Stay connected kay? ^^

29 September 2015

6 Hari Sahaja Lagi..


Motivation is what gets you started.
Habit is what keeps you going.

- Jim Ryun

6 hari lagi nak periksa dah.. peperiksaan akhir tahun SMK (P) St. George! Jiayork! Fighting :D

P/S: Huhu.. selalu exam kami lagi awal dari sekolah lain T_T

27 September 2015

Selamat Tinggal Kenangan


Selamat tinggal cuti sekolah.. akan ku merinduimu.. (eh macam nak halau je, kenapa letak gambar kat sekolah?) Esok nak mula sekolah dah.. penatnya .__. Kita positif!! YEAY KEMBALI KE SEKOLAH :D (Ok poyo haha)

P/S: 5 Oktober nanti peperiksaan akhir tahun..

25 September 2015

Bukan Sekadar Lukisan - Bab 2

Bab 1

Cindy

"Mana perginya manusia dua orang ni.. Takleh harap langsung! Janji nak mai awal, bincang tentang video persaraan tu. Sekarang? Loceng nak bunyi dah, batang hidung pun belum nampak." Aku menjadi tidak senang duduk. KRINGGGGG...!!! Aku terlompat apabila loceng berbunyi. Dua orang junior yang pada masa itu sedang berjalan ke kelas mereka memandangku pelik. "Apa pandang-pandang?" Mereka menundukkan kepala dan segera berlalu dari situ.

Inilah aku. Siapa yang tidak mengenaliku, Cindy Lam Xin Dee, kakak senior yang garang, pelajar yang bermulut laser, pelajar tomboy SMKTB. Senior-senior dah sedia maklum, kawan-kawan rapatku tidak boleh dibuli. Kalau tak, buruk padahnya. "Sudah-sudahlah, tak perlulah kecoh-kecoh pagi-pagi camni.." Fisya menegur. "Argh! Serabutnya.. sudahlah, jom masuk kelas, takyah duk tunggu diaorang, bagi bara je! Ni aku ada kelas akaun pagi-pagi ni, nanti lagi serabut otak aku." Aku terus menghampiri Devi yang masih nyenyak dibuai mimpi indahnya. "HOI! SELAMAT PAGI!! MINAH, BANGUN! DAH MASUK KELAS!!"

Kebetulan pada masa itu Cikgu Aminah berlalu di kawasan itu lalu menjelingku. Fisya segera menarikku dan menekup mulutku. "Shhhh.. awal lagi, pagi-pagi jangan cari pasal.." Cikgu berlalu sahaja sambil menggeleng kepala. Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri. "Woi, nak bunuh aku ke? Takleh nak nafas la!" "Hehe, soway.." Devi mengangkat kepalanya dengan matanya yang separuh terbuka. "Apa kecoh-kecoh?" Sakit hati.. punyalah aku kejut, baru nak bangun minah ni.. Fisya sudah terkekek-kekek ketawa melihat gaya kami.

Irene

'Alamak! Malangnya nasib. Sudahlah tertinggal senarai nama, sekarang lambat ke sekolah pula.. Kenapalah sekolah aku besar sangat?!' Aku hanya mampu menjerit dalam hati sambil marathon ke kelas. "Aduh!" Sakitnya! Aku jatuh terduduk. Habis buku dan fail yang dipegang terpelanting. "I'm sorry. Are you okay?" Aku mengangkat kepala. Alamak! Aku terpaku seketika, tidak tahu bagaimana memberi reaksi. 'Bila masa pula sekolah aku ada mat salleh?' Segeraku bangun sendiri, tidak menghiraukan tangan yang dihulur memberi bantuan. "Yes, I'm okay, thank you. I'm sorry.." "It's okay." Dia senyum sambil tunduk mengutip kertas-kertas yang jatuh bertaburan.

