Stay connected kay? ^^

13 Mac 2018

Review Anime : Special A

Hari ni hari Selasa macam biasa, tapi tak jadi pula movie review.. jadi anime review pula. Dah banyak movie yang sy tengok masa CNY tu tapi tu la, bila tiket hilang, tak ingat pula movie apa yang dah ditonton. Seingatnya sy, semua movie kat cinema dah ditonton kecuali Agent Mr Chan, The Monkey King 3 dan Black Panther. Sedih gak ah, tak sempat nak tengok. Apa pun, dah baru sampai Taiwan ni belum boleh kerja, nak kena jimat juga. Bulan 5 dapat gaji nanti baru serang cinema. Hahaha!

Dah nama nak jimat duit, duduk kat asrama ja la lagaknya. Dah tu, tengok anime, ha! Dah banyak anime sy dh cover. Nanti review satu-satu naa, sementara tunggu nak tengok movie, meh kita layan anime dulu.

SPECIAL A

Image result for special a

Anime ni dah lama tau, rasanya.. dah umur 10 tahun anime ni. Special A mengandungi 24 episod. Cite dia macam ni.. High school ni ada kategorikan murid-muridnya kepada kelas-kelas tertentu - Kelas Special A, A, B, C, D dan E. Kelas Special A ni untuk mereka yang Top 7 dalam sekolah ja. 7 orang ni sentiasa sama, sebab mereka ni masing-masing ada kelebihan sendiri, belum ada murid yang berjaya menandingi mereka. Malah, kedudukan mereka dalam kelas pun sentiasa sama.

Image result for special a kei
Kei Takishima - pelajar no. 1
Tak pernah dapat no. 2 tau ! Boleh dikatakan perfect la kan..

Image result for special a hikari
Hikari Hanazono - pelajar no. 2
Hikari masuk sekolah tu sebenarnya nak bertanding dengan Kei Takishima
Dia percaya, dengan usaha, apa-apa saja boleh dilakukan

Image result for special a jun yamamoto
Jun Yamamoto - pelajar no. 3
Dia dari keluarga yang background music, ada adik perempuan kembar yang sama kelas dengannya
Jun pandai main alat muzik

Image result for special a yamamoto megumi
Megumi Yamamoto - pelajar no.4
Adik kembar Jun Yamamoto
Dikatakan sebagai penyanyi yang hebat, walaupun setiap kali dia bernyanyi, semua tingkap akan pecah
Bagi melindungi suara vokalnya, Megumi tidak akan bercakap
Dia berkomunikasi dengan menggunakan buku sketch yang dibawanya ke mana-mana sahaja

Image result for special a tadashi
Tadashi Karino - pelajar no. 5
Anak kepada pengetua sekolah
Ibunya memaksanya untuk mendapat top 5 dalam sekolah sebab dia anak pengetua
Oleh itu, Tadashi selamanya terkandas pada tangga no. 5

Image result for special a akira toudou
Akira Toudou - pelajar no. 6
Anak kepada pengurus hotel, pandai masak
special a ryu 的圖片結果
Ryu Tsuji - pelajar no. 7
Sayang akan haiwan dan sangat mengambil berat akan adik-beradik kembar Yamamoto
Mreka bertujuh ni macam satu keluarga tau, mereka mengambil berat akan satu sama lain dan berganding bahu mengharungi segala rintangan dan halangan.
Watak utama cerita ni Kei Takishima dan Hikari Hanazono. Hikari pernah kalah pada Kei masa dia umur 6 tahun, pada pertemuan pertama mereka. Sejak itu, Hikari berazam nak bertanding dengan Kei dan cuba sedaya upaya nak tewaskan Kei dalam apa sahaja - pelajaran, sukan dan sebagainya.
Jom ikuti babak-babak mereka sebagai pelajar istimewa sekolah yang melalui pelbagai cabaran apabila ada pelajar-pelajar biasa yang dengki akan kebolehan dan keisimewaan yang dimiliki oleh mereka, serta perbalahan akibat salah faham dalam keluarga SA 7 orang itu.
Klimaks:
Okay.. halangan.. rintangan.. cabaran.. blablabla.. macam biasa ja kan dengar tu? Jom kita pi terus kat klimaks. Part last sekali bila keluarga Kei Takishima membuat keputusan untuk menghantarnya ke sekolah di London kerana beranggapan bahawa standard sekolah tersebut terlalu rendah bagi Kei. Adakah 7 sekawan itu akan berjaya bersama sehingga graduasi, atau segalanya akan berakhir bila Kei berpindah ke London?
Jom tengok anime ni.. memang best ^^


4 ulasan: