Stay connected kay? ^^

20 Oktober 2015

Movie: Goosebumps


Alkisahnya, pada hari Jumaat lepas. kami pergi tengok wayang lepas sekolah bersama Sun Ru. Tak ada plan pun, pergi 1st Avenue, tengok ada apa rembat je. Nampak ni, ada orang tu kata macam kartun, ok.. kita tengok apa yang berlaku!


Moh kita tonton trailer dulu ^^

Movie ni dia cerita tentang Zach yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran setelah kematian ayahnya. Ibunya membawanya pindah ke pinggir bandar di mana dia mengenali jiran barunya, Hannah. Namun, bapa Hannah tidak suka apabila Zach bergaul dengan anak perempuannya. Suatu petang, Zach keluar membuang sampah apabila dia ternampak Hannah yang curi-curi keluar dari rumah. Mereka berbual dan meluangkan masa bersama.

Malam tu Zach sedang mengulang kaji pelajaran apabila dia terdengar pertelingkahan Hannah dengan ayahnya. Ayah Hannah memarahinya kerana bercakap dengan Zach. Hannah cuba mempertahankan dirinya dan dengan tiba-tiba Zach terdengar jeritan Hannah. Dia terkejut lalu memanggil polis. Namun, dia pula yang akhirnya dikatakan membuat aduan palsu.

Zach tidak berpuas hati kerana dia khuatir Hannah diapa-apakan oleh ayahnya. Dia memanggil kawan barunya di sekolah, Cham untuk datang ke rumahnya. Mereka pecah masuk ke rumah Hannah apabila ayahnya keluar. Rumah tersebut didapati sangat pelik. Cham dalam cerita ni boleh dikatakan watak yang lucu, penakut dan sentiasa menimbulkan masalah.

Dengan tidak sengaja, mereka membuka salah sebuah buku di atas rak dan raksaksa salji keluar dari buku tersebut. Raksaksa tersebut tertolak salah sebuah buku yang lain dan ianya turut terbuka sama. Ianya menjadi masalah besar bagi bandar tersebut apabila satu demi satu makhluk ciptaan R.L. Stine, iaitu bapa Hannah dibebaskan ke dunia.

Sun Ru yang pada mulanya kata poster movie ni seperti kartun sangat terkejut. Banyak scene dalam movie ni yang macam bagi kita meremang bulu roma. Patutlah dipanggil Goosebumps. Banyak kali mereka dikejar dalam perjalanan ke sekolah Zach di mana typewritter R.L. Stine disimpan. Ini kerana hanya alat tersebut dapat menghasilkan buku yang mampu mengurung makhluk-makhluk itu semula.

Dalam keadaan yang genting, sempatkah mereka menghasilkan sebuah buku yang mampu mengurung semua makhluk itu semula? Atau sesuatu yang lain akan berlaku? Sebenarnya ada part-part yang macam sweet antara Zach dan Hannah dalam cerita ini. Jadi, adakah mereka akan bersama akhirnya? Adakah yang akan hidup? Tontonlah Goosebumps! :D

9 ulasan:

  1. hehehe.. hari tu ada tertengok iklan dia jugak..

    macam best...

    BalasPadam
  2. menarik review yun sing ni mesti ramai yg berminat nak menontonnya...mcik dh terima hadiah kiriman yunsing...terima kasih banyak ya...susah2 jer..

    BalasPadam
  3. every scene can give you a goosebumbs. Highly reccomended (Y)

    BalasPadam
  4. last tgk movie cite jurasic world
    bw budak2 tu sekali ngan budak kecik tu
    nasiblah hat kecik tu x meragam
    ngis skit sumbat selak baju bg susu hahaha

    BalasPadam
  5. Wow.. Awesome betul bila baca review yunsing nie.. Pastu bila tengok trailer dia pun memang mengancam..

    BalasPadam
  6. ikut nyimak saja,, saya tidak paham

    BalasPadam
  7. lama tak tengok wayang terbaik review

    BalasPadam
  8. nak tengok tapi huurm skarang kena kurangkan activity cemni..
    dload jela nanti..

    BalasPadam