Fisya
"This is the application of Charles' Law. When.." suara cikgu semakin tidak kedengaran. Pandangan menjadi semakin kabur. Tup! Pen yang dipegang terjatuh, mencorak buku Fizikku. Aku terkejut. "Charles' Law says that.." sekali lagi aku tidak dapat menahan ngantuk. Kepalaku terasa semakin berat. Segera aku duduk tegak, menampar mukaku. "Fisya, jangan tido, Fisya.." Aku meneguk air mineral yang dibawa dari rumah. "Ok, open to page 59." Akhirnya, cikgu dah habis ajar, nak suruh buat latihan ler tu. Apa lagi, TIDO!!
Baru sahaja aku meletakkan kepalaku di atas meja.. "Aduh, mak kau Charles' Law!" Aku segera menekup mulutku. Terburai ketawa rakan-rakan sekelasku. Aku tidak berani mengangkat muka, memandang sekeliling. Aku hanya sempat menoleh ke kanan. "Apa cuit orang pagi pagi ni? Sakit laa!!" Aku menjadi hairan apabila dia asyik membuat isyarat supaya aku memandang hadapan. 'Alamak. Ni mesti cikgu marah sebab aku tido.'
Perlahan-lahan aku mengangkat kepala dan memandang ke hadapan. Mulutku ternganga. Bila pula mat salleh ni masuk? "This is your new classmate. William, please introduce yourself." "Hi, everyone! My name is William. I just came back from Australia last year. I studied in private school for a year. I'm transferring here after realizing I could not communicate well with Malay. I hope we can be friends. Sila bagi tun-juk a jar." Kami semua ketawa terkekek-kekek mendengar ayat terakhir William.
Cindy
"Argh! Serabut!! Mengapa tak imbang-imbang lagi?!" Argh!!! Tertekannya hidup! Kelas Akaun pagi-pagi!! Akaun.. akaun.. akaun.. hadeh! "Cindy, jangan tarik rambut, nanti botak.." Satu kelas ketawa. Aduh.. cikgu ni, nak buat lawak pun cari la masa yang sesuai. Ni tak, orang tengah serabut boleh pula buat lawak.."Sorry ye, cikgu, nak jumpa Cindy sat.." Alamak! Aku kenal sangat suara tu. 'Cikgu Mastura.. mesti cikgu nak tanya tentang video persaraan tu. Nana ni nak kena makan kasut dah..'
Aku segera ke luar kelas. "Cindy, video yang cikgu minta tu macam mana? Satgi cikgu ada mesyuarat dengan cikgu-cikgu lain, cikgu nak kena bentang." "Video tu ada dekat Nana, cikgu. Boleh tak kalau saya nak mintak kat dia pastu kami cari cikgu." "Ok, cikgu ada dekat laman ilmu, tau." "Hmm, ok cikgu." Seusai meminta kebenaran, aku ke kelas Nana. Yeay, takde cikgu!! Aku selamba je masuk kelas. Devi masih tidur. 'Hadeh minah ni.. tak cukup-cukup ke tido dari pagi tadi..'
Aku menggoyangkan tubuhnya. "Sayang, bangun, sayang.. penting ni.. hoi?! Bangun ler.." Devi membuka matanya lalu menuturkan sesuatu dalam bahasa ibundanya. "Adeh.. mamai pula dia.. bangun!! Takyah duk cakap Tamil ngan aku.. Nana pocillek? Aduh.." Aku berterusan menggoyangkan tubuhnya. Tiba-tiba, dia berdiri. "Jom." "Nak ke mana pula??" "Bukan nak pergi beli akhbar ke?" Aku menepuk dahi. "Mana Nana?" Devi memandang sekeliling. "Mana Nana? Eh, Nana tak mai ke?" Aduh.. minah ni tak boleh harap langsung..
novel ke nih ;po
BalasPadamwah menarik sekali tunggu sambungannya...
BalasPadamAda sambungan lagi.ea
BalasPadamcepat cepat sambung.. miahaha..
BalasPadam