Stay connected kay? ^^

17 Januari 2016

Bukan Sekadar Lukisan - Bab 6


Devi

Aku terlambai-lambai apabila kelihatan kelibat Fisya depan Dewan Sri. "Hai." "Hai." "Err.. Fisya.. ni bunga untuk Irene. Orang kedai tu bagi diskaun, selamat bajet kita. Teka.. teka.. berapa harga sejambak bunga ni?" Aku cuba berseloroh dan bergurau apabila Fisya hanya menjawab sepatah sapaanku. "Berapa?" "Err.. Tak nak teka ke?" "Bagitau je.." "Fisya.. kenapa ni? Macam tak gembira je? Ada masalah ke?" Fisya menggeleng. "Hmm.. kalau ada masalah apa-apa nanti bagitau je aku ye. Janganlah macam ni, malam ni penting bagi Irene. Kita beri sokongan kepadanya dan menunjukkan muka yang ceria ya.." Fisya memandangku. Segaris senyuman dapat kulihat pada wajahnya. "Begitulah Fisya yang aku kenal!"

Fisya

Devi bersorak tepuk dan menggoyang-goyangkan badanku dengan harapan aku menyertai dan mengikut gelagatnya. Biasanya akulah yang terlebih bersorak. Patutlah dulu dekat sekolah aku ni dalam pasukan sorak. Tapi malam ni memang aku tidak berdaya melakukan semua itu. Patutkah aku memberitahu Devi tentang Nana? Ya, memang patut.. Tapi bukan sekarang. Biarlah Devi bergembira malam ni. Aku dah macam ni.. Irene macam mana? Entahlah.. Harapnya Irene boleh memberi perhatian dan membuat yang terbaik. Janganlah disebabkan masalah Nana, Irene tidak dapat memberikan persembahan yang terbaik. Ya, itu dia Irene. Aku menarik nafas yang panjang. Tepukan yang paling kuat aku berikan kepada Irene. Devi memandangku dengan senyuman. Aku membalasnya.

Irene

Aku tunduk dan tepukan gemuruh memenuhi segenap ruangan dewan. Inilah peluang yang telah lama aku nantikan. Pentas ini sekarang kami yang punya. Latihan selama seratus lima puluh lima jam untuk persembahan selama lima minit. Dengan sokongan rakan-rakan.. akhirnya aku berdiri di sini. Malangnya, yang tinggal cuma Fisya dan Devi. Nana.. Lupakan. Aku masih ada Fisya dan Devi. Aku mesti buat yang terbaik. Cindy, kau mesti kuat. Aku takkan mengecewakanmu. Bangunlah wahai kawanku. Aku memandang adikku, Ai Li. Dia mengangguk tanda telah bersedia.


Credit to tnsnamesoralong

3 ulasan: