Stay connected kay? ^^

19 November 2018

Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K.

KLIK BANNER UNTUK KE ENTRI SEGMEN

Tarikh tamat: 12 Dec 2018

Horoscope

Hai~

Post ni sy bukan nak cite pasal horoscope ya.. bukan nak jadi tukang nasib gak ya.. Belakangan ni sy selalu ja cari info pasal ni. Yang sy nampak, biasanya yang paling banyak refer horoscope ni masyarakat mat salleh.. dah cakap sampai star sign, moon sign dan rising sign. Kalau masyarakat Cina, ada juga yang refer ni, tapi masuk lagi la tahun kelahiran serta feng shui.

Image result for horoscope

Sy rasa kekadang bila refer horoscope ni memang boleh memahami seseorang dengan lebih mendalam.

Tapi, sy heran..

Kalau masyarakat Melayu.. atau.. Islam.. korang percaya tak semua ni?

Question of the day tu ^^"

Cer cite ya, leave your comment.

Thanks~ Adios...

17 November 2018

Segmen Blog Review 2018

KLIK BANNER UNTUK KE ENTRI SEGMEN

Tarikh tamat: 24 Disember 2018

Drama review : Perfect Wife

Image result for perfect wife drama

Sypnopsis:

Watak utama ni pekerja kat firma peguam. Beliau seorang wanita yang bekerjaya dan tabah. Suatu hari, beliau bertemu dengan seorang perempuan yang baik sangat padanya. Makin difikir makin pelik jadinya. Wanita tu nak sangat depa sekeluarga pindah ke rumah mewahnya yang besar dengan sewa yang murah. Pastu suami watak utama ni curang kat dia dengan wanita lain kat luar. Banyak yang berlaku dan ianya seperti ada kaitan dengan wanita yang sewa rumah kepada mereka ni. Apakah kaitan wanita ni dengan keluarga mereka? Dan apakah yang berlaku seterusnya? Adakah suami isteri ni terus bersama demi anak-anak atau bercerai? Siapakah dalang di sebalik semua kejadian pelik ini dan apakah motifnya?

------

Nak tau , tontonlah drama ni. Sebenarnya drama ni ada dimasukkan unsur penyakit mental ni. Ha, dengar penyakit mental, ada tak rasa nak tengok tu timbul sikit? Hahaha~

So far sy rasa sy bagi rating 3/5 drama ni. Filem ni origin dari Korea. Tapi drama ni sy tonton kat app, tak tau pula mana nak cari online. Kalau ada yang berminat, google ja ya. Atau lain kali kalau sy ada jumpa link nak tonton drama ni kat mana-mana, sy share kat sini.

Ada tak sesiapa yang dah tonton drama ni? Cer share pengalaman korang dan komen tentang drama ni kat bahagian komen ya~

15 November 2018

55 Hari Segmen Bloglist #2 2019 Nurul Najihah

KLIK BANNER UNTUK KE ENTRI SEGMEN

Jom la join segmen ni.. tarikh tamat 31 Disember

Waktu tengah malam

Hai~

Tajuk kali ni nampak macam cerita seram la pula, kan.. Sebenarnya nak cite pasal pengalaman sy bermalam kat perhentian bas kat Taipei.

Uni dan asrama sy dekat Taoyuan, tapi kerja sampai ke Taipei sebab bila first mai kat sini, mandarin sy masuk longkang. Kalau cari kerja kat Taipei, boleh la guna bahasa Inggeris ni. Sebab kat Taipei lebih banyak mat salleh kan.. hahaha. Ok, tapi tak best. Memang tak best. Kalau kerja, kena keluar sekurang-kurangnya satu jam setengah sebelum waktu kerja. Jauh sangat. Biasanya sy kerja Jumaat, Sabtu dan Ahad. Setiap hari ulang-alik la sy. Petang Jumaat turun Taipei, lepas kerja balik malam. Sampai asrama dah hampir tengah malam dah. Esok pagi 8.30 kena turn Taipei lagi, kerja dua shift, balik malam, pagi Ahad kena turun Taipei lg.

So, alkisahnya, suatu hari ni sy malas nak balik Taoyuan dah. Malam Sabtu sy duduk ja kat perhentian bas. Tunggu sampai pagi, then pergi kerja. Tak tidur la sy, bawa homework duk kat situ. Gigih nuu lukis-lukis malam tu..


Nak tunjuk juga walaupun buruk

Bukan ni ja la, sy tulis dah dua karangan dan satu lg lukisan pun dh siap (tp xnak tunjuk, malas la pula huhu)

Overall, tak scary sebab tempat tu banyak orang. Dia tepi Taipei Main Station, depan dia ada hotel. Banyak teksi lalu-lalang dan banyak juga pelancong yang tanya jalan. Masalahnya, sy pun tak tau nak jalan camna. Nasib la nak... hahaha~

Walaupun tak scary, tak nak dah bermalam kat situ lagi. Punya mengantuk tapi tak rasa selamat pun nak tidur. Punyalah letih. Pastu sejuk, nak baring pun takleh huhu ^^"

Ni ja la cite yang tak ada point sangat. Thanks for reading ;)

13 November 2018

GIVEAWAY BUKU by budakvanilla

KLIK BANNER UNTUK KE ENTRI GIVEAWAY

Sy join lg satu Giveaway harini. Ni yang excited sebab hadiah giveaway ni buku. Kalau ditanya bagaimana terjebak dengan buku ni memang sy blur kejap la. "Eh sejak bila sy mula membaca ya?" Macam hilang ingatan pula. Tapi yang pastinya, sy dah mula suka membaca ni sejak sekolah rendah lagi, setiap bulan duk beli majalah Kuntum. Tapi kalau baca novel sy dh terjebak sejak tingkatan satu lagi, sampailah harini dah kat uni pun, bila pack luggage nak juga bawa buku bagai-bagai - novel, buku rujukan, buku program dsbnya. Last-last sampai check-in luggage, terlebih berat pula. Punyalah buka luggage tengah jalan.

Yang tengah baca entri ni nak join klik ja banner kat atas ni ya.. Selamat bergiveaway! :)

Sampai 2 Dec 2018

Kelebihan dan kelemahan

Hai~


Setiap orang ada kelebihan dan kekuragan sendiri. Kali ni nak share cite sy sendiri yang berkaitan dengan topik ni.

Bagi yang tak tau, sy ni orang Penang, sekarang ni mengambil course digital media design kat Taiwan. Oleh sebab tak selalu melukis, bila mai kat sini, tak pandai sangat nak lukis-lukis ni. Jadi, keyakinan diri tu dah kurang dua kali ganda, dah jadi angka negatif dah pun keyakinan tu. Last last jadi stress berlebihan.

Ni terutamanya dalam kelas sketch ni. Bila lukis tu selalu nak perfect la, ini la, itu la. Belum lukis apa lagi dah mula terbayang yang bukan-bukan. Camna kalau tersalah lukis? Camna kalau terlalu besar? Camna kalau terlalu kecil? Macam-macam la. Akhirnya tak lukis apa pun kat kertas tu. Bila pergi kelas, cikgu nak ambil markah, mula la nampak semua orang duk lukis-lukis, buat last touch-up semua tu.

Saya? Apa sy tengah buat? Ha, sy tak bawak pun buku lukisan tu. Satu sebab besar sangat, dua sebab sy tak lukis apa pun, tiga sebab tengah fikir nak ambil cuti ja dan balik. So sy tak masuk kelas, duk kat luar tu fiir punya lama, nak balik ke cenna.

================================================================
Sekarang ni sy faham. Ada benda yang kita pandai, ada yang kita tak reti. Bila kita tak reti, jangan biarkan keyakinan tu terus berkurang. Dah tau tak reti, kena la usaha lebih sikit. Lama-kelamaan, kita akan reti juga. Jangan takut bila nampak produk orang lain lebih baik, takut standard kita terlalu rendah. Sebab dengan usaha, suatu hari kita akan sampai sana juga. Kita juga bukannya tak berupaya. Benda ni mungkin kelemahan kita, tapi ada benda lain yang kita boleh buat lebih baik daripada mereka.

Kepercayaan pada diri ni kena ada.

Gambatte~ Jiayou!

09 November 2018

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz
KLIK BANNER UNTUK KE ENTRI GIVEAWAY

Ni satu lagi Giveaway yang sy join.. kalau ada yang berminat, klik ja ya banner kat atas. 

Tapi janganlah rasa cam eh, Yun Sing. Hg balik blogging ni dari post pertama, macam setengah dah join segmen dan giveaway. Dah lama tak blogging ni perlu sikit masa nak biasakan diri untuk taip banyak-banyak ni. Kalau tak, tulis penuh satu halaman pun merapu ja semua.. Dah sy masih ingat camna nak taip bahasa ni dah kira bagus tau. Kat sini bukan ja takde bahasa melayu, bahasa inggeris pun tak guna sangat. Semua mandarin ja. So kalau ada apa yang sy taip ni nampak pelik, buat tak nampak ja ya xD

Btw, giveaway ni best tau. Kenapa, sebab semua peserta akan dimasukkan dalam bloglist untuk tempoh setahun. Ada hadiah planner pulak tu. Join la, kenapa tak nak join? Rugi tu.. Cepat, klik banner kat atas ni!

08 November 2018

Wordless Wednesday #11 : My uni


07 November 2018

Pencarian Bloglist December 2018 oleh Airah Syahirah


KLIK BANNER UNTUK KE ENTRI SEGMEN

Dah lama tak post apa-apa kat blog ni, memang blank sikit la. Kita mulakan dengan join satu segmen ni.. nanti boleh la tambah list blogwalking peserta segmen hahaha.

Eh.. kalau nak kata entri feveret.. entri segmen ni boleh tak? Hahahahaha.. (dasar pemalas Yun Sing ni..)

Kita bebel sampai sini ja la.. yang nak join segmen ni klik banner kat atas ni ya ^^

05 November 2018

Monday Blues?

Pada 11 Mei 2018, Yun Sing kembali beroperasi. Rindu sangat pada blog ni. Lama tak sentuh, dah berhabuk pun. Bersarang-sarang nak kena kemas. Tajuk tu random ya~

Ni first day kembali berbloging, sy tempe ja gambar uni.. Ni trek. Best, tiap-tiap hari lepas kelas mai sini jogging.


Dah lama hilang ni, nak kena perkenalkan diri la kan.. Ni, klik ja page ni. Dalam tu ada bio. Yang lama tak jumpa tu, hi :D
Yang baru kenal ni, salam perkenalan.. Nice to know you ^^