Stay connected kay? ^^

22 Mei 2018

Drama review: Skip Beat

Image result for skip beat drama

Siapa yang dah baca review anime Skip Beat ni? Yang ni pula dramanya. Drama pun dah lama ya.. Pelakon wanita dari Taiwan dan pelakon lelaki dua orang ni ahli Super Junior. Bayangkan dah berapa lama drama ni. Jalan ceritanya dengan anime lebih kurang sama ja, cuma part romance tu mungkin tambah sikit.

Image result for skip beat drama

Ni watak utama. Nama dia Gong Xi (Ya, Gong Xi Fa Cai yang kita selalu sebut masa raya Cina. Maksud nama Gong Xi ni tahniah. Pelik gak nama dia, sama dengan watak yang dipegangnya..) Watak ni (yang nama Kyoko Mogami dalam anime) dilakonkan oleh pelakon Taiwan yang bernama Ivy Chen.

Image result for skip beat drama

Shotaro Fuwa dalam anime pula dalam drama nama dia Bu Po Shang yang dilakonkan oleh Lee Dong-Hae ahli Super Junior-M.

Jalan cerita sama ja ya..

Gong Xi dan Shang kenal dari waktu mereka kecil lagi. Gong Xi tinggal dengan keluarga Shang lepas ditinggalkan oleh ibunya. Banyak ilmu yang ibu Shang ajar pada Gong Xi - cara tradisional melayan tetamu, cara jalan dengan kimono, dan sebagainya. Gong Xi tidak punya kawan perempuan kat sekolah sebab semua rakan sekelasnya membencinya kerna selalu bersama Shang yang merupakan kegilaan ramai. Gong Xi tidak kisah sebab dia sanggup melakukan apa sahaja demi Shang.

Shang punya impian untuk menjadi penyanyi yang terkenal. Namun, keluarganya bertegas Shang tinggal di rumah tersebut dan mewarisi perniagaan keluarganya sebagai anak tunggal keluarga tersebut.

Image result for skip beat drama

Suatu hari, Shang bertengkar dengan bapanya dan lari dari rumah. Dia meminta Gong Xi mengikutnya. Gong Xi dengan gembira menurut permintaan Shang. Gong Xi tidak terus belajar di universiti kerana mengikut Shang ke Taipei. Shang fokus pada kerjayanya dan Gong Xi bekerja keras menampung perbelanjaan mereka dan membayar sewa apartmen yang mahal.

Lepas Shang dah berjaya, dia tidak lagi memerlukan Gong Xi. Gong Xi masih lagi cuba sedaya upaya mengembirakan Shang sehingga suatu hari Gong Xi terdengar perbualan Shang dan mengetahui strategi Shang yang mempergunakannya.

Image result for skip beat drama


Gong Xi naik angin dan bertekad membalas dendam. Dia menukar imejnya dan berjaya memasuki sebuah syarikat yang terkenal. Dia ingin menjadi terkenal dan membalas dendam. Dalam proses tu memang lawak sangat. Gelak sampai senak perut kot.

Image result for skip beat drama

Namun, Gong Xi bertemu dengan Lian (Ren dalam anime) yang merupakan pelakon lelaki terkenal. Lama-kelamaan, dendamnya terhadap Shang mula kendur dan Gong Xi mula menceburi bidang tersebut dan menjadi pelakon yang berbakat dan sentiasa berusaha. Lian yang tidak pernah mencintai seorang wanita mula jatuh hati pada Gong Xi.

Image result for skip beat drama

Dalam drama ni ada sorang lagi watak yang sy suka.

Image result for skip beat jiang nan qin

Namanya Jiang Nan Qin lakonan Bianca Bai (kiri). Dia kawan pertama Gong Xi (juga rakan sekerja dalam syarikat L.M.E.)

Overall drama ni not bad. Sy recommend. 

5 ulasan:

  1. I think I've watched this before, tapi tak habis kot cause I got distracted by the dubbing. Hahaha ^.^''

    BalasPadam
  2. Tengok poster macam cerita lawak. Btw baru saya tau maksud Gong Xi tu tahniah..

    BalasPadam