"Mana perginya manusia dua orang ni.. Takleh harap langsung! Janji nak mai awal, bincang tentang video persaraan tu. Sekarang? Loceng nak bunyi dah, batang hidung pun belum nampak." Aku menjadi tidak senang duduk. KRINGGGGG...!!! Aku terlompat apabila loceng berbunyi. Dua orang junior yang pada masa itu sedang berjalan ke kelas mereka memandangku pelik. "Apa pandang-pandang?" Mereka menundukkan kepala dan segera berlalu dari situ.
Inilah aku. Siapa yang tidak mengenaliku, Cindy Lam Xin Dee, kakak senior yang garang, pelajar yang bermulut laser, pelajar tomboy SMKTB. Senior-senior dah sedia maklum, kawan-kawan rapatku tidak boleh dibuli. Kalau tak, buruk padahnya. "Sudah-sudahlah, tak perlulah kecoh-kecoh pagi-pagi camni.." Fisya menegur. "Argh! Serabutnya.. sudahlah, jom masuk kelas, takyah duk tunggu diaorang, bagi bara je! Ni aku ada kelas akaun pagi-pagi ni, nanti lagi serabut otak aku." Aku terus menghampiri Devi yang masih nyenyak dibuai mimpi indahnya. "HOI! SELAMAT PAGI!! MINAH, BANGUN! DAH MASUK KELAS!!"
Kebetulan pada masa itu Cikgu Aminah berlalu di kawasan itu lalu menjelingku. Fisya segera menarikku dan menekup mulutku. "Shhhh.. awal lagi, pagi-pagi jangan cari pasal.." Cikgu berlalu sahaja sambil menggeleng kepala. Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri. "Woi, nak bunuh aku ke? Takleh nak nafas la!" "Hehe, soway.." Devi mengangkat kepalanya dengan matanya yang separuh terbuka. "Apa kecoh-kecoh?" Sakit hati.. punyalah aku kejut, baru nak bangun minah ni.. Fisya sudah terkekek-kekek ketawa melihat gaya kami.
Irene
'Alamak! Malangnya nasib. Sudahlah tertinggal senarai nama, sekarang lambat ke sekolah pula.. Kenapalah sekolah aku besar sangat?!' Aku hanya mampu menjerit dalam hati sambil marathon ke kelas. "Aduh!" Sakitnya! Aku jatuh terduduk. Habis buku dan fail yang dipegang terpelanting. "I'm sorry. Are you okay?" Aku mengangkat kepala. Alamak! Aku terpaku seketika, tidak tahu bagaimana memberi reaksi. 'Bila masa pula sekolah aku ada mat salleh?' Segeraku bangun sendiri, tidak menghiraukan tangan yang dihulur memberi bantuan. "Yes, I'm okay, thank you. I'm sorry.." "It's okay." Dia senyum sambil tunduk mengutip kertas-kertas yang jatuh bertaburan.
"You play the piano?" Soalan cepu emas itu ditanyanya apabila ternampak skor muzik yang dikutipnya itu. Baru sahaja ingin menjawab, aku terpandang kelibat Mr Steve yang sedang menuju ke kelas. Alamak! Masalah besar!! Aku segera mengambil failku daripadanya. "Thank you.. I'm sorry, I'm late for class. Bye, nice talking to you...!" Segeraku menekan pedal minyak, memecut secepat yang boleh. 'Matilah aku kalau Mr Steve tau aku terlambat.' "Good morning.." suara rakan-rakan sekelasku memecah kesunyian pagi. Aku baru sahaja sampai, menyambung ucapan tersebut bersama rakan-rakan yang lain "..Mr Steve.."
"Irene." 'Alamak, mata laser betul Mr Steve ni.. tahu pula bila aku masuk, padahal tadi dia memandang keluar dari tingkap dan tempat duduk aku paling dekat dengan pintu. Begitu pun dia perasan.' "Yes, Mr Steve?" Aku cuba menayangkan muka sepulohsen. "Please pick up the piece of paper at the corridor and throw it away." Aku memandang ke luar. 'Fuh, nasib.. Rupanya nak suruh penjaga pintu ni kutip sampah, ingatkan perasan aku mai lambat!'
Nana
Kereta mak berhenti betul-betul depan pintu pagar sekolah. Kami segera melompat turun dari kereta. Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, kereta mak terus memecut meninggalkan kami. Tinggallah kami bertiga berdiri menjawab soalan guru disiplin yang sudah terpacak depan pintu pagar sekolah, menunggu kedatangan kami. Nasiblah.. sudahlah tak sempat nak tunjuk video yang telah siap diedit, nanti mesti kena maki dengan Cindy. Ni kena berhadapan pula dengan Cikgu Laila yang sudah bercekak pinggang dengan matanya yang besar membuntang seperti buah laici.
Ni yg first bab ya
BalasPadam