Stay connected kay? ^^

23 Mac 2018

Cash Giveaway by FarhanaJafri

Klik banner untuk ke entri Giveaway

Sy join ya.. Tarikh tamat 7 April 2018. Apa lagi, serbu!!!

19 Mac 2018

Quote of the Day #3


Our greatest glory is not in never falling,
but in rising every time we fall.

Jangan takut akan kegagalan,
Jadikan setiap kegagalan sebagai batu lonjakan.

18 Mac 2018

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends
Klik banner untuk ke link entri giveaway

Yun Sing join ya !

Hey, korang2 yang baca ni.. takkan tengok je kot?

Jom join sekali ^^

17 Mac 2018

Giveaway RM200 untuk 10 tukang komen terbanyak

Kali ini, Lubuk Seni buat giveaway lain machiam sikit. Syaratnya dah la super-duper senang. Hadiah bernilai RM200 pulakk tu! Wahh teruja sangadd sebab hadiah lumayan, ramai berpeluang menang.
Berminat nak join, klik je gambar bawah ni ya!

top commentor _ giveaway - lubukseni dotcom

Bukan tu saja, berbaloi singgah LubukSeni.com sebab banyak idea kalerful. Sebagai terapi minda, blog ni sangat memberi manfaat kepada peminat seni. Antara topik menarik blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah, jom FOLLOW Blog Lubuk Seni sebab diorangg rajin buat giveaway. Next giveaway 1 April ni. Setiap bulan ada hadiah best tau, stay tunedd!

15 Mac 2018

Book Review : MockingJay (The Hunger Games)

Hi, mai kita kembali membaca review buku ni.. Dah dua minggu kot skip topik ini kalau tak silap. Boleh baca last book review @M is for Autism

Image result for mockingjay

MockingJay ni dia buku kedua The Hunger Games. Dia macam sambungan juga la, tapi kalau tak baca buku pertama, boleh ja baca buku kedua. Tapi recommended baca buku pertama dulu.. kalau tak, part depan sekali memang blur sikit. Sy yang baca buku pertama pun macam.. har? Apa yang berlaku ni?

Ok ni flashback sikit buku pertama:
Katniss Everdeen dan Peeta Mellark mewakili district 12 dalam Hunger Games dan kedua-duanya menang sampai akhir game. Kecerdikan Katniss yang mendesak pemenang diumumkan pada akhir game menyebabkan President Snow rasa tergugat.

MOCKINGJAY

Bagi menghapuskan Katniss yang merupakan potensi pemberontak yang berpengaruh, Snow membuat Hunger Games kedua - tapi kali ini melibatkan victor Hunger Games sebelum ini. Maksudnya, mereka yang pernah menang Hunger Games, dan dikatakan tidak sesekali akan dipilih untuk menyertainya lagi dipanggil semula untuk ditempatkan ke dalam arena semula. Namun, kat pertengahan game, pemberontak dari district 13 yang dikatakan telah dihapuskan pada akhir Zaman Kegelapan bila district 13 kena bom, kembali. Mereka telah masuk ke dalam arena dan selamatkan para peserta, yang sempat diselamatkan la.

Katniss merupakan antara yang diselamatkan. Presiden Snow menghantar tentera udara yang mengebom district 12 (kampung Katniss). Ramai yang terkorban, dan sebahagian dari mereka sempat berlari ke district 13, di mana mereka tinggal kat kubu bawah tanah. Lepas Katniss ditempatkan di situ, ketua pemberontakan itu meminta Katniss menjadi MockingJay (simbol pemberontakan). Namun, Katniss resah. Peeta yang bersamanya pada Hunger Games pertama berada dalam tangan Capitol. Dia juga bimbang ramai lagi yang akan terkorban disebabkan tindak tanduknya.

Cerita ni juga ada cover tau, kisah hidup beberapa victor yang kena seksa mental dan fizikal sehingga hilang waras. Katniss juga antara yang kena depression teruk. Akhirnya, dia menjadi MockingJay dan berjaya mencapai apa yang diingini oleh ketua pemberontak. Namun, dia mula sangsi akan ketua pemberontak. Dia rasa macam dia telah diperguna bagi mencapai sesuatu yang lain yang diingini oleh ketua pemberontak. Apa jadi lepas tu? Baca la sendiri, tak nak spoiler sangat..

Image result for mockingjay

Ni nak share satu quote dari MockingJay oleh salah seorang victor dari district 7 yang jadi peserta dalam Quarter Quell (Hunger Games kedua).. Capitol berjaya mendera semua victor (yang dikatakan menang sebab punya akal..bijak la katakan..). Mereka mula kehilangan orang, benda, dan memori yang mereka sayang, yang penting tuk mereka. Masa game, ada satu part yang Johanna nak masuk hutan. Katniss cuba menghalangnya sebab dalam hutan ada haiwan yang dicipta oleh Capitol yang mengeluarkan bunyi seakan-akan suara ahli keluarga mereka kesakitan dan diseksa. Dan inilah yang dikatanya:

"They can't hurt me. I'm not like the rest of you. There's no one left I love."
―Johanna

Image result for mockingjay

Mockingjay digunakan sebagai simbol pemberontakan sebab suatu masa dulu, dalam peperangan, Capitol mencipta mockingjay yang mempunyai kebolehan menyampaikan apa yang mereka dengar. Apabila pemberontak mengetahui fungsi mockingjay, mereka mula memberikan info palsu kepada mockingjay. Akhirnya, mockingjay dilepaskan ke dalam hutan. Mereka kehilangan kebolehan menyampaikan kata-kata, tetapi mereka akan mendengar suara nyanyian peladang dan menyampaikan melodi yang sama kemudian.

TAMAT

14 Mac 2018

Wordless Wednesday #4



13 Mac 2018

Review Anime : Special A

Hari ni hari Selasa macam biasa, tapi tak jadi pula movie review.. jadi anime review pula. Dah banyak movie yang sy tengok masa CNY tu tapi tu la, bila tiket hilang, tak ingat pula movie apa yang dah ditonton. Seingatnya sy, semua movie kat cinema dah ditonton kecuali Agent Mr Chan, The Monkey King 3 dan Black Panther. Sedih gak ah, tak sempat nak tengok. Apa pun, dah baru sampai Taiwan ni belum boleh kerja, nak kena jimat juga. Bulan 5 dapat gaji nanti baru serang cinema. Hahaha!

Dah nama nak jimat duit, duduk kat asrama ja la lagaknya. Dah tu, tengok anime, ha! Dah banyak anime sy dh cover. Nanti review satu-satu naa, sementara tunggu nak tengok movie, meh kita layan anime dulu.

SPECIAL A

Image result for special a

Anime ni dah lama tau, rasanya.. dah umur 10 tahun anime ni. Special A mengandungi 24 episod. Cite dia macam ni.. High school ni ada kategorikan murid-muridnya kepada kelas-kelas tertentu - Kelas Special A, A, B, C, D dan E. Kelas Special A ni untuk mereka yang Top 7 dalam sekolah ja. 7 orang ni sentiasa sama, sebab mereka ni masing-masing ada kelebihan sendiri, belum ada murid yang berjaya menandingi mereka. Malah, kedudukan mereka dalam kelas pun sentiasa sama.

Image result for special a kei
Kei Takishima - pelajar no. 1
Tak pernah dapat no. 2 tau ! Boleh dikatakan perfect la kan..

Image result for special a hikari
Hikari Hanazono - pelajar no. 2
Hikari masuk sekolah tu sebenarnya nak bertanding dengan Kei Takishima
Dia percaya, dengan usaha, apa-apa saja boleh dilakukan

Image result for special a jun yamamoto
Jun Yamamoto - pelajar no. 3
Dia dari keluarga yang background music, ada adik perempuan kembar yang sama kelas dengannya
Jun pandai main alat muzik

Image result for special a yamamoto megumi
Megumi Yamamoto - pelajar no.4
Adik kembar Jun Yamamoto
Dikatakan sebagai penyanyi yang hebat, walaupun setiap kali dia bernyanyi, semua tingkap akan pecah
Bagi melindungi suara vokalnya, Megumi tidak akan bercakap
Dia berkomunikasi dengan menggunakan buku sketch yang dibawanya ke mana-mana sahaja

Image result for special a tadashi
Tadashi Karino - pelajar no. 5
Anak kepada pengetua sekolah
Ibunya memaksanya untuk mendapat top 5 dalam sekolah sebab dia anak pengetua
Oleh itu, Tadashi selamanya terkandas pada tangga no. 5

Image result for special a akira toudou
Akira Toudou - pelajar no. 6
Anak kepada pengurus hotel, pandai masak
special a ryu 的圖片結果
Ryu Tsuji - pelajar no. 7
Sayang akan haiwan dan sangat mengambil berat akan adik-beradik kembar Yamamoto
Mreka bertujuh ni macam satu keluarga tau, mereka mengambil berat akan satu sama lain dan berganding bahu mengharungi segala rintangan dan halangan.
Watak utama cerita ni Kei Takishima dan Hikari Hanazono. Hikari pernah kalah pada Kei masa dia umur 6 tahun, pada pertemuan pertama mereka. Sejak itu, Hikari berazam nak bertanding dengan Kei dan cuba sedaya upaya nak tewaskan Kei dalam apa sahaja - pelajaran, sukan dan sebagainya.
Jom ikuti babak-babak mereka sebagai pelajar istimewa sekolah yang melalui pelbagai cabaran apabila ada pelajar-pelajar biasa yang dengki akan kebolehan dan keisimewaan yang dimiliki oleh mereka, serta perbalahan akibat salah faham dalam keluarga SA 7 orang itu.
Klimaks:
Okay.. halangan.. rintangan.. cabaran.. blablabla.. macam biasa ja kan dengar tu? Jom kita pi terus kat klimaks. Part last sekali bila keluarga Kei Takishima membuat keputusan untuk menghantarnya ke sekolah di London kerana beranggapan bahawa standard sekolah tersebut terlalu rendah bagi Kei. Adakah 7 sekawan itu akan berjaya bersama sehingga graduasi, atau segalanya akan berakhir bila Kei berpindah ke London?
Jom tengok anime ni.. memang best ^^


12 Mac 2018

Quote of the Day #2


The more you weigh, the harder you are to kidnap.
Stay safe, eat cake.

11 Mac 2018

Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Giveaway Hi Nona !

Sy join ya ^^


Bagi yang nak join sekali, sila klik banner di atas..

10 Mac 2018

Blogwalking Weekend #2

Hi, tak ku sangka, cepat sangat dah masuk hujung minggu.. Boleh refer balik post minggu lalu @Blogwalking Weekend.. Nak wrap up sikit.. Banyak blog yang telah diterjah and I'm having fun reading all your posts. Banyak info tentang make-up, travel, kerjaya, bahasa, budaya, dsbnya yang dapat sy baca dari semua blog korang.

Sebab kenapa sy buat lagi post blogwalking ni..
1. Takde idea nak wat post apa (sebenarnya ada tapi malas, hahaha)
2. Esok dalam jadual ada masa blogwalking dua jam (Hmm.. where should I walk? Comment link blog anda kat bawah ya ^^)
3. Masih belum ada hwk di awal sem

Jadi.. apa lagi? Tinggalkan link kat bawah, esok sy terjah satu-satu ^^

Sebab ada yang komen ja tanpa link tapi bila klik nama korang terus pi akaun Google korang.. dan tiada link blog kat description (NOOOO00000000oooooo) Jadi, tak dapat la nak jalan-jalan..

Jumpa kat blog esok ya ^^ Byeee!

09 Mac 2018

Jadual yang penuh

Hi, everyone! Harini nak cite pasal jadual harian yang penuh. Hahaha, macam takde kerja pula. Xpe, asalkan hari ni I say something to you guys okay? Kalau ada yang sedar, semalam sy tak post apa-apa pun. There goes my one day one post.

Tapi bukan sengaja tau, sebab jadual dah memang penuh, banyak sangat nak kena buat sampai tak tau nak buat mana satu. So, sy sediakan jadual harian. In the future, korang akan nampak post either in the morning atau schedule post. Blogwalking pun belah pagi dah ya..


Things I need to cover:

- Class -
- Blogging -
- Learning Mandarin -
- Drawing/sketching -
- Homework -

I'll try my best okay ;) Harap dapat jumpa korang kat blog esok, kalau la sempat pun nak blogwalking ^^

See ya!

07 Mac 2018

Wordless Wednesday #3 : Miss them all


Movie review : Monster Hunt 2

Sekali lagi movie review dibuat. Maaf ya, belakangan ni banyak ja review mandarin movie, sebab semua ni tengok waktu CNY. Apa pun, jangan lupa tunggu movie review setiap Selasa ya xD


MONSTER HUNT 2

Image result for monster hunt 2

Cite ni dia pasal masalah manusia dan raksaksa yang hidup dalam dunia yang sama. Manusia ada pertubuhan yang macam polis tuk menangkap raksaksa. Sepatutnya menangkap raksaksa yang buat jahat ja. Tapi ada juga yang prejudis terhadap raksaksa.

Pastu ada la pasangan suami istri ni yang juga dari biro tu. Depa ada seekor anak raksaksa yang comel. Tapi sebab dia raksaksa yang mempunyai ibu bapa manusia, kedua-dua dunia manusia dan raksaksa rasa yang anak raksaksa nama Wuba ni boleh jadi pendamaian antara dua dunia ni.

Ibu bapa Wuba rasa yang Wuba akan lebih selamat kalau tinggal di dunia raksaksa, telah menghantarnya ke situ. Namun, Wuba dikehendaki oleh raja raksaksa yang kejam. Raja ni buat apa saja untuk nak dapatkan Wuba. Semua raksaksa yang jaga Wuba sedaya upaya melindunginya. Namun, masa satu pertarungan ni terlalu sengit, Wuba dah larikan diri ke dunia manusia semula. Dia rindu mak bapak dia.

Image result for monster hunt 2

Ni la Wuba yang comel

Wuba yang ada kat dunia manusia terserempak dengan seorang kaki judi yang membela raksaksa. Raksaksa dia tolong dia menang judi tapi selalu juga kena tangkap. Kehidupan dia selalu ja berlari, lari dari pengutip hutang. Dia bawa Wuba bersama bila terdengar khabar banyak orang yang nak Wuba ni, dia bercadang nak jual Wuba ni untuk bayar hutang. Namun, Wuba sayang sangat padanya.

Raja raksaksa yang kejam ni khabarnya dah datang dunia manusia mencari Wuba ni. Ibu bapa Wuba pun terdengar khabar Wuba kembali ke dunia manusia. Masing-masing mencari Wuba. Apakah akan terjadi? Adakah ibu bapa Wuba akan bertemu dengannya? Adakah Wuba akan mati dalam tangan raja raksaksa? Sanggupkah kawan barunya itu menjualnya untuk membayar hutang?

Tengok trailer dulu ya..



Nak tau apa jadi? Haa.. tonton..

Peronal opinion:

5/5 Ni filem action ya, tapi dalam action ada lawaknya. Ada part yang terharu pun ada. Santai ja tonton. Jalan ceritanya menarik juga. Yang ni recommend ya..

See ya next entry ! :)

05 Mac 2018

Quote of the Day #1


You can't make everybody happy.
You aren't a jar of Nutella.

04 Mac 2018

Iklan Nuffnang hilang?

Image result for nuffnang

Flashback zaman dulu bila sy blogwalking sy akan klik semua iklan nuffnang yang muncul. Tapi belakangan ni nampak macam sudah pupus iklan nuffnang ya? Dekat blog sy pun macam tak muncul. Korang nampak tak iklan nuffnang? Apa yang jadi ya, dan agaknya kenapa ya ini berlaku?

Ikhlas,
Budak yang sesat.

03 Mac 2018

Blogwalking Weekend


Happy weekend!! Akhir minggu ni takde kelas, ingat nak boom blog korang. Sesiapa yang nampak blog post ni silalah komen link blog korang ya, sy nak blogwalking ^^

Jumpa kat blog korang ya ^^ I'm hwaiting!!

02 Mac 2018

Kisah Hidup Budak Blogger (Part 2)

Hi u'olls! Kembali lagi ke sesi berkenalan dengan penulis blog. Baik harini kita (acecece macam pengacara pulak) sambung entri dulu, boleh baca di sini --> Kisah Hidup Budak Blogger

Image result for life

Kali ni nak cite pasal tahun 2017 yang menarik ^^

Tahun 2017 sy masih lagi kerja jual insurans dengan kerja waitress kat kedai steamboat. Sampai lebih kurang bulan 4. Sebab memang nature diri ni tak peramah sangat. Tapi bila kerja jual insurans ni kena la cakap dengan orang. Orang yang tak kenal pulak tu. Kay. Tu yang wat sy jadi tertekan sangat bila kerja. Nak benti pun takleh sebab maruah kan.. kena selesaikan apa yang kita mula, kalau tak, mulalah orang nak mengata kita tak mampu la, turun separuh jalan la, takleh berjaya kat sini tak bermakna pi tempat lain dan berjaya tu betul-betul berjaya la, dsbnya.. Okay, tu jadi teruk. Masa ni sy dah mula tinggal kat asrama kerja steamboat tu. Depression second wave jadinya.

