Stay connected kay? ^^

07 Mac 2020

Movie review : The Gentlemen

Greetings uolls..

Harini sy nak review satu filem yang sy tonton dua minggu lepas - The Gentlemen.

Amaran: filem baru 2020 ini semuanya tentang gejala orang jahat ya, takde hero selamatkan dunia bagai. Pengedar dadah, geng, saling berkelahi dan membunuh. Filem 18 tahun dan ke atas, hihi.

Matthew McConaughey, Hugh Grant, Colin Farrell, Charlie Hunnam, Jeremy Strong, Michelle Dockery, and Henry Golding in The Gentlemen (2019)

Sipnopsis:

Watak utama- Mickey Pearson seorang pemilik makmal kilang penghasilan marijuana terbesar di England. Pearson telah berjaya membuka banyak makmal, merupakan seorang yang sangat kaya dan dikenali, dan dia membuat keputusan untuk menjual bisnes marijuananya dan bersara. Namun, penjualan tersebut telah dirancang sabotaj oleh salah seorang watak dalam filem ini yang kemudiannya melibatkan banyak pihak. Ramai yang terbunuh dan pengakhiran ceritanya menunjukkan kuasa Pearson dan caranya menyelesaikan masalah.

"In the jungle only way a lion survives,
not by acting like a king;
by being a king."

Sy rasa filem ni sangat menarik sebab cara penceritaannya. Pada permulaan cerita, dua orang lelaki - Raymond Smith (pembantu watak utama, Mickey Pearson) dan Fletcher (penyiasat yang diupah oleh Big Dave, editor terkenal - untuk mendapatkan maklumat berkaitan Pearson), mereka berada dalam rumah Raymond. Fletcher sedang bercerita, dan separuh filem ni berasaskan cerita Fletcher. Nampaknya Fletcher ingin memeras ugut pihak Pearson dengan maklumat yang dia peroleh.

Sebenarnya filem ni bukan unsur ganas saja tau, ada juga part yang lawak, action comedy kan.. cara penceritaannya lain dari filem biasa, dan kejadian selepas kejadian akan mengejutkan penonton. Tapi mungkin sebab cara penceritaannya, rasanya banyak yang tonton cerita ni tak faham jalan ceritanya. Kawan sy kata lepas filem ni dia tak faham apa yang diceritakan. Couple yang duduk kat belakang kami tak tonton sampai habis, separuh cerita dah keluar. Kalau faham jalan ceritanya, sebenarnya cerita ni best.

Nanti sy sertakan plot cerita penuh kat post lain dan linkkan ke sini.

Spoiler alert! Haha..

Sementara tu, jom tonton trailer filem ni

3 ulasan: