Nana
"Mira..?" "Ye, mak!" aku separuh menjerit menjawab panggilan emak di dapur. Namaku Nur Amira Adriana binti Mohd Yusof. Aku seorang pelajar tingkatan empat, anak yang ketiga dalam keluarga, yang juga anak perempuan pertama bagi ibu bapaku. Aku mempunyai dua orang abang dan dua orang adik, seorang lelaki dan seorang perempuan. Abang longku bernama Amin, sekarang sedang menunggu keputusan SPM. Abang ngah calon SPM tahun ini. Ashraf namanya. Adik lelakiku dua tahun lebih muda daripadaku. Amir nama diberi. Adik perempuanku, Amimi masih belajar di sekolah rendah.
"Cepat sikit bersiap tu, nanti mak terlambat masuk kerja!!" Emak menjerit dengan cemas. "Baik, mak.." Aku segera mencapai beg sekolah dan meluru keluar dari bilikku. Kelihatan emak bergegas keluar dari dapur. Wanita separuh umur inilah emakku. Roslinda namanya. Jiran tetangga memanggilnya dengan gelaran Puan Linda manakala rakan sekerja beliau memanggilnya dengan gelaran 'Ros'. Emak seorang wanita yang bekerjaya.
Hampir setiap pagi emak kelam kabut bersiap ke tempat kerja. "Alamak, subang.. mana subang..?!" Emak meluru ke dalam bilik. Aku yang siap memakai pakaian sukan sekolah dan telah kemas menggalas beg sambil memeluk buku Sejarah menggeleng-geleng melihat telatah emak. Pada hari-hari biasa, ayah yang menghantar kami empat beradik ke sekolah. Hari ini sebelum subuh lagi ayah sudah keluar dari rumah. Katanya ada meeting dengan client dekat Kuala Lumpur.
Emak berlari keluar dari bilik. Kami empat beradik mengikut emak sampai ke pintu. Emak yang nampak sangat sememangnya akan lambat masuk kerja, dengan muka yang berkerut tiba-tiba berhenti secara mengejut. Mimi hampir terlanggar emak. Aku segera menariknya yang hilang imbangan dan hampir jatuh mencium lantai. Emak menoleh dengan cemas. Abang Ash menghulurkan kunci kereta. "Mak cari kunci ke?"
Emak mengambil kunci tersebut dan segera meluru ke arah kereta. "Cepat, sudah lambat ni.. nanti kamu semua lambat ke sekolah, mak lambat masuk kerja.." Emak berterusan mengulang ayat tersebut sejak pagi tadi lagi. Kami memang sudah masak dengan perangai emak. Emak selalu kelam kabut sebelum keluar rumah. Masa itulah ayat-ayat begitu akan sentiasa diulang. Kami hanya mengiakan sahaja walaupun kami tahu nasihat itu sebenarnya emak tujukan kepada dirinya, bukan kami yang sudah siap menunggu beliau.
Irene
Aku termenung sendirian sambil merenung jalan ke sekolah dari tingkap bas Rapid yang dinaiki. Keluhan berat dilepaskan. Aku merenung lantai bas. 'Macam mana ni? Senarai nama ahli baru tertinggal dalam bilik.. Nanti mesti Cikgu Zara marah. Sedihnya.. kenapa aku macam ni? Tak guna punya setiausaha, benda penting begini pun boleh lupa..' Sekali lagi keluhan berat aku lepaskan. Baru sahaja ingin mengangkat kepala, aku dilanggar oleh seseorang.
"Aduh!" Aku berpaling ke belakang. "Sorry!!" Seorang budak lelaki dengan beg sekolah yang besar gedabak mengangkat tangannya tanda meminta maaf sambil menyelitkan dirinya ke dalam kumpulan manusia yang sama-sama berjuang untuk bernafas dalam bas yang padat. "Aduh.. apalah.. punya besar beg sekolah.. Bawa batu ke?" Suara-suara sumbang yang tidak puas hati kerana terkena serangan beg gergasi membuatkan aku tersenyum. Apalah..
Oh ya, lupa pula nak perkenalkan diri. Namaku Loo Ai Ling. Kawan-kawan memanggilku Irene kerana kata orang, Irene lebih senang nak sebut daripada Ai Ling. Aku ikutkan sahaja. Lantak ar, asalkan bunyi asal nama aku ada. Aku pelajar tingkatan empat di SMK Tanjung Bungah. Aku ke sekolah dengan bas Rapid. Setiap hari, awal pagi aku keluar dari rumah kerana perlu munukar bas di Komtar untuk sampai ke sekolah. Mengapalah rumah aku jauh sangat dari sekolah..
tahniah intro novel yg sgt menarik...teruskan menulisnya.
BalasPadammenarik cerita ni... cerita tentang kehidupan realiti kan?? apa-apapun, saya menunggu bab yang seterusnya ^^
BalasPadamHebat arr yun sing....sorry wei...aku tak perasan Ang inbox aku.....tab aku ni pun cari pasal ...ni baru baca hehehe sorry kawan
BalasPadamNovel yg best ada sambungan lg ya
BalasPadam