Masa kecil kita selalu tengok drama Hong Kong. Seorang lelaki yang membunuh kembarnya, melarikan diri dan menghasilkan bukti bagi menuduh isteri kembarnya yang akhirnya meringkuk dalam penjara selama 5 tahun. Seorang wanita yang kuat, kawan baiknya putus cinta dan dia sentiasa ada sehingga kawan tersebut sudah menjumpai lelaki yang baik dan berkahwin lantas dia mengalami perkara yang berlaku pada kawannya sebelum ini. Lelaki berumur 30 tahun yang berfikiran seperti kanak-kanak yang akhirnya bersama perempuan yang pernah berjanji dengannya 20 tahun yang lalu. Suami isteri bercerai-berai. Semua ni. Sebagai seorang kanak-kanak yang naif, kita tonton dan mengaplikasinya dalam permainan di mana suami isteri Hello Kitta bercerai dan pindah. Sebagai seorang remaja yang bijak, kita menggunakan jalan cerita yang gempak dalam karangan dan mendapat markah yang tinggi.
Kini, sebagai seorang, tidak kira umur, biar kanak-kanak, remaja atau dewasa, kita sentiasa berfikir, apakah ianya akan berlaku pada kita atau orang-orang di sekeliling kita kelak? Kita tidak pernah berfikir sampai tahap itu tetapi telah kita alaminya dalam kehidupan kita. Telah kita lihat. Telah kita alami. Telah kita selesaikan. Telah kita belajar. Setiap perkara amat berkemungkinan untuk berlaku. Bila dan bagaimana sahaja kita tidak tahu, kerana semuanya terletak dalam tangan Tuhan.
Ianya telah berlaku. Bukan hanya dalam drama. Jangan kita lupa, cerita dalam sesetengah drama diadaptasi daripada cerita benar. Remaja tingkatan 3 couple. Lepas form 5, si wanita ke luar negara untuk belajar. Si lelaki menunggu-nunggu dalam kebimbangan. Si wanita akhirnya kembali dan mereka berkahwin. Dongeng begini bukan hanya berlaku dalam drama semata-mata. Ianya tidak mustahil. Namun, jangan kita lupa, ianya boleh berubah. Kekadang kita terlalu yakin dengan contoh depan mata sehingga kita tidak terfikir akan contoh-contoh di luar sana. Bayangkan, sekiranya suatu hari nanti, sebagai seorang remaja yang berdiri di sebelah seorang kawan baik yang telah putus cinta, apa yang kita boleh lakukan?
Kita tidak faham akan perasaan mereka. Apa yang kita tahu hanyalah mereka terseksa secara emosi. Kita akan mula tertanya-tanya, adakah ini akan berlaku pada aku suatu hari nanti? Bayangkan pula, apabila kita sebagai seorang kawan yang duduk di sebelah kawan yang buntu kerana ibu bapanya bakal bercerai, apa yang kita boleh buat? Kita kasihan akan mereka tetapi apakan daya? Kita tidak faham perasaan mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Sebagai kanak-kanak, kita tertanya-tanya, memang manusia boleh terbang ke? Dengan teknologi yang sedang maju kini, tidak mustahil pada masa 50 tahun lagi manusia akan mempunyai alatan untuk membolehkan mereka terbang. Sebagai seorang remaja, kita kuat menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup. Apakah semangat ini akan berterusan? Mampukah kita? Masa sedang berjalan. Segala-galanya sudah tidak sama seperti dulu. Semuanya sudah berubah. Manusia boleh berubah. Dunia juga sedang berubah. Adakah ianya dahsyat, sedang mendahsyat, sememangnya dahsyat atau akan menjadi dahsyat? Inilah kehidupan.
hahah smlah k.el dulu suka tgk cite hongkong..balik sekolah ngadap tv kul 6..tp skrg xlayan dah hehehe
BalasPadamanak2 yg remaja n sdang meningkat dewasa sepatutnya melalui zaman kecilnya dgn gembira tanpa fikirkan masalah mrk yg lbh dewasa...masa kecil n remaja teramat pendek...sedar2 saja masa manis sudahpun dilewati..
BalasPadamya., itu la cebisan dr kehidupan =)
BalasPadamya, masa kecik dlu akak bayangkan kehidupan org dewasa penuh dengan keseronokan..Loni apabila dah dewasa baru tahu erti kehidupan yang sebenarnya..hihihihi
BalasPadamMasa kecil memang indah, dan tak terlepas dari dongeng serta cerita indah. Kita mungkin di waktu kecil sering memimpikan hal yang terjadi dalam cerita itu akan berlaku juga pada diri kita. Tapi seiring pertumbuhan, dan jadi dewasa pola pikir. Mimpi-mimpi itu berganti dengan pemikiran yang rasional... Ah, jadi ingat masa kecil nih, setelah membaca postingannya.
BalasPadamdeep discussion..that's life
BalasPadamI almost cry again readin this post T.T dn let my stry affect ur life kawannnn
BalasPadamHaha I think it's me that is affecting you now lol.. chill la, sometimes in life we get moody out of a sudden and we don't know why. I can't stop thinking, forever thinking so I memang like that, it's not you :) Some people just open their heart to the world around them and actually feel what other people feel, and I think I'm doing it too much, just like that xD
PadamHahahaha kak ekin masa zaman sekolah layan citer korea hong kong la dan banyak lagi
BalasPadam