Stay connected kay? ^^

24 Mac 2016

Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Untuk Bahasa Inggeris - English Version

Alkisahnya, pada tahun lepas, saya serta kawan-kawan telah menyertai pertandingan fesyen bertemakan alam sekitar. Macam ni, kami ke Batu Ferringhi untuk mengutip cengkerang siput untuk dijahit pada gaun nanti. Namun, pertandingan anjuran sekolah tu ditukar atas alasan-alasan tertentu. Jadinya daripada pertandingan pereka fesyen, jadi reka cipta pula. Seashells semua pun disimpan dalam almari untuk berkurun-kurun.

Awal tahun ini kami kembali ke situ untuk "memulangkan" seashells ke laut/pantai. Ok, saya setuju kami ni terlebih-lebih sikit xD

Upacara menanam

Sebahagiannya ditanam dan sebahagiannya dilontarkan ke arah laut, siap buat pertandingan siapa lontar lagi jauh. Of course, Yun Sing menang ! (poyo) haha.

Lepas tu sempat lagi nak buat sndcastle. Idea Sun Ru nak buat sandcastle tapi takde baldi dan sudip. Last-last bentuk dengan tangan ja. Sorang budak sains, asyik bising dengan konsep Fiziknya apabila dikaitkan dengan pembinaan tersebut. Sorang lagi budak seni yang mementingkan corak dan seni binanya lebih daripada bentuk dan kekemasannya. First time nampak budak sains yang lagi serewet dari budak seni.

Me : Woi, ni senget sebelah !!
SR : Napelah hg ni cerewet sangat !!
Me : Kena bagi seimbang la bruh -_-
SR : Waa!! Corak aq !! Nape hg musnahkan T-T
Me : Ni belum bentuk elok-elok hg dh letak corak pasalpe !!

And the argument continues..... Sehinggalah dia mendapat panggilan telefon. Faham-faham dah - kena balik. Redho je la walaupun jalan dia senget sebelah.. haiz.....

P/S : Tak sangka dengan hanya tenaga manusia, ini dapat dilakukan :'D

Sempat lagi berselfie...

Permandangan yang cantik

Lain kali kalau mai Penang jangan lupa singgah Batu Ferringhi. Macam-macam ada. Ada banana boat, parasailing, jet ski-ing dan banyak lagi. Jalan-jalan la kat situ waktu malam. Best. Banyak gerai-gerai yang boleh diserbu.

Sehingga kita berjumpa lagi ^^

23 Mac 2016

Wordless Wednesday #4 : #bagichancebudakspm


22 Mac 2016

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

21 Mac 2016

Nuffnang February 2016

Berikutan entri Top Komenter Bulan Lepas, entri ini juga sepatutnya berada di awal bulan ini. Tapi, seperti biasa.. #bagichancebudakSPM hahaha. Jom tengok perkembangan blog ini dari Nuffnang bulan lepas.

Pageview

190 UV
244 PV

Keyword


Tak sangka entri lama ini masih mendapat sambutan :'D

Terima kasih bagi korang-korang yang sedang membaca entri ini, yang bersama-sama mengharungi zaman kejatuhan blog bersempena #bagichancebudakSPM

Ahaha ayat pasrah konon. Ok. Harapnya esok punya entri akan naik la ya, sekarang update pun tak konsisten. Kalau esok saya tak naikkan entri maksudnya sedang buat homework kot. #bagichancebudakSPM :D

20 Mac 2016

Logo hadiah Giveaway dari blog Stanzaku


Terima kasih dan kredit kepada penganjur Giveaway yang rajin design logo ini. Bolehlah guna sebagai watermark dah lepas ni. Memang cadang nak design logo lama dah tapi masa tidak mengizinkan. Blog nak edit dari dulu lagi tak teredit. Sekali lagi, ayat femes : Bagi chance budak SPM

17 Mac 2016

Top Commenters February 2016

Sudah masuk pertengahan bulan 3 baru nak update top commenters bulan 2. Zaman Kejatuhan Blog. Belum masuk lagi Zaman Gelap. Harap-harap tak masuk la ya xD

P/S: Bagi chance.. saya budak SPM :)

Ok jom tengok siapa yang jadi top commenters bulan lepas. Jeng jeng jeng !


Jom terjah mereka-mereka yang rajin ni ^^
Tekan nama untuk ke profil blogger/google plus
atau
tekan banner untuk ke blog



Maaf.. Tercrop pula banner T-T


karya ku : paridah ishak




.PartofMe.


QasehMuslimah-Munirah


stanzaku


Nurul Hidayah's Deary Diary



Sharing My Ceritera


Yumida

10. Banyak sangat.. Tak tersenarai. Terima kasih bagi yang sudi komen ya ^^

Seperti bulan-bulan sebelum ini, 10 top commenters akan dimasukkan dalam bloglist untuk sebulan, sehingga senarai baru keluar. Dan top 3 commenters akan diberi sesuatu. Bagi bulan ini, tidak perlulah hantar alamat sebab sudah ada dalam rekod. Tunggu je sampul surat sampai rumah.

