Ni cerita bulan lepas kwot.. ke dua bulan lepas. Baru nak post, hehe~ Nak baca yang English version, kunjungilah blog kedua --> [Penang Chew Jetty] Dah rasa lama gila tak pergi jalan-jalan, rasa macam kena jalan-jalan tengok Penang dah, orang luar pun tau tempat-tempat kat Penang, kita yang duduk Penang 16 tahun ni asyik terperap kat rumah dan sekolah je.. so pagi-pagi Ahad kita jalan-jalan tengok Penang!! :D
Destinasi pertama, Chew Jetty. Awal pagi, pukul 7 lagi dah keluar rumah, naik Rapid terus ke jetty bus terminal. Kita turun je bas, jalan sikit ke arah kiri, yang kita ty nampak petrol station bagai. Jalan punyalah jalan, sampai juga kat Chew Jetty. Rasa macam makhluk asing pula masuk kawasan rumah orang hehe.. Biarlah gambar berbicara.
Ni kawasan luar tokong.. tokong apa tak tau. (Inilah contoh budak cina yg tak tahu apa-apa hahaha)
Cantik tau permandangan matahari terbit kat situ. Sayang lupa bawa kamera, gunalah kamera fon, nasib baik fon kamera cantik, kalau kena fon dulu memang nangis la hehe
Ni la tokongnya. Hmm..
Memang cantik gila permandangan kat situ. Ingat nak serang lagi lain kali, pergi awal sikit, bawa kamera hehehe
Ni kat bahagian luar, bila nak masuk tu. Tradisi orang dulu-dulu memang sukar difahami (atau hg yg tak tau haha kan dah kena)
The Chew Jetty Kongsi
Haa, ni kalau jalan macam Yun Sing, papan tanda ni la jadi petunjuk
Masa tu kejar masa sikit, nak pergi art class, jadi keluar rumah awal-awal, pergi awal-awal, blah awal-awal. Kalau pergi lambat sikit, dalam tu ty ada orang jual barang. Best gila .
Ni sedikit sebanyak tentang tempat tu, bila kita berkunjung ke sesuatu tempat, tak sah kalau tak google dan baca ^^
- Chew Jetty ni paling besar antara tujuh petempatan suku yang lain.
- Dibuka pada pertengahan abad 19
- Komunitinya sudah wujud kat situ sejak lebih dari seratus tahun lagi
- Rumah kepada satu daripada tujuh suku yang berhijrah dari China: suku Lim, Chew, Tan, Lee, Yeoh, Koay dan satu jetty yang didiami pelbagai suku yang berlainanMaklumat dari: http://www.penang-traveltips.com/chew-jetty.htm
Kita ringkaskan dan terjemah kepada bahasa melayu je, kalau salah maaf ye, tolong betulkan :)
P/S: Jom jom lain kali kita ambil gambar matahari terbit? (hehee)
Cantiknya pemandangan kat ctu..
BalasPadammenarik gak skali skala jln2 gini kat tmpt sendiri kann...
BalasPadambanyak tempat menarik di penang ni..lain kali upload pic cantik2 lagi.
BalasPadamsamalah kita YS...
BalasPadamkalau orang tanya, semua errr....
hahaha...
wa...penang
BalasPadamcantik pic matahari terbit tu
BalasPadampic win hehe
Teringat Jetty...Stesen Bas Lama....agak-agak nanti dah siap terminal nama Jetty tu guna lagi ker tak...
BalasPadamPemandangan yg cantik.sgt tu
BalasPadamwoaa ada blog kedua plak eh..
BalasPadamakak pun mmg akan suggest ke Chew Jetty dalam banyak2 jetty yang ada..
Ice Kacang Puppy Love was filmed there #extrainfo ;D
BalasPadam