Stay connected kay? ^^

18 Oktober 2015

Bukan Sekadar Lukisan - Bab 5


Irene

Aku memandang ke bawah. Indahnya alam ciptaan Tuhan. Ini bukanlah kali pertama aku menjejaki Bukit Bendera tetapi keindahan pagi ini luar biasa. Ya, sebab malam nanti aku bakal membuat persembahan, pertama kalinya, di Dewan Sri Pinang untuk suatu konsert peringkat antarabangsa. Bekal usaha yang berterusan, akhirnya impian aku bakal tercapai. Apa yang menyedihkan ialah Cindy tidak ada bersama untuk menyaksikan konsert tersebut.

Kawan masa suka dan duka, walaupun dia bersikap agar kasar, walaupun dia sentiasa menimbulkan masalah, tetapi suara lantangnyalah yang sentiasa menceriakan hari kami. Bukan seperti kami, Cindy merupakan seorang yang boleh dikatakan lurus bendul, sama seperti kanak-kanak. Dia sentiasa bercakap berterus-terang. Dia tidak sesekali akan bercakap sesuatu yang buruk di belakang sesiapa secara rahsia kerana kalau dia tidak puas hati, dia akan pergi berdepan dengan orang tu dan cakap depan dia. Itulah cara dia menimbulkan masalah. Katanya, tidak perlu berselindung. Walaupun dia begitu, hatinya baik. Harapnya Cindy akan cepat sembuh.

Fisya

Aku mengangkat tangan apabila Irene masuk. Pagi ini saya mengajak Devi, Nana dan Irene sarapan bersama. Kata Devi, dia ada hal sikit. Nana seperti biasa, bersikap acuh tidak acuh. Entahlah, mungkin dia tidak mahu berkawan dengan kami lagi. Aku senyum apabila Irene mengambil tempat duduknya. "Lama tunggu?" "Eh, tak.. aku pun baru sahaja sampai." "Aku je ke? Mana yang lain?" Irene melihat jam tangannya. "Devi kata makciknya balik Penang hari ni. Dia ada hal sedikit kat rumah." "Ooo.." Irene melihat aku. Dia seperti seba salah. "Mana.. Nana?" Irene menguis meja dengan garfu.

Dia memandangku. Aku memandangnya semula. Sayu. Tidak perlu dijelaskan. Kami berdua faham tentang itu. Nana sudah berubah. Suasana hening untuk seketika. Menyedari keadaan tersebut, aku segera senyum. "Jom, order makanan? Pergi dulu, saya jaga beg. Order cepat-cepat, aku lapaq." Irene segera mengeluarkan beg duitnya dan berlari-lari anak menuju ke kaunter makanan. Aku menggeleng melihat telatahnya.

Irene

Kenyangnya! Baru sahaja lepas sarapan dengan Fisya. Kononnya sarapan, sudah hampir tengah hari ni. Awal pagi tadi Fisya melawat Cindy. Aku pula melayan perasaan atas bukit, mana taknya kan.. "Nak pergi mana?" Fisya memandangku dengan gaya seperti aku telah menanyakan soalan paling bodoh dalam dunia. "Nak pergi mana lagi? Balik rumah! Malam ni konsert tu, balik rehat! Semalam bukan main lewat raptai tamat, pagi ni boleh pula bangun awal daki bukit. Hg ni memang nak jadi Steel Man ye?" Kan dah kena bebel? "Bukan Steel Man la, Steel Girl." "Ek eleh.."

Fisya berhenti secara tiba-tiba. "Kenapa ni?" Aku memandang Fisya yang terkejut. Mulutnya ternganga. Gayanya seolah-olah di hadapannya, seekor dinasaur sedang melihat kami. Aku tahu, ini bukan petanda yang baik. Perlahan-lahan, aku menoleh ke hadapan. Aku segera menekup mulut. Di depan kami, Nana duduk dengan seorang lelaki. Mereka berpegangan tangan dan lelaki tersebut memeluknya. Nana terkejut apabila ternampak kami. Dia segera menolak lelaki itu dan menjarakkan dirinya daripada lelaki tersebut.

"Kenapa ni baby?" Soalan tersebut seperti mencucuk hatiku. Aku berasa seperti ingin pitam. Rasa macam nak muntah pun ada. Walaupun bagi kami, kaum Cina yang bukan Islam ni, perkara ini tidaklah menjadi isu yang besar sangat bagi sesetengah orang tetapi aku berasa sedih melihat adegan depan mataku. "Astaghfirullahaladzim.." Akhirnya Fisya mendapat kekuatan untuk bersuara. Nana kelihatan sangat serba salah. Kenapa semua ini harus berlaku? Kenapa mesti hari ini, hari penting bagi aku ni..?

2 ulasan: