Stay connected kay? ^^

06 Mac 2016

Bukan Sekadar Lukisan - Bab 8


Irene

Aku duduk di kerusi sebelah katil Cindy. Kupandang wajah Cindy yang sedang nyenyak tidur. Sedih aku melihatnya. Malang nasibnya tetapi tidak dia tahu apa-apa. Tidak dia ingat apa pun. Sian Cindy, mengharapkan penjelasan tetapi bagaimana kami nak jelaskan padanya? Dia tidak ingat siapa keluarganya. Dan dalam keadaan begitu, perlukah kami tambahkan lagi kerunsingannya? Kami membuat keputusan, Cindy tidak perlu lagi tahu apa-apa, buat masa sekarang. Lebih baik dia tidak tahu...

Devi

Aku tersenyum apabila akhirnya kembali semula ke Pulau Pinang setelah lama berada di luar negeri. Rindu sangat pada tanah lahirku ini. Kejap, bukankah itu Irene? Aku tersenyum. Rancangan nakalku akan kulaksanakan. Dengan perlahan-lahan, aku melangkah ke arah Irene dari belakang. Baru sahaja ingin "menerkam"nya, Irene berpaling dengan posisi kaki kanannya yang terangkat, bersedia untuk menyerang. "Mak kau terpelanting!" Masing-masing kaku untuk beberapa saat.

Setelah beberapa saat tidak bercakap, bergerak mahupun bernafas, gelak tawa kami berhambur juga. Aku menekan perut yang sakit akibat ketawa manakala Irene yang tadinya bergaya dengan posisi yoganya yang sangat stabil terduduk di tengah jalan sambil ketawa sekuat hatinya. Kawan. Indahnya sebuah persahabatan. Kawan-kawan ialah orang yang kita selesa menunjukkan diri kita yang sebenarnya dan melakukan perkara yang di luar jangkaan bersama tanpa berasa malu di khalayak ramai.

Fisya

Aku memandang komputer riba dengan perasaan hampa. Nana, betulkah Nana dah lupakan kita semua? Setiap email yang dihantar tak pernah dibalasnya. Husnuzon.. Mungkin Nana tengah sibuk belajar, belum ada masa lagi untuk membaca email. Harap-harapnya begitu la.....

Komputer riba yang tadinya menjadi mangsa renungan penuh kesedihan dimatikan. Komputer riba diletakkan kembali pada rak buku tempatku belajar. Kududuk di meja belajar dan mencapai buku setebal kamus dan mula menyelak.

Cindy

Aku sudah mampu berjalan sendiri. Langkahku penuh hati-hati keluar dari tandas hospital. Jam di dinding kupandang sekilas. Selasa, 9 pagi. Waktu dan hari yang sentiasa berulang, setiap minggu. Masa berlalu dan tidak menunggu. Jika jangkaanku tepat, sekarang Irene sedang dalam perjalanan ke Ipoh untuk raptai pertunjukkannya malam nanti. Fisya pula sedang menuntut ilmu dalam dewan kuliah. Aku pula? Umur begini aku sepatutnya sedang berusaha menuntut ilmu atau memperjuangkan sesuatu yang dirasakan betul. Mungkin juga sedang berusaha dalam bidang-bidang tersendiri, seperti Irene. Tetapi, aku di sini. Tidak mengingati kisah silamku. Aku hanya mampu bergelut dengan diriku dan fikiranku. Perjuangan jenis apakah ini? Pelik sungguh perjuangannya.....

4 ulasan: