Stay connected kay? ^^

24 Januari 2016

Bukan Sekadar Lukisan - Bab 7


Hai Nana,

Nana di Amerika sihat? Kami di sini sangat merindui Nana. Kalau Nana nak tau, Irene telah mendapat keputusan distinction untuk Grade 8 violin. Dia sendiri pun tak sangka. Satu tepukan untuk Irene! Yeay... Cindy sudah pulih seperti sedia kala. Siasatan menunjukkan kereta tersebut tidak melanggar Cindy tetapi berhenti beberapa inci di depannya. Cindy yang dengan tiba-tiba pengsan dan rebah menyebabkan pemandu kereta di laluan lain tidak sempat menekan brek lalu melanggarnya. Doktor masih tidak dapat menerangkan keadaan yang sebenar kenapa perkara ini berlaku. Mari kita sama-sama berharap Cindy akan cepat pulih dan keluar dari hospital.

Devi sekarang ni sedang belajar di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka dan kini berada di Kuala Lumpur mengikuti persidangan blogger Malaysia. Saya? Saya masih di sini, di Pulau Pinang tanah tumpahnya darahku hahaha. Tahun kedua di Kolej Tunku Abdul Rahman. Multimedia sesuatu yang sememangnya menarik. Nana pula macam mana ya? Speaking dah minah ni sekarang? Sampai sini sahaja, saya nak kena siapkan assignment. Belajar rajin-rajin tau! Make us proud. Bye, take care :)

                                                                                                                                       With love, Fisya.

Cindy

Aku memandang dinding wad. Sepi. Aku cuba mengingati sesuatu. Hampa. Sejak aku sedar, tidak dapat kuingat apa-apa. Adalah juga beberapa orang yang datang melawat. Apa nama mereka? Ah, sudah! Lupa sudah.. Bosan, asyik berbaring di sini sahaja. Bising. Sabar.. Hospital kerajaan memang menjadi tumpuan ramai. Bilalah aku dapat keluar dari sini? Kalau ikutkan seorang tu.. nama apa ya, dia ada bagitau aku baru sahaja keluar dari wad ICU. Kenapa ya? Apa yang terjadi padaku sehingga begitu sekali? Begitu banyak soalan yang menggangguku.

Di manakah ahli keluargaku? Siapakah mereka-mereka yang datang melawatku? Kawan baik aku sejak kecil? Seorang jururawat di situ pernah memberitahuku bahawa aku dipindahkan dari hospital swasta ke sini kerana keluargaku tidak dapat membiayai perbelanjaan tersebut. Miskin ke keluarga aku? Di manakah mereka? Harapkan aku tanya kawan-kawan yang datang melawatku? Mereka tidak akan memberitahuku apa-apa. Mungkin mereka takut aku trauma. Aku rasa sekarang yang paling aku trauma, keadaan tidak mengetahui apa-apa. Mereka cuma menyuruhku rehat dan segalanya akan kuingat kembali.Harap-harap begitu.....

Irene

Aku bangun seraya menggeliat. Jam dinding dalam bilik dipandang sekilas. Pukul dua. Pagi. Aku merebahkan badan atas katil. Penatnya.. Siap juga kerja ni akhirnya. Telefon bimbit dicapai dan rangkaian internet dihidupkan kembali. Masuklah wahai notifikasi-notifikasi sekalian. Anda bebas menggangguku sekarang. Bergetarlah telefon bimbitku tanpa henti. Biarlah aku tunggu semua notifikasi masuk dulu baru aku baca satu persatu. Mata dilelapkan untuk seketika. Pagi esok ada kelas..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan