Stay connected kay? ^^

01 Mei 2018

Review Anime: Skip Beat

Image result for skip beat

Seperti yang telah disentuh dalam entri The Motivation, sy akan buat review tentang Anime ni - Skip Beat. Anime ni dah lama tau, 10 tahun lebih dah kalau tak silap. Kemudiannya wujud pula drama yang diadaptasi dari anime ni kerjasama Taiwan dengan Korea. Drama lain kali sy review ya.. Sy juga sedang gigih letak subtitle pada drama Skip Beat ni. Lain kali sy update kalau dah siap :)

Image result for kyoko mogami black hair

Watak utama cerita ni Kyoko Mogami.

Image result for sho skip beat

Ni Shotaro Fuwa.

Kyoko dan Sho kenal dari waktu mereka kecil lagi. Kyoko tinggal dengan keluarga Sho lepas ditinggalkan oleh ibunya. Banyak ilmu yang ibu Sho ajar pada Kyoko - cara tradisional melayan tetamu, cara jalan dengan kimono, dan sebagainya. Kyoko tidak punya kawan perempuan kat sekolah sebab semua rakan sekelasnya membencinya kerna selalu bersama Sho yang merupakan kegilaan ramai. Kyoko tidak kisah sebab dia sanggup melakukan apa sahaja demi Sho.

Sho punya impian untuk menjadi penyanyi yang terkenal. Namun, keluarganya bertegas Sho tinggal di rumah tersebut dan mewarisi perniagaan keluarganya sebagai anak tunggal keluarga tersebut.

Image result for shotaro fuwa and family

Suatu hari, Sho bertengkar dengan bapanya dan lari dari rumah. Dia meminta Kyoko mengikutnya. Kyoko dengan gembira menurut permintaan Sho. Meninggalkan sekolah menengah, Kyoko mengikuti Sho ke Tokyo. Sho fokus pada kerjayanya dan Kyoko bekerja keras menampung perbelanjaan mereka dan membayar sewa apartmen yang mahal.

Lepas Sho dah berjaya, dia tidak lagi memerlukan Kyoko. Kyoko masih lagi cuba sedaya upaya mengembirakan Sho sehingga suatu hari Kyoko terdengar perbualan Sho dan mengetahui strategi Sho yang mempergunakannya.

Image result for kyoko mogami

Kyoko naik angin dan bertekad membalas dendam. Dia menukar imejnya dan berjaya memasuki sebuah syarikat yang terkenal. Dia ingin menjadi terkenal dan membalas dendam.

Image result for ren and kyoko

Namun, Kyoko bertemu dengan Ren yang merupakan pelakon lelaki terkenal. Lama-kelamaan, dendamnya terhadap Sho mula kendur dan Kyoko mula menceburi bidang tersebut dan menjadi pelakon yang berbakat dan sentiasa berusaha. Ren yang tidak pernah mencintai seorang wanita mula jatuh hati pada Kyoko.

Apakah pengakhiran mereka?

Okay, seriously nak bagitau ni. Anime ni best sangat. Tapi ending dia bagi sakit hati, rasa macam tak puas hati. Sebab depa macam merge banyak benda dalam satu episode terakhir tu. Sebagai seorang penonton, sy rasa macam ada lagi second season tapi hampa. NAK END PUN END LA BEST SIKIT!!! >.<

Kay, tu my opinion ja. Overall best. Banyak gak part lawak sebab Kyoko ni seorang yang pelik. Jangan lupa tengok anime ni ya.

4 ulasan:

  1. Nice review, nak tengok laaa...

    BalasPadam
  2. Macam best je hehehe boleh try tengok nanti

    BalasPadam
  3. ahahahha..suka la baca review camni..bahasa sangat sempoi tapi memang rasa nak tengok anime ni hahaha

    BalasPadam
  4. Tak suka kan ending cerita yang entah pape, janganla buat orang tertunggu, janganla buat ending yang menyakitkan hati. Kartun je pun..haish

    BalasPadam