Terima kasih sebab sudi singgah, baca dan komen entri-entri dalam blog ini ^^v

Sehingga kita berjumpa lagi ~ ^^v

13 Mac 2016

Asia Comic Cultural Museum

10904438 942741299144834 4583793191947308220 o

Tempat : Level 2 ICT Mall Komtar
Masa : 11 pagi - 6 petang
Tiket : RM20 untuk bukan warganegara Malaysia
            RM15 untuk warganegara Malaysia
            RM10 untuk pelajar dan warga emas
Contact : +60 12-228 3708

Fakta:-

- Museum ini mempunyai keluasan 13 000 kaki persegi
- Mempamerkan koleksi komik dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, China, Hong Kong, Taiwan, Macau, Japan dan Korea

"Items on display includes original artworks, digital and replicated artworks, published books, toys, models and comic merchandises that relates to the history and growth of comics in our region. The information are all displayed in 4 languages; Malay, English, Chinese and Tamil."

Museum ini mempamerkan hasil seni 250 artis terkemuka dari seluruh Asia. Sebagai contoh :-

- Tony Wong
- Ma Wing-Shing
- Zunar

"There is even a replica construction of Tony Wong’s Dragon Tiger Gate. " !!!

Apa lagi, jom pakat menyerang ! ^^

Info : http://www.visitpenang.gov.my/portal3/penang-tourism-news/2211-asia-comic-cultural-museum-now-open.html

06 Mac 2016

Bukan Sekadar Lukisan - Bab 8


Irene

Aku duduk di kerusi sebelah katil Cindy. Kupandang wajah Cindy yang sedang nyenyak tidur. Sedih aku melihatnya. Malang nasibnya tetapi tidak dia tahu apa-apa. Tidak dia ingat apa pun. Sian Cindy, mengharapkan penjelasan tetapi bagaimana kami nak jelaskan padanya? Dia tidak ingat siapa keluarganya. Dan dalam keadaan begitu, perlukah kami tambahkan lagi kerunsingannya? Kami membuat keputusan, Cindy tidak perlu lagi tahu apa-apa, buat masa sekarang. Lebih baik dia tidak tahu...

Devi

Aku tersenyum apabila akhirnya kembali semula ke Pulau Pinang setelah lama berada di luar negeri. Rindu sangat pada tanah lahirku ini. Kejap, bukankah itu Irene? Aku tersenyum. Rancangan nakalku akan kulaksanakan. Dengan perlahan-lahan, aku melangkah ke arah Irene dari belakang. Baru sahaja ingin "menerkam"nya, Irene berpaling dengan posisi kaki kanannya yang terangkat, bersedia untuk menyerang. "Mak kau terpelanting!" Masing-masing kaku untuk beberapa saat.

Setelah beberapa saat tidak bercakap, bergerak mahupun bernafas, gelak tawa kami berhambur juga. Aku menekan perut yang sakit akibat ketawa manakala Irene yang tadinya bergaya dengan posisi yoganya yang sangat stabil terduduk di tengah jalan sambil ketawa sekuat hatinya. Kawan. Indahnya sebuah persahabatan. Kawan-kawan ialah orang yang kita selesa menunjukkan diri kita yang sebenarnya dan melakukan perkara yang di luar jangkaan bersama tanpa berasa malu di khalayak ramai.

Fisya

Aku memandang komputer riba dengan perasaan hampa. Nana, betulkah Nana dah lupakan kita semua? Setiap email yang dihantar tak pernah dibalasnya. Husnuzon.. Mungkin Nana tengah sibuk belajar, belum ada masa lagi untuk membaca email. Harap-harapnya begitu la.....

Komputer riba yang tadinya menjadi mangsa renungan penuh kesedihan dimatikan. Komputer riba diletakkan kembali pada rak buku tempatku belajar. Kududuk di meja belajar dan mencapai buku setebal kamus dan mula menyelak.

Cindy

Aku sudah mampu berjalan sendiri. Langkahku penuh hati-hati keluar dari tandas hospital. Jam di dinding kupandang sekilas. Selasa, 9 pagi. Waktu dan hari yang sentiasa berulang, setiap minggu. Masa berlalu dan tidak menunggu. Jika jangkaanku tepat, sekarang Irene sedang dalam perjalanan ke Ipoh untuk raptai pertunjukkannya malam nanti. Fisya pula sedang menuntut ilmu dalam dewan kuliah. Aku pula? Umur begini aku sepatutnya sedang berusaha menuntut ilmu atau memperjuangkan sesuatu yang dirasakan betul. Mungkin juga sedang berusaha dalam bidang-bidang tersendiri, seperti Irene. Tetapi, aku di sini. Tidak mengingati kisah silamku. Aku hanya mampu bergelut dengan diriku dan fikiranku. Perjuangan jenis apakah ini? Pelik sungguh perjuangannya.....

04 Mac 2016

MINI GIVEAWAY 2016 BY HANI RAHMAN


KLIK BANNER UNTUK JOIN ! :)

03 Mac 2016

iniblogke Mac16 bloglist


KLIK BANNER UNTUK KE ENTRI BLOG PENGANJUR

Jom join ! ^^