Stay connected kay? ^^

09 Oktober 2015

Quote #5


Ingatlah yang memisahkan kita, temboknya bukan agama, temboknya bukan budaya, bukan warna bangsa tetapi keegoaan, assabiyah, dan annaniyah. Kepelbagaian bangsa ini, bukan sekadar warna di atas fabrik, sebaliknya ia adalah benang-benang yang menyulam. Jika perpaduan ini umpama kesabaran mengait selembar benang, sabarlah sehingga menjadi kain.

Aaa.. perpaduan. Sebenarnya bangga hidup dalam negara yang berbagai bangsa ni. Sejak kecil lagi, masa umo 5 tahun emak hantar ke tadika kerajaan, sebab dekat dengan rumah. Masa tu la bergaul dengan pelbagai bangsa. Tapi, Yun Sing ni anti-sosial sikit, tak pandai bergaul. Ingat lagi mak pernah kata "Yun Sing, pergilah berkawan dengan budak cina tu. Mak kenal nenek dia." Tapi dia berlagak sombong pula huhu.. kanak-kanak.. kita pun xnk cari pasal la, blah je..

Mai sekolah rendah masih xpandai bergaul. Kawan-kawan semua ingat bisu. Selalu je duduk satu penjuru sorang-sorang. Last-last masa darjah 3 ada yg datang nk berkawan. Sorang tu berbangsa India. Sorang lagi Catholic. Kite ok je. Cakap-cakap, pastu mula dapat kawan. Yang peliknya, semua kawan rapat berbangsa India huhu~ Mai darjah 5 baru ada kawan Cina.

Sekarang dah masuk sekolah menengah, dah pandai pokpekpokpek, rasa bangga pula ehehe. Walaupun nampak pelik pada mata orang tapi biaq argh :) Last year kat kelas, pusing belah kanan cakap English, pusing kanan cakap melayu. To be honest, lagi banyak kawan berbangsa lain dari kawan Cina.

Tak kisah pun. Asalkan happy ^^ Bangsa tak dak kena mengena pun. Tapi yg sedihnya setiap kali nak keluar ngan kawan, keluarga mesti tanya, bangsa apa. Tak paham betul. Adakah bangsa begitu penting? "Bukan apa, Yun Sing. Tengok la kakak sepupu tu, masa sekolah banyak je kawan melayu dan india. Dah graduate tu tak keluar dah ngan diaorang. Lepas keje ada la tu kawan cina."

Masalahnya sekarang bukan apa. Bukan semua bangsa lain tu jahat. Bukan semua yang bangsa sendiri tu baik. Bukan kerana bangsa, kerana kita menilai seseorang individu itu- dirinya, bukan bangsanya. Dan biar argh, bukannya baik pun kita nak judge orang sebab diri kita pun tak sempurna. Yang penting kita kena tau la, ambil iktibar daripada pengajaran dan pengalaman hidup, jangan percaya sepenuhnya pada orang lain walaupun sangat rapat.

Takpe, mereka tak faham. Dulu sekolah cina, tu pun sampai tingkatan satu je, mungkin sebab tu takda kesedaran pasal ni sangat. Nk cakap melayu susah sikit, xreti sangat nampak jiran senyum je. Orang pun pelik.. anak dia sempoi je berutaqa hahaha.

#Saya Anak Malaysia :)

10 ulasan:

  1. terbaik laa Yun Sing..dlm group whatsap Bloggerutara pon Yun Sing sporting jer sembang..hihihi

    BalasPadam
  2. betul2..perpaduan amatlah penting 1Malaysia

    BalasPadam
  3. amboi, berutaqa.. hahah.. sadis ngat aih sampai dok kat penjuru sorang2..

    BalasPadam
  4. wah bijaknya yun sing berfikir dgn matang..n3 terbaik ni...izin mcik copy n post di blog mcik pula ya...tq.

    BalasPadam
  5. Baik atau jahat seseorang itu bukan kerana bangsa atau agamanya tapi itu adalah atas dirinya sendiri... Yang penting jadilah yang terbaik pasti semua suka berkawan... tak gitu ^-^

    BalasPadam
  6. Yup sejak sekolah MBS saya ada kawan Chinese dan India. Ada kawan baik dan ada juga tak baik, Melayu pun ada tak baik... Tetapi bangsa bukan aras penentu kebaikan seseorang :)

    BalasPadam
  7. Saya tau u cakap siapa yang tadika tu mia hehehe :p Saya sayang padamu #memangsaja kami orang cina pun cakap guna melayu walaupun cakap sama cina xp #bahasarojak

    BalasPadam
  8. Sokong artikel Yun Sing nie..

    BalasPadam