Stay connected kay? ^^

29 Mei 2018

GiveAway Ramadhan by QasehMuslimah-Munirah


KLIK BANNER UNTUK KE ENTRI GA

Jom sama-sama join GA ni~

Kalau nak join kena cepat ya, tamat 31 Mei ^^

27 Mei 2018

Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway


KLIK BANNER UNTUK KE ENTRI GIVEAWAY

Jom sama-sama join GA ni :)
Pengalaman bersalin xde ya.. hehe

Wishing Batrisyia happy birthday ;)

23 Mei 2018

Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan


KLIK BANNER UNTUK KE ENTRI GIVEAWAY

Giveaway tamat 11 Jun 2018

Cepat join!

Wordless Wednesday #10


22 Mei 2018

Drama review: Skip Beat

Image result for skip beat drama

Siapa yang dah baca review anime Skip Beat ni? Yang ni pula dramanya. Drama pun dah lama ya.. Pelakon wanita dari Taiwan dan pelakon lelaki dua orang ni ahli Super Junior. Bayangkan dah berapa lama drama ni. Jalan ceritanya dengan anime lebih kurang sama ja, cuma part romance tu mungkin tambah sikit.

Image result for skip beat drama

Ni watak utama. Nama dia Gong Xi (Ya, Gong Xi Fa Cai yang kita selalu sebut masa raya Cina. Maksud nama Gong Xi ni tahniah. Pelik gak nama dia, sama dengan watak yang dipegangnya..) Watak ni (yang nama Kyoko Mogami dalam anime) dilakonkan oleh pelakon Taiwan yang bernama Ivy Chen.

Image result for skip beat drama

Shotaro Fuwa dalam anime pula dalam drama nama dia Bu Po Shang yang dilakonkan oleh Lee Dong-Hae ahli Super Junior-M.

Jalan cerita sama ja ya..

Gong Xi dan Shang kenal dari waktu mereka kecil lagi. Gong Xi tinggal dengan keluarga Shang lepas ditinggalkan oleh ibunya. Banyak ilmu yang ibu Shang ajar pada Gong Xi - cara tradisional melayan tetamu, cara jalan dengan kimono, dan sebagainya. Gong Xi tidak punya kawan perempuan kat sekolah sebab semua rakan sekelasnya membencinya kerna selalu bersama Shang yang merupakan kegilaan ramai. Gong Xi tidak kisah sebab dia sanggup melakukan apa sahaja demi Shang.

Shang punya impian untuk menjadi penyanyi yang terkenal. Namun, keluarganya bertegas Shang tinggal di rumah tersebut dan mewarisi perniagaan keluarganya sebagai anak tunggal keluarga tersebut.

Image result for skip beat drama

Suatu hari, Shang bertengkar dengan bapanya dan lari dari rumah. Dia meminta Gong Xi mengikutnya. Gong Xi dengan gembira menurut permintaan Shang. Gong Xi tidak terus belajar di universiti kerana mengikut Shang ke Taipei. Shang fokus pada kerjayanya dan Gong Xi bekerja keras menampung perbelanjaan mereka dan membayar sewa apartmen yang mahal.

Lepas Shang dah berjaya, dia tidak lagi memerlukan Gong Xi. Gong Xi masih lagi cuba sedaya upaya mengembirakan Shang sehingga suatu hari Gong Xi terdengar perbualan Shang dan mengetahui strategi Shang yang mempergunakannya.

Image result for skip beat drama


Gong Xi naik angin dan bertekad membalas dendam. Dia menukar imejnya dan berjaya memasuki sebuah syarikat yang terkenal. Dia ingin menjadi terkenal dan membalas dendam. Dalam proses tu memang lawak sangat. Gelak sampai senak perut kot.

Image result for skip beat drama

Namun, Gong Xi bertemu dengan Lian (Ren dalam anime) yang merupakan pelakon lelaki terkenal. Lama-kelamaan, dendamnya terhadap Shang mula kendur dan Gong Xi mula menceburi bidang tersebut dan menjadi pelakon yang berbakat dan sentiasa berusaha. Lian yang tidak pernah mencintai seorang wanita mula jatuh hati pada Gong Xi.

Image result for skip beat drama

Dalam drama ni ada sorang lagi watak yang sy suka.

Image result for skip beat jiang nan qin

Namanya Jiang Nan Qin lakonan Bianca Bai (kiri). Dia kawan pertama Gong Xi (juga rakan sekerja dalam syarikat L.M.E.)

Overall drama ni not bad. Sy recommend. 

21 Mei 2018

Mystery Giveaway by Flavnesz


KLIK BANNER UNTUK JOIN GA NI

Pandangan pertama tentang blog :

Sy dalam keadaan yang sangat stim masa masuk dalam blog. Mata baca saja ayat giveaway tanpa fikir apa-apa. Tengah-tengah ikut syarat GA, dengan malasnya nak highlight, right-click dan copy tapi takleh. So, first impression : no copy cats :3

17 Mei 2018

Shuhaidasaad.com 2nd Giveaway


KLIK BANNER UNTUK KE ENTRI GIVEAWAY PENGANJUR

Jom sama-sama memeriahkan GA ini :)

16 Mei 2018

Wordless Wednesday #9


15 Mei 2018

Giveaway Saya Nak Menang Buku Terbaru Teme


KLIK BANNER UNTUK JOIN

GA ni boleh tamat bila-bila masa saja ya, stay tuned. Yang belum join tu cepat join dah, jangan bookmark dulu dah, nanti terlepas. Hehe..

11 Mei 2018

Quote of the Day #8


Sometimes we're tested not to show our weakness but to discover our strength.

Pernah tak diuji sehingga rasa buntu sangat?

Sudah jatuh ditimpa tangga?

Bala lepas bala?

Mungkin kita tidak sedar,
tetapi setiap kali kita jatuh,
kita akan berusaha untuk bangun semula.

Dan pada masa itulah kita sedar akan apa yang kita mampu lakukan.

10 Mei 2018

Book Review : The Lost Boy by Camilla Lackberg


Tittle: The Lost Boy
Writer: Camilla Lackberg
Pages: 497
Language: English


Sypnopsis:

Every family has a secret. Every murder has a motive.

Detective Patrick Hedström is no stranger to tragedy. A murder case concerning Fjällbacka's dead financial director, Mats Sverin, is a grim but useful distraction from his recent family misfortunes.

It seems Mats was a man everybody liked yet nobody knew - a man with something to hide...

His high school sweetheart, Nathalie, has just returned to the area with hr five-year-old son - could she shed light on who Mats really was?

However, Nathalie has her own secret. If it's discovered, she will lose her only child. As the investigation stalls, the police have many questions. But there is only one that matters.

Is there anything a mother would not do to protect her child?

Setting: Sweden

Reviews:

'Chilling and thrilling' - Sun

'A top-class crime writer' - The Times

'Scandinavian crime with a warm heart to melt the ice' - Val McDermid

----------------------------------------------------------------------------------------

Kali ni nak review pula buku bestseller nukilan Camilla Lackberg. Buku ni ada series tau, tentang cerita Detective Patrick Hedström dan isterinya Erica Falck yang merupakan penulis novel dalam menyelesaikan kes pembunuhan. Buku ni buku keenam kalau tak silap. To be honest, masa mula-mula baca memang blur sikit. Sat dia cerita detective dan keluarganya. Sat tiba-tiba pasal head police kat headquarters. Sat Nathalie. Sat Matte. Tiba-tiba muncul pula Madeleine. Tiba-tiba Fjällbacka 1871.

Tapi lepas baca sampai akhir-akhir tu mula nampak connection dia. Watak-watak yang bertaburan mula bertemu. Masa tu macam 'oooo begini rupanya..' 'ooo begitu rupanya..' Memang ada ciri-ciri cerita detektif dan misteri. Banyak yang tak sangka berlaku. Patut bestseller.

Ni lebih kurang ceritanya:

Mats Sverin seorang yang agak misteri. Dia seorang yang disukai ramai tapi tak pernah nak bual tentang kehidupannya. Peribadinya yang menjadi satu misteri menyebabkan pihak polis sukar teruskan penyiasatan kes pembunuhan tersebut kerana tiada sesiapa yang tahu kehidupan peribadi mangsa tersebut.