"You play the piano?" Soalan cepu emas itu ditanyanya apabila ternampak skor muzik yang dikutipnya itu. Baru sahaja ingin menjawab, aku terpandang kelibat Mr Steve yang sedang menuju ke kelas. Alamak! Masalah besar!! Aku segera mengambil failku daripadanya. "Thank you.. I'm sorry, I'm late for class. Bye, nice talking to you...!" Segeraku menekan pedal minyak, memecut secepat yang boleh. 'Matilah aku kalau Mr Steve tau aku terlambat.' "Good morning.." suara rakan-rakan sekelasku memecah kesunyian pagi. Aku baru sahaja sampai, menyambung ucapan tersebut bersama rakan-rakan yang lain "..Mr Steve.."

"Irene." 'Alamak, mata laser betul Mr Steve ni.. tahu pula bila aku masuk, padahal tadi dia memandang keluar dari tingkap dan tempat duduk aku paling dekat dengan pintu. Begitu pun dia perasan.' "Yes, Mr Steve?" Aku cuba menayangkan muka sepulohsen. "Please pick up the piece of paper at the corridor and throw it away." Aku memandang ke luar. 'Fuh, nasib.. Rupanya nak suruh penjaga pintu ni kutip sampah, ingatkan perasan aku mai lambat!'

Nana

Kereta mak berhenti betul-betul depan pintu pagar sekolah. Kami segera melompat turun dari kereta. Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, kereta mak terus memecut meninggalkan kami. Tinggallah kami bertiga berdiri menjawab soalan guru disiplin yang sudah terpacak depan pintu pagar sekolah, menunggu kedatangan kami. Nasiblah.. sudahlah tak sempat nak tunjuk video yang telah siap diedit, nanti mesti kena maki dengan Cindy. Ni kena berhadapan pula dengan Cikgu Laila yang sudah bercekak pinggang dengan matanya yang besar membuntang seperti buah laici.

24 September 2015

Jalan-jalan Cari Pasal

Al-kisahnya, semalam, dalam group WhatsApp, Kak Nina telah meminta supaya Yun Sing diculik untuk pusing-pusing cari makan. Masa cuti free je.. so on je.. janji pukul 12.. Awal pagi dah bangun, ajak junior a.k.a. jiran keluar jogging.. jogging separuh jalan hujan. T_T Akhirnya jadi tour guide kawasan Padang Tembak yang tidak bertauliah. Balik rumah keluar lagi, serbu kawan satu sekolah sekawasan (Sun Ru), bagi balik buku Sejarah.. jadinya keluar makan lagi.. minum milo sambil sembang.. sampailah pukul 11 baru balik rumah..


Dah elok keluar rumah, dengan Kak Nina main hide n seek pula.. sekolah tempat janji nak tunggu, seorang kat belah depan, seorang kat belah tepi -_- masuk kete baru tau ada sorang akak seoffice ni tunggu dalam kete.. ok.. blablablablabla first pergi belah jeti ingatkan nak wat apa, tengok2 pusing punyalah pusing bagi cari gerai ais krim ni -_- dah makan, pergi sampai QueensBay.. ok ni eksited ok, first time masuk QueensBay. Ok, jangan terkejut, memang FIRST TIME masuk QueensBay! Masuk QueensBay, pusing pula kat Lower Ground, cari kedai Dave Deli.. orderlah makanan kami bertiga.. makan punyalah sampai licin..


Then duduk je dalam kete, nak bawa pergi mana tak kisah.. sambil tu blogwalking kat belakang tu.. angkat-angkat kepala, dah ada kat belah art street balik. Ingatkan nak naik basikal seperti yang dirancangkan.. tengok-tengok pusing punyalah pusing ingatkan nak cari parking then jalan pergi kedai sewa basikal.. tengok-tengok tengah cari kedai ni.. hadeh.. makan lagi?! Hmm.. ikut je..... masuk-masuk buat gila, snap beribu riban gambar nak buat review kat blog.

Ni eksited, nak amek gambar terscreenshot (gambar teaser)

Pastu masa ni la jalan-jalan cari makan bertukar menjadi jalan-jalan cari pasal..! Ingat kawasan tu dekat je dengan Komtar, minta diturunkan kat Komtar, nak pergi Maybank.. pastu ingat tak nak menyusahkan akak dua orang ni, nak balik je dengan Rapid.. sampai kat satu selekoh mulut ternganga seluas-luasnya..

'Eh.. bukan.. bukan.. bukan pusing.. pu.. pu.. pusing.. kiri ke?' 'Arr.. biarlah.. hg bukannya drive pun.. hg naik bas Rapid, tido, sampai, tekan loceng, turun.. taulah Kak Nina nak pergi mana.. hish.. diam Yun Sing, diam..'

Semakin lama..

'Eh.. ni bukan jalan ke Gurney ke? Hmm..'

'hmm.. ni jalan panjang ni.. tadi kalau pusing kiri sampai kwot kat Komtar.. takpe, sini boleh pergi gak..'

Selepas seketika..

'Eh.. tu.. bukan.. weyh! Ni Tanjong Tokong laa.. Kak Ninaaaa T_T'

Jalan jem, pusing balik.. then tak tau dah.. macam ooh ni kat kawasan ni, Komtar dekat dah tapi jalan nak pergi tak tau. Duduk je kat belakang muka stress xD Tengok-tengok, sedar tak sedar, dah 3 kali pusing lalu Gurney..

Muka stress gila. Haha. Bukan sebab dah lambat balik rumah.. tak lambat pun actually haha. Cuma diselubungi rasa bersalah sebab satgi akak dua orang ni nak kena balik seberang lagi, hari pun dah gelap. Akhirnya, sampai Komtar...blablablablabla, nak balik rumah dah.. pusing2 keluar

'eh.. ni bukan jalan balik rumah laa..' *tengok kiri kanan* 'Kak Nina!! Kak Nina sedang menuju ke arah Gurney lagi T_T janganlah pusing 3 kali lagi.. huhuhu :'('

Blablablablabla then fuh.. tak masuk jalan nak py Gurney..

'kita sedang menuju balik ke arah Komtar.. hmm..'Then akhirnya blablabla, masuk jalan2 yg tidak kuketahui wujud, sampailah jalan yang ku kenali..

'huhu finally T-T jalan balik rumah..'

Sampai satu selekoh.. 'Kak Nina tau kan, kena belok kanan? Tau kwot.. tu, signal on..' tiba-tiba off signal, pergi straight.. akhirnya Yun Sing bersuara "Kak Nina, actually kan, tadi kena pusing kat situ" (sebenarnya belok la mangkuk.. cakap pusing, mestilah akak driver sorang ni blur!) "Ha? Kena puting.. eh puting pula.. pusing.. kena pusing ke?" "Eh, maps ni kata pergi straight je.." Me: *dalam hati* 'Waves, google maps atau apa sahaja gelaranmu, kenapa mu tunjuk org jalan jauh T-T dari tengah hari masa mula keluar tadi dah perasan.. banyak je jalan dekat tapi kami pusing jalan jauh..'

Akhirnya sampai rumah.. tanya soalan bodoh "Tau kan camne nak keluar?" jalan jalan dengar hon.. Pusing-pusing 'hadeh.. harapnya akak-akak dua orang ni sampai awal la kat rumah..'


Sincerely: Thanks Kak Nina, sebab bawa Yun Sing keluar jalan-jalan harini.. Yun Sing mintak maap sangat-sangat sebab banyak menyusahkan akak.. and thanks sebab belanja makan.. nak bayar untuk diri dikatakan nak belanja orang yang dah keje.. hmm.. ok.. harini telah dibelanja oleh 3 orang.. kenyanglah makannya.. kalau Yun Sing yang dulu sudah 3 manusia ni dikejar dengan pisau, dipaksa untuk menerima duit (huhu taklah guna pisau.. ianya hiperbola untuk mendesak saja) tapi sekarang dah serik.. orang taknak terima, kita takyah duk paksa -_- akan kucari cara untuk membayar kalian di kemudian hari.. (ku tak janji..) haha..