Image result for depressed

Tak kerja langsung, kerja kedai steamboat ja la, sebab dah tinggal kat asrama kan.. Tak nak balik rumah sebab kat asrama pun sudah cukup rasa macam ikan masin. Balik rumah lagi la, jadi pengganggur yang berjaya, tanam bebanyak anggur makan sendiri. Tapi rakan sekerja kat sini semua muda-muda, dalam 17 tahun - 28 tahun ja. Semua selalu keluar, main macam-macam. Lepas lama juga la, sy mula keluar dari masalah sendiri dan join them have fun la katakan.

Then sy register masuk form 6.
Maaf ya, gambar takde, sebab sy masuk kelas 7 kali ja dalam 3 bulan.
Sebab kerja kedai steamboat sampai 4 pagi kekadang.
Ponteng sekolah.
Atau TERponteng.

Kay, dah benti form 6.

Pastu sy benti kerja jual insurans.
Masuk full time kerja kedai steamboat ni.

Sampailah akhir bulan Januari 2018.

Akhirnya tugas saya di kedai ini tamat setelah setahun empat bulan kerja kat sini. Dan akhirnya sy sambung belajar!

Ni skrg sy kat Taiwan, belajar Digital Media Design

Ni la meja belajar sy kat asrama dalam WW #2

Nak belanja gambar sikit pun takde sebab tak ambil sangat, kalau ambil pun gambar bukan-bukan yang tidak sepatutnya didedahkan (faham-faham je la ya hahaha)

Sampai sini ya, kita sembang lain kali ^^

01 Mac 2018

Book Review : M is for Autism

Hi! Sekejap sahaja ya masa berlalu.. Macam semalam sahaja tahun 2017, cepat-cepat sahaja dah Mac 2018. Sekali lagi sudah tiba hari Khamis, book review! Boleh baca review tentang Hunger Games bagi minggu sebelum ini. Minggu ni nak review pula buku non-fiksyen - M is for Autism.

Image result for m is for autism

Alkisahnya memang berminat dengan mental disorder ni, so dari dulu memang duk wat research pasal Autism, Bipolar Personality Disorder (BPD), depression dan sebagainya. Ada la ikut online course pasal teknologi untuk membantu mereka yang autistic ni. Pastu terbaca pasal buku ni kat online course tu. Buku ni wujudnya dari Limpsfield Grange School, sekolah tuk remaja perempuan yang kena autism ni. Sorang pelajar menyuarakan bahawa semua buku berkenaan autism berfokus pada lelaki, dan tiada buku bagi perempuan. Oleh itu, mulalah proses menulis oleh Vicky Martin yang mengumpul pengalaman pelajar-pelajar di sekolah tersebut dan dibukukan untuk dijual.

Saya tak nampak lagi buku ni dijual di kedai buku, buku ni saya beli online ya. Kalau nak cepat, boleh order kat Lazada dengan harga RM102.00 (free postage). Kalau boleh tunggu, boleh order terus buku terpakai dari negara luar kat Amazon (kalau tak silap, buku terpakai 3 dollars ++ sahaja.. kalau tambah postage segalanya tak sampai RM102.00 kot. Tapi kena tunggu lama ya, postage dari luar negara uolls.

So, kembali kepada kandungan buku ni. Ia ditulis dari perspektif budak perempuan 12 tahun yang autistic ni. Dia ada cite macam mana dia takleh mengawal dirinya dalam kelas, dan sebagainya. Ada satu bab ni ada cerita dari perspektif emaknya. So memang kita dapat bayangkan perasaannya. So far, saya rasa lepas baca ni dapat faham dengan lebih jelas ASD ni.

---------------

Sekian. Jumpa lagi minggu depan.. lain kali saya cite lebih mendalam pasal autism ya, kalau ada yang tak faham sangat pasal ASD ni.