Stay connected kay? ^^

17 Februari 2020

Climbing back on Track when the train is moving

It's been long. Ada tak lagi pembaca kat blog ni agaknya? Lama dah, bertahun-tahun Yun Sing menghilang dari permukaan bumi ni (ha lain macam je ayatnya). Berkali-kali mencuri masa nak log in blog, berkali-kali menguatkan azam nak galas balik tanggungjawab ni, berkali-kali mengingatkan diri sebagai seorang blogger. Akhirnya, pada bulan Februari 2020, Yun Sing kembali menaip.

Ringkasan pengembaraan kehilangan Yun Sing selama ni:

Setelah tamat zaman persekolahan pada tahun 2016, sy hilang arah tuju, sebab dari dulu hanya plan A yang ada dalam minda. Ramai yang kata kena ada backup plan, tapi apa gunanya backup plan? Sebab tak kira apa yang berlaku sekali pun, sy akan melaksanakan plan A. Plan A tak jadi, kita buat sampai jadi, plan A 2.0 3.0 4.0 sekalipun. Tapi, seperti yang anda nampak dekat sini, plan A tak jalan pun ya, penonton-penonton sekalian.

Apabila plan B tak wujud, sy putus asa, takde niat nak sambung study. Jual insuran, kerja kedai steamboat, jadi barista, cuci homestay,... ni la benda-benda gila yang sy buat untuk lebih kurang setahun lebih. Dalam tempoh setahun tu ada la juga try balik study form 6, tapi tak jadi-jadi. Akhirnya dengan plan asal nak pergi UK, tetiba sesat sampai Taiwan, dengan tak reti baca dan tulis Mandarin, ambil course yang menelan masa - digital media DESIGN.

Ingat lagi kata-kata nasihat senior bagi bila mula-mula sampai. "Good luck naa. Ni baru permulaan, nanti makin lama kan makin busy. Jangan lupa tidur, mandi dan makan." Hahaha, boleh tahan juga ya, dulu masa form 1 dah pernah tak tidur 3 hari. Jom tengok apa course ni buat kat aq. Tu la yang sy fikir masa tu. Bom! Dalam dua minggu, dah ada satu assignment ni sy buat sampai 3 hari tak tidur, tak mandi, makan pun sehari sekali - mee cup jaa..... dari hari tu, mulalah penngembaraan sy sebagai seorang budak design yang mengambil course 2 tahun dengan silibus 4 tahun.


Dan lepas 2 tahun, budak tu masih hidup. Tahniah!

Moganya, kali ni betul-betul kembali menaip la ya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan