Stay connected kay? ^^

27 April 2018

Life as a Taiwan undergraduate

Image result for taiwan

Finally exam week is over. Dah habis sibuk tu mula la sesi blogwalking guna Internet hostel. (Tak guna punya budak) Tapi cepat gila Internet kat sini. Mesti banyak blogger yang hairan kenapa pula dan dari lubuk mana pula muncul pembaca dari Taiwan ni.. Ya, saya. Hahaha!

Bagi yang tak tau, sy orang Penang, sekarang ni belajar Digital Media Design kat Ming Chuan University, Taoyuan campus, Taiwan. First sem baru, sampai sini 26 Februari yang lalu. Ni nak cerita ni apa bezanya dengan Malaysia dan pengalaman belajar kat sini.


CUACA

Perubahan yang paling ketara ialah cuaca. Masa baru-baru sampai ni spring kot kalau tak silap.. Tapi sejuk. Bayangkan macam buka air cond 17 darjah setiap masa. Pernah juga sampai 13 darjah. Namun, yang bagi sejuk bukan suhu, tapi angin. Masa keluar kalau tak pakai jaket memang cari pasal (walaupun sy memang suka cari pasal). Angin kat sini kuat. Mai ja angin gigil dia boleh sampai tulang.

Tu cerita masa mula-mula sampai. Sekarang ni dah panas sikit dan akan semakin panas. Akhir bulan Jun dah start summer break (hooray!) Summer break nanti nak kerja kat kilang. Mungkin minggu terakhir summer break balik sat Malaysia.


BAJET

Dah tersentuh pasal kerja, masuk pula topik bajet. Barang kat sini ada yang lebih mahal, ada yang lebih murah. Tapi kebanyakannya lebih mahal ya, dan kalau currency masuk memang nak belanja rasa sikit bersalah. Lebih-lebih lagi sekarang takleh kerja lagi selagi belum dapat permit. Sampai ada sekali memang nak kering dah tu yang mula berpuasa setiap hari. Sebab dulu masa sekolah menengah banyak kawan yang Muslim. Kalau bulan puasa, sy ikut puasa gak, bangun awal sahur pastu sampai maghrib baru makan dan minum. Tak sangka boleh pula praktikkan kat sini.


BAHASA

Dekat sini, memang boleh dikatakan semuanya bahasa cina. Papan tanda, menu, ramuan kat paket makanan, dsbnya. Boleh pusing kepala tengok. Lebih teruk lagi masa kelas bahasa cina. Habis rambut kat kepala kena cabut. Namun, dengan usaha yang lebih, tidak dinafikan segalanya memang berbaloi. Sy yang tak pernah nak reti baca ni sekarang dah boleh karang ayat dengan bahasa cina. Rasa bangga dengan diri ni oi, bangga sangat hehehe lebih-lebih lagi lepas periksa haritu jawab dengan selamba.

Tu je la kot setakat ni. Kalau nak cerita semuanya memang sampai esok la korang baca. Sambung next entry kay :)

9 ulasan:

  1. TAHNIAH YUNSING LA NI DH DI TAIWAN U .RAJIN BLJR HINGGA JAYA..JAGA DIRI N KSHTN

    BalasPadam
  2. wow bestnya belajar kat taiwan!!!!!!
    my second favorite place!

    BalasPadam
  3. haha. patutlah ada visitor dari taiwan, awak rupanyaa ye. hehe. happy happy duduk sana ye! summer la paling best. kalau winter nak keluar rumah pun malas ye dokk. haha. bahasa cina kat sana guna bahasa mandarin ke? ke bahasa apa?

    BalasPadam
  4. jauh perjalanan luas pengalaman..
    good luck, zaman study ni lah yg paling best
    enjoy your day!

    BalasPadam
  5. Nanti nanti bolehlah cerita lebih lagi. Saya suka nak baca apa-apa yang pasal Taiwan sebab teringin sangat nak pergi Taiwan :D

    BalasPadam
  6. Alahai comelnya gaya bahasa awak tulis ni YS..macam kanak2 ribena je bunyinya :P

    BalasPadam
  7. Hi Yunsing, seronok kan, dpt ddk di tpt org, walaupun byk yg lebih mahal. Sekurang-kurangnya, you x perlu belajar bahasa baru - kurang sikit sakit kepala. x rindu Penang? Bbrp bln lps, saya bpeluang kursus 2 mggu di Tokyo - punya lah rindu pd keluarga & kg halaman! All the best to you!

    BalasPadam