Al-kisahnya, semalam, dalam group WhatsApp,
Kak Nina telah meminta supaya
Yun Sing diculik untuk pusing-pusing cari makan. Masa cuti free je.. so on je.. janji pukul 12.. Awal pagi dah bangun, ajak junior a.k.a. jiran keluar jogging.. jogging separuh jalan hujan. T_T Akhirnya jadi tour guide kawasan Padang Tembak yang tidak bertauliah. Balik rumah keluar lagi, serbu kawan satu sekolah sekawasan (
Sun Ru), bagi balik buku Sejarah.. jadinya keluar makan lagi.. minum milo sambil sembang.. sampailah pukul 11 baru balik rumah..
Dah elok keluar rumah, dengan
Kak Nina main hide n seek pula.. sekolah tempat janji nak tunggu, seorang kat belah depan, seorang kat belah tepi -_- masuk kete baru tau ada sorang akak seoffice ni tunggu dalam kete.. ok.. blablablablabla first pergi belah jeti ingatkan nak wat apa, tengok2 pusing punyalah pusing bagi cari gerai ais krim ni -_- dah makan, pergi sampai QueensBay.. ok ni eksited ok, first time masuk QueensBay. Ok, jangan terkejut, memang FIRST TIME masuk QueensBay! Masuk QueensBay, pusing pula kat Lower Ground, cari kedai Dave Deli.. orderlah makanan kami bertiga.. makan punyalah sampai licin..
Then duduk je dalam kete, nak bawa pergi mana tak kisah.. sambil tu blogwalking kat belakang tu.. angkat-angkat kepala, dah ada kat belah art street balik. Ingatkan nak naik basikal seperti yang dirancangkan.. tengok-tengok pusing punyalah pusing ingatkan nak cari parking then jalan pergi kedai sewa basikal.. tengok-tengok tengah cari kedai ni.. hadeh.. makan lagi?! Hmm.. ikut je..... masuk-masuk buat gila, snap beribu riban gambar nak buat review kat blog.
Ni eksited, nak amek gambar terscreenshot (gambar teaser)
Pastu masa ni la jalan-jalan cari makan bertukar menjadi jalan-jalan cari pasal..! Ingat kawasan tu dekat je dengan Komtar, minta diturunkan kat Komtar, nak pergi Maybank.. pastu ingat tak nak menyusahkan akak dua orang ni, nak balik je dengan Rapid.. sampai kat satu selekoh mulut ternganga seluas-luasnya..
'Eh.. bukan.. bukan.. bukan pusing.. pu.. pu.. pusing.. kiri ke?' 'Arr.. biarlah.. hg bukannya drive pun.. hg naik bas Rapid, tido, sampai, tekan loceng, turun.. taulah Kak Nina nak pergi mana.. hish.. diam
Yun Sing, diam..'
Semakin lama..
'Eh.. ni bukan jalan ke Gurney ke? Hmm..'
'hmm.. ni jalan panjang ni.. tadi kalau pusing kiri sampai kwot kat Komtar.. takpe, sini boleh pergi gak..'
Selepas seketika..
'Eh.. tu.. bukan.. weyh! Ni Tanjong Tokong laa.. Kak Ninaaaa T_T'
Jalan jem, pusing balik.. then tak tau dah.. macam ooh ni kat kawasan ni, Komtar dekat dah tapi jalan nak pergi tak tau. Duduk je kat belakang muka stress xD Tengok-tengok, sedar tak sedar, dah 3 kali pusing lalu Gurney..
Muka stress gila. Haha. Bukan sebab dah lambat balik rumah.. tak lambat pun actually haha. Cuma diselubungi rasa bersalah sebab satgi akak dua orang ni nak kena balik seberang lagi, hari pun dah gelap. Akhirnya, sampai Komtar...blablablablabla, nak balik rumah dah.. pusing2 keluar
'eh.. ni bukan jalan balik rumah laa..' *tengok kiri kanan* 'Kak Nina!! Kak Nina sedang menuju ke arah Gurney lagi T_T janganlah pusing 3 kali lagi.. huhuhu :'('
Blablablablabla then fuh.. tak masuk jalan nak py Gurney..
'kita sedang menuju balik ke arah Komtar.. hmm..'Then akhirnya blablabla, masuk jalan2 yg tidak kuketahui wujud, sampailah jalan yang ku kenali..
'huhu finally T-T jalan balik rumah..'
Sampai satu selekoh.. 'Kak Nina tau kan, kena belok kanan? Tau kwot.. tu, signal on..' tiba-tiba off signal, pergi straight.. akhirnya Yun Sing bersuara "Kak Nina, actually kan, tadi kena pusing kat situ" (sebenarnya belok la mangkuk.. cakap pusing, mestilah akak driver sorang ni blur!) "Ha? Kena puting.. eh puting pula.. pusing.. kena pusing ke?" "Eh, maps ni kata pergi straight je.." Me: *dalam hati* 'Waves, google maps atau apa sahaja gelaranmu, kenapa mu tunjuk org jalan jauh T-T dari tengah hari masa mula keluar tadi dah perasan.. banyak je jalan dekat tapi kami pusing jalan jauh..'
Akhirnya sampai rumah.. tanya soalan bodoh "Tau kan camne nak keluar?" jalan jalan dengar hon.. Pusing-pusing 'hadeh.. harapnya akak-akak dua orang ni sampai awal la kat rumah..'
Sincerely: Thanks
Kak Nina, sebab bawa Yun Sing keluar jalan-jalan harini.. Yun Sing mintak maap sangat-sangat sebab banyak menyusahkan akak.. and thanks sebab belanja makan.. nak bayar untuk diri dikatakan nak belanja orang yang dah keje.. hmm.. ok.. harini telah dibelanja oleh 3 orang.. kenyanglah makannya.. kalau
Yun Sing yang dulu sudah 3 manusia ni dikejar dengan pisau, dipaksa untuk menerima duit (huhu taklah guna pisau.. ianya hiperbola untuk mendesak saja) tapi sekarang dah serik.. orang taknak terima, kita takyah duk paksa -_- akan kucari cara untuk membayar kalian di kemudian hari.. (ku tak janji..) haha..
P/S: Sorry
Kak Nina, mesti stress dengan budak pekak ni kan? Kat kete cakap apa pun tak dengar.. Sorry la, sy ni memang pekak sikit, radio kuat, apa pun tak dengar hee :3