P/S: Sorry Kak Nina, mesti stress dengan budak pekak ni kan? Kat kete cakap apa pun tak dengar.. Sorry la, sy ni memang pekak sikit, radio kuat, apa pun tak dengar hee :3

23 September 2015

Wordless Wednesday #3 - Once a Georgian Forever a Georgian


22 September 2015

Bekerja sendiri


Cuti sekolah ni lapang sikit nak baca surat khabar. Tadi terbaca satu artikel tentang bekerja sendiri. Antara isi pentingnya:-

1. Ramai remaja zaman sekarang suka bekerja sendiri kerana masa kerja yang tidak terikat.
2. Dijangka banyak syarikat besar akan lebih memilih untuk berurusan dengan freelance worker daripada mengambil pekerja tetap disebabkan keadaan ekonomi.
3. Kenyataan yang menakutkan bagi orang yang bekerja sendiri- mereka tidak tahu bila duit akan masuk.
4. Ramai yang bekerja sendiri tidak terfikir untuk menyimpan duit untuk masa depan dengan tiadanya EPF.

Sebenarnya artikel tersebut menggalakkan mereka yang bekerja sendiri untuk menabung untuk masa depan.

Sebenarnya Yun Sing pernah terfikir untuk bekerja sendiri tapi entahlah.. banyak yang kita boleh buat, antaranya:-

- designer
- penulis
- baker
- pemuzik
- pelukis

etc.

Apakah perancangan masa depan anda? Cer kongsi?

Sumber: Surat khabar The Star 22 September 2015

21 September 2015

All of Me - John Legend


Verse 1:

What would I do without your smart mouth
Drawing me in and you kicking me out
You've got my head spinning, no kidding
I can't pin you down
What's going on in that beautiful mind
I'm on your magical mystery ride
and I'm so dizzy
Don't know what hit me
but I'll be alright

Pre-Chorus:

My head's under water but I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

Chorus:

Cause all of me loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose, I'm winning
Cause I give you all of me
And you give me all of you, ooh

Verse 2:

How many times do I have to tell you
Even when you're crying you're beautiful too
The world is beating you down
I'm around through every mood
You're my downfall, you're my muse
My worst distraction, my rythm and blues
I can't stop singing
It's ringing in my head for you

*Repeat Pre-Chorus*

*Repeat Chorus*

Bridge:

Give me all of you
Cards on the table, we both showing hearts
Risking it all, though it's hard

Chorus:

Cause all of me love all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose, I'm winning
Cause I give you all of me
And you give me all of you

And I give you all of me
And you give me all of you, ooh

20 September 2015

Bukan Sekadar Lukisan - Bab 1

Nana

"Mira..?" "Ye, mak!" aku separuh menjerit menjawab panggilan emak di dapur. Namaku Nur Amira Adriana binti Mohd Yusof. Aku seorang pelajar tingkatan empat, anak yang ketiga dalam keluarga, yang juga anak perempuan pertama bagi ibu bapaku. Aku mempunyai dua orang abang dan dua orang adik, seorang lelaki dan seorang perempuan. Abang longku bernama Amin, sekarang sedang menunggu keputusan SPM. Abang ngah calon SPM tahun ini. Ashraf namanya. Adik lelakiku dua tahun lebih muda daripadaku. Amir nama diberi. Adik perempuanku, Amimi masih belajar di sekolah rendah.

"Cepat sikit bersiap tu, nanti mak terlambat masuk kerja!!" Emak menjerit dengan cemas. "Baik, mak.." Aku segera mencapai beg sekolah dan meluru keluar dari bilikku. Kelihatan emak bergegas keluar dari dapur. Wanita separuh umur inilah emakku. Roslinda namanya. Jiran tetangga memanggilnya dengan gelaran Puan Linda manakala rakan sekerja beliau memanggilnya dengan gelaran 'Ros'. Emak seorang wanita yang bekerjaya.

Hampir setiap pagi emak kelam kabut bersiap ke tempat kerja. "Alamak, subang.. mana subang..?!" Emak meluru ke dalam bilik. Aku yang siap memakai pakaian sukan sekolah dan telah kemas menggalas beg sambil memeluk buku Sejarah menggeleng-geleng melihat telatah emak. Pada hari-hari biasa, ayah yang menghantar kami empat beradik ke sekolah. Hari ini sebelum subuh lagi ayah sudah keluar dari rumah. Katanya ada meeting dengan client dekat Kuala Lumpur.

Emak berlari keluar dari bilik. Kami empat beradik mengikut emak sampai ke pintu. Emak yang nampak sangat sememangnya akan lambat masuk kerja, dengan muka yang berkerut tiba-tiba berhenti secara mengejut. Mimi hampir terlanggar emak. Aku segera menariknya yang hilang imbangan dan hampir jatuh mencium lantai. Emak menoleh dengan cemas. Abang Ash menghulurkan kunci kereta. "Mak cari kunci ke?"

Emak mengambil kunci tersebut dan segera meluru ke arah kereta. "Cepat, sudah lambat ni.. nanti kamu semua lambat ke sekolah, mak lambat masuk kerja.." Emak berterusan mengulang ayat tersebut sejak pagi tadi lagi. Kami memang sudah masak dengan perangai emak. Emak selalu kelam kabut sebelum keluar rumah. Masa itulah ayat-ayat begitu akan sentiasa diulang. Kami hanya mengiakan sahaja walaupun kami tahu nasihat itu sebenarnya emak tujukan kepada dirinya, bukan kami yang sudah siap menunggu beliau.

Irene

Aku termenung sendirian sambil merenung jalan ke sekolah dari tingkap bas Rapid yang dinaiki. Keluhan berat dilepaskan. Aku merenung lantai bas. 'Macam mana ni? Senarai nama ahli baru tertinggal dalam bilik.. Nanti mesti Cikgu Zara marah. Sedihnya.. kenapa aku macam ni? Tak guna punya setiausaha, benda penting begini pun boleh lupa..' Sekali lagi keluhan berat aku lepaskan. Baru sahaja ingin mengangkat kepala, aku dilanggar oleh seseorang.

"Aduh!" Aku berpaling ke belakang. "Sorry!!" Seorang budak lelaki dengan beg sekolah yang besar gedabak mengangkat tangannya tanda meminta maaf sambil menyelitkan dirinya ke dalam kumpulan manusia yang sama-sama berjuang untuk bernafas dalam bas yang padat. "Aduh.. apalah.. punya besar beg sekolah.. Bawa batu ke?" Suara-suara sumbang yang tidak puas hati kerana terkena serangan beg gergasi membuatkan aku tersenyum. Apalah..

Oh ya, lupa pula nak perkenalkan diri. Namaku Loo Ai Ling. Kawan-kawan memanggilku Irene kerana kata orang, Irene lebih senang nak sebut daripada Ai Ling. Aku ikutkan sahaja. Lantak ar, asalkan bunyi asal nama aku ada. Aku pelajar tingkatan empat di SMK Tanjung Bungah. Aku ke sekolah dengan bas Rapid. Setiap hari, awal pagi aku keluar dari rumah kerana perlu munukar bas di Komtar untuk sampai ke sekolah. Mengapalah rumah aku jauh sangat dari sekolah..

17 September 2015

Bukan Sekadar Lukisan

Janji harus ditepati, kata-kata perlu dikotakan. Dari dulu lagi Yun Sing asyik nak buat novel la, cerpen la, ini la, itu la, asyik tak jadi je.. Jadi akhirnya, Yun Sing bertekad untuk mengambil langkah pertama. Tajuk novel yang akan datang - "Bukan Sekadar Lukisan". Nak buat front cover tapi entahlah nak buat camna. Esok lusa nanti Yun Sing free sikit ty upkan Bab 1 ye ^^

Cerita ini tak dirancang pun jalan ceritanya, jadi tiada sipnopsis. Maaf ye.. Setiap bab diubah secara spontan, mengikut mood semasa. Tahu, tak patut begitu tapi sekarang ni busy sikit. Nak plan perlukan masa, jadi, kita merepek dulu, tengok kalau cerita ni jadi, lain kali boleh buat lagi ^^

Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi blog ini. ^^ <3

14 September 2015

Kehidupan .

Masa kecil kita selalu tengok tv.. pelbagai drama dan wayang telah kita tonton. Banyak buku telah kita baca. Kanak-kanak memang tidak boleh lari daripada menonton kartun. Tapak sulaiman tinggal dalam batu dan span tinggal dalam nenas. Lima sahabat yang bersama-sama menumpaskan kejahatan. Seorang remaja biasa yang tetiba mendapat kuasa ajaib. Sebagai kanak-kanak, kita tertanya-tanya, adakah alam misteri wujud? Apakah manusia boleh mempunyai kuasa ajaib/luar biasa? Bolehkah ia beraku dan adakah ia telah berlaku tanpa pengetahuan kita? Adakah kita akan mendapat kuasa ajaib suatu hari nanti? Sehebat-hebat alam fantasi kanak-kanak, akhirnya akan terhapus jua dek pertumbuhan yang menyebabkan matangnya fikiran seseorang, yang dikatakan mampu membuat keputusan berdasarkan pertimbangan yang rasional, sebagai seorang remaja.

Masa kecil kita selalu tengok drama Hong Kong. Seorang lelaki yang membunuh kembarnya, melarikan diri dan menghasilkan bukti bagi menuduh isteri kembarnya yang akhirnya meringkuk dalam penjara selama 5 tahun. Seorang wanita yang kuat, kawan baiknya putus cinta dan dia sentiasa ada sehingga kawan tersebut sudah menjumpai lelaki yang baik dan berkahwin lantas dia mengalami perkara yang berlaku pada kawannya sebelum ini. Lelaki berumur 30 tahun yang berfikiran seperti kanak-kanak yang akhirnya bersama perempuan yang pernah berjanji dengannya 20 tahun yang lalu. Suami isteri bercerai-berai. Semua ni. Sebagai seorang kanak-kanak yang naif, kita tonton dan mengaplikasinya dalam permainan di mana suami isteri Hello Kitta bercerai dan pindah. Sebagai seorang remaja yang bijak, kita menggunakan jalan cerita yang gempak dalam karangan dan mendapat markah yang tinggi.

Kini, sebagai seorang, tidak kira umur, biar kanak-kanak, remaja atau dewasa, kita sentiasa berfikir, apakah ianya akan berlaku pada kita atau orang-orang di sekeliling kita kelak? Kita tidak pernah berfikir sampai tahap itu tetapi telah kita alaminya dalam kehidupan kita. Telah kita lihat. Telah kita alami. Telah kita selesaikan. Telah kita belajar. Setiap perkara amat berkemungkinan untuk berlaku. Bila dan bagaimana sahaja kita tidak tahu, kerana semuanya terletak dalam tangan Tuhan.

Ianya telah berlaku. Bukan hanya dalam drama. Jangan kita lupa, cerita dalam sesetengah drama diadaptasi daripada cerita benar. Remaja tingkatan 3 couple. Lepas form 5, si wanita ke luar negara untuk belajar. Si lelaki menunggu-nunggu dalam kebimbangan. Si wanita akhirnya kembali dan mereka berkahwin. Dongeng begini bukan hanya berlaku dalam drama semata-mata. Ianya tidak mustahil. Namun, jangan kita lupa, ianya boleh berubah. Kekadang kita terlalu yakin dengan contoh depan mata sehingga kita tidak terfikir akan contoh-contoh di luar sana. Bayangkan, sekiranya suatu hari nanti, sebagai seorang remaja yang berdiri di sebelah seorang kawan baik yang telah putus cinta, apa yang kita boleh lakukan?