Tu je la sipnopsis yang sy bagi. Taknak jadi spoiller. Nak tau apa jadi kena baca sendiri.

Till then.

09 Mei 2018

Wordless Wednesday #8 : Sketching assignment


08 Mei 2018

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures

KLIK BANNER UNTUK KE ENTRI GIVEAWAY

Bonus question: Okay. I seriously have no idea at all. Tembak je la ya. Taiwan. HAHAHAHAHA

GA ni sampai 30 Jun tau. Apa lagi, jom join! Klik banner di atas ya.

02 Mei 2018

Wordless Wednesday #7 : Taipei


01 Mei 2018

Review Anime: Skip Beat

Image result for skip beat

Seperti yang telah disentuh dalam entri The Motivation, sy akan buat review tentang Anime ni - Skip Beat. Anime ni dah lama tau, 10 tahun lebih dah kalau tak silap. Kemudiannya wujud pula drama yang diadaptasi dari anime ni kerjasama Taiwan dengan Korea. Drama lain kali sy review ya.. Sy juga sedang gigih letak subtitle pada drama Skip Beat ni. Lain kali sy update kalau dah siap :)

Image result for kyoko mogami black hair

Watak utama cerita ni Kyoko Mogami.

Image result for sho skip beat

Ni Shotaro Fuwa.

Kyoko dan Sho kenal dari waktu mereka kecil lagi. Kyoko tinggal dengan keluarga Sho lepas ditinggalkan oleh ibunya. Banyak ilmu yang ibu Sho ajar pada Kyoko - cara tradisional melayan tetamu, cara jalan dengan kimono, dan sebagainya. Kyoko tidak punya kawan perempuan kat sekolah sebab semua rakan sekelasnya membencinya kerna selalu bersama Sho yang merupakan kegilaan ramai. Kyoko tidak kisah sebab dia sanggup melakukan apa sahaja demi Sho.

Sho punya impian untuk menjadi penyanyi yang terkenal. Namun, keluarganya bertegas Sho tinggal di rumah tersebut dan mewarisi perniagaan keluarganya sebagai anak tunggal keluarga tersebut.

Image result for shotaro fuwa and family

Suatu hari, Sho bertengkar dengan bapanya dan lari dari rumah. Dia meminta Kyoko mengikutnya. Kyoko dengan gembira menurut permintaan Sho. Meninggalkan sekolah menengah, Kyoko mengikuti Sho ke Tokyo. Sho fokus pada kerjayanya dan Kyoko bekerja keras menampung perbelanjaan mereka dan membayar sewa apartmen yang mahal.

Lepas Sho dah berjaya, dia tidak lagi memerlukan Kyoko. Kyoko masih lagi cuba sedaya upaya mengembirakan Sho sehingga suatu hari Kyoko terdengar perbualan Sho dan mengetahui strategi Sho yang mempergunakannya.

Image result for kyoko mogami

Kyoko naik angin dan bertekad membalas dendam. Dia menukar imejnya dan berjaya memasuki sebuah syarikat yang terkenal. Dia ingin menjadi terkenal dan membalas dendam.

Image result for ren and kyoko

Namun, Kyoko bertemu dengan Ren yang merupakan pelakon lelaki terkenal. Lama-kelamaan, dendamnya terhadap Sho mula kendur dan Kyoko mula menceburi bidang tersebut dan menjadi pelakon yang berbakat dan sentiasa berusaha. Ren yang tidak pernah mencintai seorang wanita mula jatuh hati pada Kyoko.

Apakah pengakhiran mereka?

Okay, seriously nak bagitau ni. Anime ni best sangat. Tapi ending dia bagi sakit hati, rasa macam tak puas hati. Sebab depa macam merge banyak benda dalam satu episode terakhir tu. Sebagai seorang penonton, sy rasa macam ada lagi second season tapi hampa. NAK END PUN END LA BEST SIKIT!!! >.<

Kay, tu my opinion ja. Overall best. Banyak gak part lawak sebab Kyoko ni seorang yang pelik. Jangan lupa tengok anime ni ya.