Stay connected kay? ^^

15 November 2018

Waktu tengah malam

Hai~

Tajuk kali ni nampak macam cerita seram la pula, kan.. Sebenarnya nak cite pasal pengalaman sy bermalam kat perhentian bas kat Taipei.

Uni dan asrama sy dekat Taoyuan, tapi kerja sampai ke Taipei sebab bila first mai kat sini, mandarin sy masuk longkang. Kalau cari kerja kat Taipei, boleh la guna bahasa Inggeris ni. Sebab kat Taipei lebih banyak mat salleh kan.. hahaha. Ok, tapi tak best. Memang tak best. Kalau kerja, kena keluar sekurang-kurangnya satu jam setengah sebelum waktu kerja. Jauh sangat. Biasanya sy kerja Jumaat, Sabtu dan Ahad. Setiap hari ulang-alik la sy. Petang Jumaat turun Taipei, lepas kerja balik malam. Sampai asrama dah hampir tengah malam dah. Esok pagi 8.30 kena turn Taipei lagi, kerja dua shift, balik malam, pagi Ahad kena turun Taipei lg.

So, alkisahnya, suatu hari ni sy malas nak balik Taoyuan dah. Malam Sabtu sy duduk ja kat perhentian bas. Tunggu sampai pagi, then pergi kerja. Tak tidur la sy, bawa homework duk kat situ. Gigih nuu lukis-lukis malam tu..


Nak tunjuk juga walaupun buruk

Bukan ni ja la, sy tulis dah dua karangan dan satu lg lukisan pun dh siap (tp xnak tunjuk, malas la pula huhu)

Overall, tak scary sebab tempat tu banyak orang. Dia tepi Taipei Main Station, depan dia ada hotel. Banyak teksi lalu-lalang dan banyak juga pelancong yang tanya jalan. Masalahnya, sy pun tak tau nak jalan camna. Nasib la nak... hahaha~

Walaupun tak scary, tak nak dah bermalam kat situ lagi. Punya mengantuk tapi tak rasa selamat pun nak tidur. Punyalah letih. Pastu sejuk, nak baring pun takleh huhu ^^"

Ni ja la cite yang tak ada point sangat. Thanks for reading ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan