Stay connected kay? ^^

06 Februari 2018

Movie Review - The Ex-Files


Yun Sing kembali muncul kat blog lepas pupue lebih kurag setahun. Kerja ni sesuatu yang memang betul-betul memenatkan. Lepas letak jawatan, masa ni la nak goyang sikit. First movie ni lepas benti kerja. The Ex-Files. Mandarin movie la tapi review juga, sebab tak jumpa apa-apa yang sesuai untuk kembali ke blog, hahaha!

The Ex-Files 3 Return of The Exes

Image result for the ex-files 3 return of the exes

Cite ni pasal cinta. Macam cite lain yang kita tengok, pasal selamatkan dunia, 2 jam depa semua ni duk dalam perjalanan selamatkan dunia kan? Cite ni pasal 2 pasangan kekasih ni yang gaduh selama dua jam. Lawak juga la, cite ni ada tunjuk scene lelaki dan perempuan selepas berpisah. Fist2 gegurl akan sedih, pastu move on. Boboi ni pula, first2 akan enjoy, sambut freedom, pastu akan ingat balik kat ex girlfriend dan sedih.

Meng Yun dan Lin Jia tamatkam hubungan selama 5 tahun. Kawan depa, Yu Fei dan Ding Dian yang sudah bersama 2 tahun pun berpish. Pastu banyak gak la drama dia ni. Yu Fei dan Ding Dian selalu meet up pas break dan gaduh semua. Meng Yun dan Lin Jia pulak, masing-masing nak kol, tapi tak jadi. Tak mau kalah la, katakan. Sebab lepas break, siapa kol dulu kalah, tu mindset depa. Lebih teruk lagi bila sorang pompuan ni kenal Meng Yun kat tempat keje. Kawan sekelas Lin Jia dulu yang suka dia since sekolah muncul balik. Complicated habis la.

Masa movie nak habis ni memang heartbreaking gak. Dia tunjuk camna masing-masing move on dan cuba move on. Last last memang ada rasa tak puas sikit dengan ending dia. Tapi, ni memang realiti dunia. Jodoh kita tak tau. Movie ni saya bagi 4/5 not bad..

Image result for the ex-files 3 return of the exes

Meng Yun & Yu Fei

Image result for the ex-files 3 return of the exes

Lin Jia

Image result for the ex-files 3 return of the exes

Pompuan yang muncul pas Meng Yun dan Lin Jia break

Esok movie lagi. Nanti review lagi ya ;)

See ya!

4 ulasan:

  1. APA KHABAR YUNSING MESTI SEMAKIN CANTIK LA NI

    BalasPadam
  2. Memang complicated betoi kisah cinta depa tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Apapun jodoh ketentuan Tuhan kan :)

      Padam