Spencer dan Martha ada crush at each other. So ada juga la part yang romantik dalam cite ni. Romantik pun tak romantik cenna la. Sebab.. dua budak nerd kan. Hahaha. Ada gak la part yang romantik tak jadi, jadi lawak pun ada.

Kay, that's all for my review. See ya!

2 ulasan:

  1. Betul tu Jamanji ni memang buat orang yang tengok rasa nak tergelak berguling-guling camtu...

    BalasPadam
  2. dah tengok..not bad actually..sebab expect cerita macam lawak bodo biasa2 ja.. tapi bila dah tengok, its more than that.. not bad at all....

    BalasPadam