Berikutan entri Ahad lepas --> Bahasa dan Longhat, harini hari pertama kita belajar longhat utara. Kata orang, baca berapa %, dengar berapa %, catat berapa %, lihat berapa %, ajar berapa %.. entahlah.. tu yang dikatakan baca sahaja.. sikit je info masuk (hehe mohon jangan penampar) Ehsan Google.. Yun Sing terjumpa blog ni.. dengan entrinya Mari Belajar Longhat Utara. Bacalah dekat situ sebab ianya lagi berinfo.
5 yang diulas yang selalu Yun Sing guna. Satu yang akhir yang jarang guna dan akan digunakan. (habislah mampuih masuk longkang periksa BM) Menangih tak berlagu dapat result hahaha
Secara umumnya, orang utara suka tukar r jadi q.. sebagai contoh, oqang utaqa suka tukaq r jadi q. Juga, sesetengah s akan jadi ih. Sebagai contoh, habih.
1. Nanti sat! - Tunggu sekejap!
A: Hoi, cepatlah! Dah berjanggut aku tunggu!
B: Nanti sat! Sat je.. Dalam lima minit.. (Tunggu sekejap! Sekejap saja.. Dalam lima minit..)
2. Tang mana - di mana
A: Betul ke hg nak belajaq kat sini? (Betul ke kamu nak belajar dekat sini?)
B: Ye la, kalau bukan kat sini, nak belajaq tang mana pula? (Ye la, kalau bukan dekat sini, nak belajar di mana pula?)
3. Mai - datang/mari
A: Tengok sape tu.. (Tengok siapa itu..)
B: Haa.. mai dah dia.. (Haa.. datang sudah dia..)
4. Hang (hg) - kamu
A: Hang nak py mana tu? (Kamu nak pergi mana tu?)
B: Yang hg peduli tu apesal? (Yang kamu peduli tu kenapa?) [apesal = apa pasal]
5. Depa - mereka
A: Kita tinggaih depa camtu je? (Kita tinggal mereka macam itu saja?)
B: Biaq la depa uruskan sendiri.. (Biar la mereka uruskan sendiri..)
Siap ada translation lagi xD Ingat lagi masa form 1 dulu, kawan-kawan sekolah cina mai sekolah menengah tak paham apa pun bila chat dengan kawan2 melayu yg guna shortcut. Kalau = klu la.. Kenapa = knpe la.. pening diaorang. Lagi pening bila longhat utara yang dipendekkan. Hg.. Aq.. Menangih tak berlagu baca satu persatu. Yun Sing tak sekejam tu *wink*
Perkataan baru bagiku..
Lagu mana = Bagaimana
Bukan tak guna tapi jarang guna..
Enjoy ;)
hahaha comel2 je utagha ni kan hiks
BalasPadamteringat dulu belajar dekat uitm merbok sungai petani kedah,
BalasPadameh , "mengaji" .hahhaha..
hahaha.. dengan translation.. boleh terbitkan kamus ni YS... hehe
BalasPadamLama tak singgah sini.. sorry YS...
BalasPadam