Stay connected kay? ^^

10 Februari 2018

Kisah hidup budak blogger

Hi, dah lebih setahun Yun Sing lenyap dari dunia blogging. Mesti banyak rakan blogger yang ingat takkan nampak Yun Sing tuk selama-lamanya kan? Kini Yun Sing sudah kembali! Kay, nak cite ni apa yang bagi Yun Sing pause blogging dan apa yang berlaku selama setahun ni.


Bagi yang belum kenal Yun Sing, nak cite sikit pasal me and my blog. Saya mula blogging tahun 2012, masa mula-mula masuk sekolah menengah. Banyak juga la yang berlaku. Bagi meluahkan perasaan, saya mulakan blog ni dan taip bebanyak post, buat cam diari. Masa tu belum tau kuasa platform ni, ingatkan saya sorang ja nampak, setting letak public plak tu. Masa akhir form 2, mula terbaca blog orang lain yang join Giveaway. "EH, macam best kan, join GA ni.."

Blog mula dibanjiri dengan GA yang berlambak-lambak. Post dahulu semua dipadam. Masa jalan-jalan cari Giveaway, mula baca post entri personal. Masa tu la hidup saya sebagai blogger lifestyle bermula.Tak lama, lebih kurang 3 tahun saja. Masa form 5, mula la datang stressnya hidup sebagai student last year high school ni. SPM + family + stress + kokurikulum + kerja = depression. Mula la tak jumpa arah hidup dan struggle gak la untuk buat yang terbaik.


Lepas semua student form 5 dismiss dari aktiviti kokurikulum untuk fokus SPM, sudah banyak masa mula la cari kerja part time, kononnya stress takde duit tuk continue study lepas SPM. Sebelum SPM lagi dah keluar cari keje. Masa tu keje jual insuran (walaupun tak cukup umur lagi). Tapi sebab jual insuran ni takde basic, ada komisen ja. Masa mula-mula belajar mana terer nak jual kan.. So, tak dapat nak sustain hidup, naik kete kena petrol, parking semua gak kan.. So cari lagi keje waitress kat kedai stemboat. Tu semua sebelum SPM tau..


Mana ada masa nak buat benda lain.. Cambridge class pun dah stop last minute sebelum nak register exam CAE. Kelas piano pun stop masa nak prepare amik grade 5. Mulalah wujud #kasichancebudakSPM kat blog. Sebab Yun Sing kena study. KENA STUDY untuk SPM. Study pun lepas keje tiap hari, lebih kurang pukul 2 pagi camtu la, dengan homework lagi..

Tu je untuk hari ni.. Nak tau apa jadi untuk tahun 2017? Tunggu part 2 minggu depan. Hahaha, macam rancangan TV plak. Anyway, see ya! ;)

7 ulasan:

  1. you know one day all the hardwork will pay.. Yunsing belajar banyak dari pengalaman and dont worry.. youll do great. you go girl !!

    BalasPadam
  2. Sampai camtu yer YS. Semoga dipermudahkan segalanya yer

    BalasPadam
  3. OMG rajin nya kerja...bangganya haha

    BalasPadam
  4. Kuatnya keje masa muda. Nanti saya nak suruh anak kuat keje jugak sebab lepas SPM mak ayah tak kasi keje. Risau sangat anak dia ni x perform belajar..hurm

    BalasPadam