Kita tidak faham akan perasaan mereka. Apa yang kita tahu hanyalah mereka terseksa secara emosi. Kita akan mula tertanya-tanya, adakah ini akan berlaku pada aku suatu hari nanti? Bayangkan pula, apabila kita sebagai seorang kawan yang duduk di sebelah kawan yang buntu kerana ibu bapanya bakal bercerai, apa yang kita boleh buat? Kita kasihan akan mereka tetapi apakan daya? Kita tidak faham perasaan mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Sebagai kanak-kanak, kita tertanya-tanya, memang manusia boleh terbang ke? Dengan teknologi yang sedang maju kini, tidak mustahil pada masa 50 tahun lagi manusia akan mempunyai alatan untuk membolehkan mereka terbang. Sebagai seorang remaja, kita kuat menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup. Apakah semangat ini akan berterusan? Mampukah kita? Masa sedang berjalan. Segala-galanya sudah tidak sama seperti dulu. Semuanya sudah berubah. Manusia boleh berubah. Dunia juga sedang berubah. Adakah ianya dahsyat, sedang mendahsyat, sememangnya dahsyat atau akan menjadi dahsyat? Inilah kehidupan.

09 September 2015

Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie 2015 #1


Klik banner

Wordless Wednesday #2


08 September 2015

Cerita UPSR

Seperti yang semua sedia maklum, sekarang ini sedang berlangsung peperiksaan ini.. UPSR. Walaupun sudah masuk hari kedua, saya dengan ikhlasnya mendoakan adik-adik yang sedang menghadapi UPSR ni. Semoga berjaya ye.. Sebenarnya entri ini berunsur nostalgia sikit.

Teringat masa 4 tahun yang lalu, sewaktu daku masih budak hingusan yang naif (amboi ayat).. ya, betul. Pada 13 September 2011, telah berlangsungnya UPSR bagi kami batch '99. Amboi, ingat ye tarikh. Mestilaa.. Peperiksaan ni sehari selepas birthday kawan. Ingat lagi cara dia meroyan sebab tak dapat sambut birthday, terpaksa belajar hahaha.


Masa tu kalau tak silap, dua bulan sebelum exam, my mum dah haramkan facebook dalam rumah. Cikgu-cikgu semua pesan supaya belajar rajin-rajin. Ingat lagi pada sorang cikgu ni.. Beliau kata "Sekarang ni belajarlah elok-elok. Kalau tak, nanti menyesal tak berguna. Sekarang ni kamu semua kerja belajar je. Lepas UPSR lantak la nak buat apa. Nak masuk bakul angkat sendiri pun boleh." Lebih kurang camtu la, cikgu tu cakap (tak ingat sangat).

Ok yang tu lawak. Patut ke guna peribahasa nak terangkan pada budak-budak yang diaorang boleh buat apa-apa je.. Hmm.. memang kami yang takde kerja sangat ni lepas UPSR memang cari bakul, masuk dalam tu cuba angkat.. HAHAHA! Bukan naif sangat sampai tak faham cikgu tu nak cakap apa.., cuma saja.. tau kan, budak-budak..... Pastu UPSR dapat 5A yeay!

Dari sekolah rendah lagi sampai sekarang, memang Maths lagi bagus dari Sains. Setiap kali kat sekolah Maths dapat 99% camtu la.. Cikgu tu ty macam.. "Mengapa cuai sangat kamu, Yun Sing.. semua ok dah.. perfect dah.. mai kat sini, tak letak unit.. kenapa mesti salah sikit bagi hilang satu markah setiap exam?!" Tengok, cikgu pun tumpang stress haha. Sains pula takyah cakap.. kelas tambahan tak masuk kelas. Budak perempuan kelas pertama lepak ngan budak lelaki kelas keempat kat tempat larangan, lepas Sains baru masuk kelas.. ish ish ish.. memang buruk perangai..


Mai sekolah menangah seperti biasa, Maths ok je.. tak bagus sangat dah, sebab tak selalu buat latihan. Masih tak berapa nak minat Sains, seperti biasa.. Tapi bezanya, masa sekolah rendah walaupun tak minat, result elok. Sekolah menengah Sains memang takde harapan, takyah tengok.. PT3 dapat B.. tu pun dah kira keajaiban berlaku. Mai dekat form 4, tersesat kat Sains stream. Bio dan Chemi cukup-cukup makan, Physics sustain B setiap exam haha. (maklumlah subjek sains kira-kira)

Ok tu je cerita perjalanan hidup seorang pelajar yang boring iaitu Yun Sing *tepuk* Korang pula? Citer ler ciket?

P/S: UPSR korang berapa A? Share sikit? ;)

07 September 2015

#BloggerUtara

Di sini.. mendaratnya.. *drum roll*

BANNER

#BLOGGERUTARA!!


Akan duduk di side bar blog mulai hari ini :)

Saja je buat grand..

05 September 2015

Top Commenter August






Kasihku Amani












emi izzeyda diary's

8. paridah (2)

karya ku : paridah ishak

9. Dunia Zumal (2)



Terima kasih ye semua ^^ Seperti biasa, top 3 sila hantar alamat melalui media pilihan. Terpulanglah, nak PM facebook page ke, nak PM facebook ke, nak WhatsApp ke, nak email ke.. :) Maaf ye, yang bulan sebelumnya belum post lagi.. stok takde.. otw nak order bahan mentah.. harap bersabar ye (hehe)

Seperti biasa, 10 blog yang tersenarai ini akan dimasukkan dalam bloglist. Bolehlah terjah mereka ni ya.. Tekan screenshot/header blog untuk ke blog. No. 10, maaf, tak jumpa blog.. kalau anda nampak entri ni bolehlah komen link blog ye, terima kasih ^^

03 September 2015

Dot com Dot my

Pada malam yang indah ini.. (buat ayat berbungga-bungga tak jadi). Yun Sing buka blog. ARGHHH!!! APA YANG TELAH BERLAKU?! Tengah taip entri top commentar (amboi) tetiba nampak......

Ye, tau.. semua dah tau.. Yun Sing yang terlebih kecoh..

blogspot.com

telah

menjadi

blogspot.my

Kecoh-kecoh satu dunia.. yeah.. Haha Yun Sing nak sambung buat homework.. esoklah ye, publish entri yang tergendala tadi ^^ Tata~

02 September 2015

Wordless Wednesday #1


01 September 2015

Blogwalking

Dulu dan kini. Masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Semuanya sudah berubah... Ianya tidak sama lagi.. (amboi ayat)

Kalau tahun lepas masa ni Yun Sing rajin berblogwalking. Setiap blog masuk, setiap blog komen, setiap blog dapat top commenter. Dahlah nak PT3 masa tu.. Sekarang ni Form 4.. bukannya nak SPM pun lagi tapi lagak dah lebih busy dari pelajar yang bakal SPM. Nak blogwalking, masa tak mengizinkan (buat ayat berbunga-bunga sikit). Sehari satu blog je la yang mampu.. tu pun guna fon. Nak harapkan lappy nak blogwalking, memang dah melayang segala benda. Lappy kena virus, buka satu page, lima iklan keluar. Tak ke bara...

Ok.. Dah masuk bulan September.. bloglist bulan lepas macam buat hiasan je.. so.. Yun Sing nak mulakan misi blogwalking ^^ Top commenter bulan lepas ty up esok kwot.. soway.. ^^"


Kita terjah sorang-sorang!! :D

*pause*

Guna phone.

Haha.

Jomlah terjah mereka yang rajin komen ni sekali :)